CHAPTER 10 : KEMBARA SETERUSNYA

1.6K 128 4
                                    

Setengah Tahun kemudiannya...

Seorang pemuda menyisir rambutnya ke belakang,dia memerhatikan aliran sungai. Dia memeriksa jam tangannya,subuh sudah lama berlalu. Pemuda itu menggeliat matanya masih lagi mengantuk,diregangkan ototnya bagi menyegarkan matanya.

Huh.....

Dia menghela nafas pendek,mendongak ke atas langit melihat awan yang putih menggugurkan salji. Musim salji sudah tiba dia tersenyum sendirian,bahunya ditepuk secara tiba-tiba. Dia menoleh dan sekadar tersenyum melihat siapakah gerangan yang menyapanya,seorang gadis berambut merah dan rambutnya beralun apabila ditiup angin lembut.

"Farhan awak buat apa di sini? Penat saya cari.." ujar gadis itu seperti merajuk.

"Maaf..saya nak bersendirian tu je.." balas pemuda dipanggil Farhan itu.

"Ala ye la..dengan isteri sendiri pun tak nak berduaan.." ujar gadis berambut merah itu lagi.

"Fara..saya tak kata macam tu okay,satu lagi ada apa-apa ke?" Soal Farhan menoleh ke arah isterinya itu.

"Ikhwan..." sebaik mendengar nama itu disebut Farhan menjengah ke belakang Fara,seorang pemuda berambut hitam cacak melambai ke arahnya bersama seorang gadis di sisinya.

"Heleh...." Farhan memandang pemuda itu dengan reaksi wajah yang hambar.

"Yo...apa hal dengan muka monyok ko bila nampak aku?" Soal Ikhwan tersenyum selamba sebaik menghampirinya.

"Kau la...kacau je aku dengan isteri aku.." kata Farhan bengang.

"Macam dia seorang je ada bini..." kata Ikhwan tersengih.

"Ye la..." balas Farhan menjeling ke arah Alisa,isteri Ikhwan yang sekadar tersenyum sahaja.

"Heh...alang-alang kau ada kat sini,tugas sebagai salah satu Elemen Naga perlu jalankan..cepat.." ujar Ikhwan dan beredar bersama Alisa.

Farhan malas nak panjangkan cerita,dia mengekori Ikhwan bersama Fara di sisinya. Sudah setengah tahun sejak dia berkahwin dengan Fara,dia hanya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya sendirian kerana bantuan Ikhwan dia luahkan perasaan pada isterinya.

"So apa perancangan kau seterusnya?" Soal Farhan pada Ikhwan sebaik berada di sebelahnya.

"I don't know..maybe i will be the next king.." Farhan terkejut dengan balasan daripada Ikhwan,Alisa sekadar tersenyum dan Fara pula hanya mendiamkan diri.

"Serious? Bukan kau tak nak jadi raja ke?" Soal Farhan masih terkejut.

"Masa berubah...orang juga boleh berubah...begitu juga aku.." balas Ikhwan dan Farhan berhenti daripada melangkah,dia tersenyum menggelengkan kepalanya sebelum meneruskan langkahnya.

Mereka berempat akhirnya tiba di hadapan pintu besar,pintu bilik mesyuarat khas milik Ikhwan dan anak buahnya. Farhan tertanya-tanya apa yang Ikhwan ingin sampaikan,lalu pintu di tolak perlahan dan mereka masuk melaluinya. Kelihatan Luqman dan Aila sedang berbual,Amien Khaizo turut sama ada sedang membaca buku dan di sebelahnya seorang gadis berambut pendek putih yang tidak dia kenali.

"Sorry guys...lambat.." Ikhwan berkata sebaik masuk ke dalam bilik.

"Its okay...aku dengan Laura baru je sampai..." balas Amien Khaizo.

"Me too..." ujar Luqman dan Aila pula hanya menundukkan kepala tanda hormat.

"Farhan,Fara..duduk la..jangan berdiri je kat depan pintu tu.." sapa Alisa sambil tersenyum.

"Baik kak...abang jom.." kata Fara sambil menarik lengan suaminya.

Ikhwan berjalan ke meja paling depan,semua anak mata yang berada di situ fokus kepadanya. Alisa turut mengambil tempat duduk berdekatan dengan Ikhwan,Farhan dan Fara juga duduk bersebelahan dengannya. Ikhwan menarik nafas panjang,sebelum dihelakan perlahan-lahan.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now