Bab 65

148 15 0
                                    

WONWOO berlari menuju ke arah gereja yang berdekat. Dia hanya meneka sahaja. Dia tidak tahu gereja yang mana satu tempat Rina di nikahkan. Dia berhenti berlari di sebuah pokok besar yang rendang. Dia menarik nafasnya dengan betul-betul. Letih dia berlari dari rumah hingga ke gereja.

Mingyu memukul bahu Wonwoo. Marah dia dengan Wonwoo. Bukan nak tunggu, makin laju sahaja langkah dia berlari untuk sampai ke gereja. Wonwoo memandang wajah Mingyu dengan hairan.

"Wae?" tanya Wonwoo yang tidak cukup nafas.

"Tak boleh ke bawa bertenang. Penat aku kejar kau!" ujar Mingyu yang tercungap-cungap.

"Ha.. ha.. Aku kena cepat sebelum majlis tu berjalan. Nanti aku terlambat." jelas Wonwoo.

Mingyu bersandar pada pokok besar itu untuk melepaskan penat lelahnya.

"Kenapa ya Rina nak jugak teruskan majlis tu? Sedang dia sendiri yang cakap dekat aku, yang dia tak nak kahwin dengan Jongsuk tu." tanya Wonwoo.

"Ouh?! Mungkin sebab Appa dia. Dia kan jenis tak nak sakitkan hati orang sekeliling dia kecuali Mamat tu. Itu pun Hyomin yang cakap." jelas Mingyu.

Wonwoo mengangguk tanda faham. Dia berdiri dengan betul. Mingyu memandangnya dengan hairan.

"Hyung nak pergi mana?" tanya Mingyu.

"Aku nak pergi gereja lah! Nak pergi mana lagi?!" marah Wonwoo.

Dia terus berlari ke arah gereja itu sebaik sahaja dapat bernafas dengan tenang. Dia harus hentikan permainan ini. Ia dia harus hentikan!

"Alah! Dia lari lagi!" keluh Mingyu.

"Tunggulah!"

Terpaksa dia mengejar Wonwoo semula. Wonwoo menaiki anak tangga dengan laju. Dia memandang ke arah kiri dan kanannya. 'Mana pintu? Mana pintu?' soalnya di dalam hatinya. Wonwoo terpandang satu pintu yang tinggi dan besar itu. Dia terus berlari ke arah pintu itu lalu membuka dengan ganas.

"Hentikan pernikahan ni!!" jerit Wonwoo dengan kuat sehingga mengangguk majlis itu.

Tercungap-cungap dia. Matanya masih tertumpu pada Rina yang berada di hadapan. Wonwoo berjalan perlahan-lahan menuju ke pentas itu.

"Wonu." panggil Rina dengan perlahan.

"Ish! Apa lagi budak ni nak?!" marah Jongsuk dengan perlahan.

Dia tidak suka kalau Wonwoo mengganggu majlisnya. Wonwoo berhenti betul-betul di tengah antara mereka berdua.

"Pernikahan ini takkan berlaku. Kalau Rina tak cintakan dengan lelaki ni.." ujar Wonwoo.

"Mworago?!" jerit Jongsuk yang terkejut dengan Wonwoo.

Semua yang berada di dalam gereja itu terkejut dengan kata-kata Wonwoo itu. Suasana di dalam gereja itu menjadi bising dengan kehadiran Wonwoo di situ.

"Rina. Awak cakap sekarang.. Awak cintakan dia atau tak?" soal Wonwoo.

Rina memandang sekelilingnya. Kelihatan seperi sedang memarahinya. Itu yang paling dia takut ialah ayahnya. Dia memandang wajah ayahnya yang begitu tenang sahaja. Ayahnya hanya tersenyum padanya. Dia mengetap bibirnya. Otaknya masih ligat berfikir. Kalau dia kata ya, dia akan merana seumur hidup. Kalau dia mengatakan tidak, apa yang akan bakal berlaku padanya. 'Oh tuhan! Bantu lah aku ini.'

[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)Where stories live. Discover now