Bab 62

122 17 0
                                    

JINSOL menolak pintu kedai 7eleven itu lalu masuk ke dalam. Dia melihat sekeliling kedai itu. Dia mengusap perutnya yang dari tadi asyik berbunyi.

"Laparlah. Baik aku makan dulu. Sebelum beli barang dapur." ujar Jinsol.

Jinsol mengambil ramen cup satu dan air mineral. Dia berjalan ke arah kaunter untuk membayarnya. Sebaik sahaja selesai, Jinsol langsung berjalan ke arah ruang makan lalu membuka plastik cup itu. Dia menuangkan air panas dan perencah di dalam ramen itu. Dia menunggu beberapa minit.

"Hoo~ Bosan nak tunggu." keluh Jinsol.

Jinsol terpandang ke arah satu kelibat lelaki yang sedang menuju ke arahnya. 'Hmm.. nak makan ramen lah tu.' bisik hatinya. Dia langsung membuang pandangannya di luar kedai yang berkaca itu. Lelaki itu meletakkan ramen cup di atas meja itu. Jinsol hanya tidak mengendahkan lelaki itu. Dia membuka penutup cup ramen itu dan mula bergaul ramen itu dengan sekata.

"Jinsol. Kau tahu Rina dekat mana?" tanya lelaki itu.

Terangkat sedikit kening Jinsol apabila mendengar lelaki itu memanggilnya. 'Macam mana dia kenal aku? Kenapa dengan Rina pula?' Jinsol langsung berpaling memandang muka lelaki itu di sebelahnya. Lelaki itu menuang air panas dan perencah ke dalam ramen itu.

"Kau siapa?" tanya Jinsol yang hairan dengannya.

Lelaki itu tidak menjawab. Dia hanya berpaling muka memandang ke arah Jinsol di sebelahnya. Jinsol memandangnya dengan hairan. 'Siapa pulak dia ni?' soal Jinsol di dalam hati.

***********

HYOMIN masih memerhatikan abangnya. Dia menunggu masa untuk berbicara dengan abangnya. Tetapi abangya seperti sengaja melengahkan masa. Mingyu sudah keluar dari rumah sebaik sahaja selesai makan kerana di halau oleh abangnya. Kejamkan.

Hyomin melihat abangnya yang tengah membasuh pinggan mangkuk. Dia mengetuk meja makan sambil berfikir cara hendak meminta izin pada abangnya. Kalau tersalah cakap nanti, kena basuh. Hyomin memetik jarinya kerana mendapat idea. Dia terus bangun dari duduknya.

"Awak! Jumpa lagi!" lambai Hyomin ke arah Hyungsik.

Hyungsik memandang adiknya dengan pandangan menyampah.

"Kau dah apa hal?! Dah siap makan nak keluar pulak!" marah Hyungsik yang masih mengemas meja makan.

Hyungsik menutup paip air sebaik sahaj selesai membasuh pinggan mangkuk. Dia mengambil kain bersih untuk mengelap meja makan pula.

"Ala.. Relaks la~."

"Menyampah la dia ni suka marah orang." Hyomin mencebik.

"Mworago?!"

"Aniya!"

Hyomin bermain dengan hujung lengan bajunya. 'Mesti Mingyu dah lama tunggu." bisiknya di dalam hatinya lalu mengetap bibirnya. 'Sabarnya. Sabar. Tenang. Pergi cium dia lah pula.' Hyomin berjalan perlahan ke arah Hyungsik.

"Hyomin pergi dulu. Muahh!" Hyomin langsung mencium di pipi abangnya.

Dia terus berlari ke hadapan. Takut abangnya mengamuk kerana mencium pipinya. Hyungsik hanya mampu melihat adiknya yang sorang. Tak jadi dia hendak memarahinya.

Mingyu yang masih berdiri di hadapan pagar rumah Hyomin lalu melihat jam tangannya. Hyomin berlari keanak-anakan ke arah Mingyu.

"Gaja!" ajak Hyomin yang sedang membuka pintu pagar rumahnya.

"Hyung kasi ke, sayang keluar ni?" tanya Mingyu.

"Mestilah." ujar Hyomin dengan girangnya.

Mingyu hanya tersenyum manis ke arahnya lalu menghulurkan tangannya. Hyomin melihat tangan Mingyu dengan hairan. Dia mengangkat tangannya lalu meletakkan di atas tapak tangan Mingyu. Mingyu langsung memegang tangannya dengan erat. Hyomin mengangkat kepalanya memandang ke arah Mingyu lalu tersenyum lebar.

"Gaja!" ujar Hyomin persis kanak-kanak.

"Nae."

Mereka berdua mula berjalan saling berpegangan tangan. Hyomin mula riuh dengan ceritanya apabila berada di sekolah tadi. Tetapi cerita seperti membebelkan pada Mingyu. Mingyu hanya tersenyum menampakkan giginya.

"Benci tau awak buat saya macam tu!" bebel Hyomin.

"Janganlah cakap macam tu. Jangan benci-benci." pujuk Mingyu

"Ye la awak tu.. Ha..."

"Mianhae. Saya tak buat dah."

Hyomin memukul lembut lengan Mingyu. Sakit hatinya dengan Mingyu. Tetapi Mingyu sentiasa memberi ayat yang manis untuk memujuknya. Biasalah lelaki kan. Siapa tak kenal kan?

Muncul seseorang di sebalik tiang lampu. Matanya masih tertumpu pada Hyomin. 'Rindu Hyomin. Bila kita dapat bertemu, sayang.' bisiknya di dalam hati lalu mengetap bibirnya. 'Mianhae. Mianhae sebab tinggalkan Hyomin.' Orang itu masih lagi memerhatikan kelibat Hyomin sebelum berjalan masuk ke rumah Hyomin.

[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)Where stories live. Discover now