🃏Permainan Nyawa

96 4 0
                                    

Sebelah tangannya sigap menatang dulang berisi makanan yang dipesan pelanggan. Waiter itu terus berjalan melewati beberapa buah meja.

Aura romantik jelas terkesan di setiap sudut. Namun, hanya ada satu aura yang sedikit berbeza. Menciptakan satu atmosfera dingin yang datang dari sepasang kekasih yang tika ini sedang duduk di suatu tempat yang agak tersorok dari pandangan. Sekali imbas mereka terlihat seperti pasangan kekasih namun itu hanya pada tanggapan.

"Which one?" Perempuan itu menyoal sambil meletakkan beberapa keping gambar di atas meja.

Lelaki itu masih diam. Wajahnya pucat. Pandangannya tajam jelas menunjukkan bahawa seluruh kemarahannya terkumpul pada matanya yang merah.

"Aku nak kau bunuh kedua-duanya." Jawapan yang diberi setelah lama berdiam.

"Motif?" Soal perempuan dihadapannya. Raut wajah perempuan itu cukup tenang. Kulitnya yang putih pucat sangat kontras dengan baju hitam yang dipakai.

"Perlu ke kau tahu?" Soalan dibalas soalan. Namun sikap dingin lelaki itu langsung tidak memberi sebarang impak emosi kepada perempuan itu.

"Rasanya membunuh tanpa tahu motif tak ubah seperti si gila yang buta. Lagipun tak best langsung kalau tak tahu sebab", jawabnya bersahaja.

Lelaki itu menggenggam tangannya geram. "Pasangan gila tu dah bunuh semua family aku. Sebab dendam lama. Dan aku yakin diorang takkan berhenti stakat tu", lelaki itu membuka kisah.

"So, diorang ni pasangan kekasih?" Soal perempuan itu sambil matanya sekilas melirik gambar yang tergeletak di atas meja.

"Sebelum dia curang, dah berapa lama hubungan korang?"

Riak lelaki itu berubah. "Macam mana kau tahu?"

"Melalui mata kau. Lingkaran hitam bawah mata kau tu sebab tak tidur malam, kan?"

Melihat lelaki itu terdiam perempuan itu lantas menyambung,

"Setahu aku lelaki kalau tak cukup tidur sebab dua benda. Pertama sebab kerjaya dan kedua sebab perempuan. Rasanya kau takde masalah dengan yang pertama sebab kau sanggup bayar aku dengan harga yang tinggi dan aku yakin masalah kau ada pada yang nombor dua.."

"Tentang hubungan kami?" Soal lelaki itu. Riaknya tidak setegang tadi namun masih serius.

"Cincin. Korang ada cincin couple, betul kan?"
Dahi lelaki itu berkerut.

"Di jari klingking kau ada kesan cincin sama seperti kesan pada jari klingking perempuan dalam gambar ni. Dan maksud tu hanya korang je yang tahu. Cincin tu kau dah buang. Nampaknya kau benci sangat kat dia. Hrm mesti kau ditipu hidup-hidup dengan sikap angelic dia. Kesian... malaikat wanita yang selama ni kau percaya rupanya seekor syaitan bertopeng yang musnahkan life kau sendiri", kata perempuan itu bernada sinistik.

Lelaki itu meraup muka sambil menarik nafas. "Sebelum ni dia memang lengkap di mata aku. Hubungan kami dah hampir dua tahun. Aku tak sangka semuanya cuma agenda dia untuk musnahkan aku dan paling aku tak boleh terima semua family aku mati depan mata aku. Dia biarkan aku terus hidup untuk saksikan semua kehancuran yang dia buat. Tapi cincin tu aku tak buang. Benda tu mengingatkan aku untuk balas balik perbuatan dia."

"Hmm ? Lagi bagus! Aku nak cincin tu, boleh?"

"Kau nak buat apa?"

"Just bagi dan kau bakal tahu selanjutnya. Aku akan bawa kau kepada sebuah 'permainan' yang aku jamin kau akan puas seumur hidup", tawar perempuan itu. Lelaki itu berubah riak. Matanya bercahaya menunjukkan yang dia tertarik dengan tawaran perempuan itu. Lagipun tak best biarkan mereka mati sebelum berkenalan dulu dengan penyiksaan.

"Tapi..dengan syarat ..", bidas perempuan itu. Sudut bibirnya tertarik menyungging senyum sinis.

"Syarat? Syarat apa?" Soal lelaki itu tidak berpuas hati. Aq upah kau , kau nak letak syarat pulak

"Hmm~~ ada dua benda yang membezakan aku dengan pembunuh upahan yang lain..."

"..pertama cara aku membunuh dan kedua bayaran..", kata perempuan itu sambil melepaskan silang kakinya. Tubuhnya dimajukan sedikit ke hadapan menghapus jarak antara mereka yang masih dipisahkan dengan meja itu.

"Mereka membunuh seperti robot yang diprogram sedangkan aku membunuh membawa kepuasan kepada si pengupah..."

"Tentang bayaran pulak..."
Perempuan itu meraih tangan lelaki itu lantas menyingsing lengan kemeja lelaki itu hingga ke paras siku. Dahi lelaki itu berkerut dengan tindakan slamba perempuan itu.

"Aku masih nakkan duit dan..." kata-katanya berjeda sebentar. Dia merenung anak mata lelaki itu dengan pandangan yang dalam.

"..aku nak darah kau." Katanya kemudian membuat lelaki itu terkejut dan pantas melepaskan genggaman perempuan itu dari lengannya.

"Don't worry...aku cuma nak one blood bag as the payment for my best service..kau tak kan mati pun", jawabnya bersahaja.

"Huh? Kau nak buat apa dengan darah aku tu!?" Soal lelaki itu bersandar untuk menjauhkan sedikit jarak antara mereka. Pembunuh gila!

"Itu tak penting. Apa yang penting sekarang kau setuju atau tidak?"

Berfikir. Lelaki itu terdiam agak lama.
"Baiklah. Tapi make sure aku puas dengan hasil kerja kau.."

Perempuan itu ketawa nipis"Itu pasti. Dan..satu lagi, aku cuma akan jalankan tugas ni pada malam hari. Panggil aku Annareesa. Kalau nak ajak jumpa, aku cuma akan datang pada malam hari..."

To be Continued..

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 18, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

THE ASSASSIN [Malay]Where stories live. Discover now