CHAPTER 11 : PERTARUNGAN DALAM HUTAN

1.6K 123 0
                                    

Wyvern Bike meluncur laju memotong satu persatu kenderaan yang berada di lebuhraya,kelajuan jentera yang ditunggang oleh Farhan serta Fara sudah mencecah 300kmj. Namun Farhan tenang mengawal jentera sebesar umpama besarnya beruang liar itu,cermin mata hitamnya dipakai bagi melindungi matanya. Dia perlukan visi yang jelas untuk kelajuan seperti itu,Fara hanya memeluk tubuh Farhan dengan erat.

"Woo..." Farhan memperlahankan kelajuan dengan menarik brek belakang dengan perlahan-lahan.

"Kenapa bang?" Soal Fara.

"Kita dah nak sampai..." ujar Farhan melihat ke sebelah kanan,di mana negara Jepun berada.

"Kalau tak silap sini bukan,yang abang jumpa budak bernama Alia..?"

"Yep...tapi budak tu dah lain sekarang.."

"Maksud abang?"

"Masa abang jumpa dia..air mukanya dingin dan penuh kekecewaan..tapi bila jumpa sekali lagi sebelum kita berkahwin..dia dah berubah sedikit.."

"Ouh....agak-agak abang Ikhwan,perasan tak?"

"Perhaps...."

Perbualan mereka berdua terhenti di situ sebaik tiba pintu sempadan negara Jepun,sebaik mengesahkan pengenalan mereka. Farhan dan Fara berhenti di kawasan rehat,mengisi perut kosong mereka. Fara tidak boleh menggunakan skill teleportasi miliknya sejauh itu,hanya mampu langkau sehingga lebuhraya dunia. Iaitu lebuhraya penghubung antara negara-negara asia.

"Abang okay?" Soal Fara dan Farhan sekadar mengusap rambutnya.

"Jangan la risau...abang dah biasa jauh-jauh macam ni..." balas Farhan.

"Okay...tapi,siapa dan kenapa mereka curi relic tu ya?" Soal Fara dan Farhan berfikir sejenak.

"Abang ada bincang pasal ni dengan Ikhwan semalam..." kata Farhan.

"And..?" Soal Fara.

Selepas selesai perbincangan Luqman,Aila,Amien Khaizo dan Laura beredar untuk membuat persiapan. Manakala Fara diajak bersiar-siar oleh Alisa,yang tinggal di bilik mesyuarat itu cuma Ikhwan dan Farhan. Ketika itu Ikhwan memeriksa sesuatu pada komputer ribanya,maklumat apa yang dicarinya? Farhan tidak dapat meneka dan hanya menghela nafas pendek.

"Bosan ke? Macam turbo aku dengar nafas kau..." kata Ikhwan dengan tiba-tiba.

"Hey Ikhwan...relic yang dicuri,tu berbahaya ke?" Soal Farhan.

"Yeah...relic tu jika berjaya digabungkan,boleh mengawal masa.." Ikhwan membalas sambil menutup laptop miliknya.

"Kawal masa? Holy shit..." ujar Farhan dan Ikhwan mengangguk kemudian dia bangun dari duduknya.

"Tapi mereka dah dapat kelima-lima relic tu,bukankah dah terlalu lambat?" Soal Farhan memandang Ikhwan berjalan menuju ke tingkap sambil tangannya disimpan belakang badan.

"Mungkin kata kau betul..sebab itu aku suruh setiap dari korang periksa runtuhan tu,malah ritual untuk menyatukan relic memakan hari.." ujar Ikhwan.

"Berapa lama?" Soal Farhan.

"7 hari..." balas Ikhwan.

"How many day we left?"

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now