IAM | 3

2.4K 219 8
                                    

Fail yang berada di atas meja dipandang lama. Bukan untuk meneliti nya tapi fikiran nya sedang menerawang mengingatkan kejadian semalam. Dalam ramai - ramai orang semalam, kenapa dia harus ditakdirkan berjumpa dengan lelaki itu sekali lagi? Tak pernah terlintas di fikiran nya untuk berjumpa dengan lelaki itu.

Kalau laa dia tahu, jangan harap dia akan datang ke majlis semalam. Peristiwa dua tahun lepas di Kanada teringat kembali. Dimana Min Yoongi bermain 'cinta' dengan perempuan lain apabila dia mahu ke rumah lelaki itu.

Flashback.

Bae Jihyun tersenyum melihat barang - barang yang sudah dibeli nya. Hari itu dia dan Yoongi akan membuat kek sama - sama. Tanpa pengetahuan lelaki itu, dia pergi ke rumah sewa lelaki itu. Mesej dihantar kepada Yoongi bertanya sama ada dia berada di rumah atau tidak. Namun, ianya tidak berbalas.

Sekarang, Bae Jihyun sudah berada di dalam teksi. Sambil tersenyum membayangkan dia dan Yoongi sama - sama membuat kek di dapur dan berakhir dengan mencampakkan tepung antara satu sama lain. Dia ketawa kecil. Ianya pasti seronok nanti.

Akhirnya, setelah setengah jam, dia dah pun sampai. Jihyun melangkah masuk ke dalam rumah Yoongi dengan selamba. Dia dah biasa dengan rumah lelaki itu. Yoongi sendiri tidak kisah. Dapur dituju untuk meletakkan barang tadi. Bae Jihyun naik ke tingkat atas kerana rumah yang diduduki oleh Yoongi adalah rumah teres dua tingkat.

Apabila semakin hampir dengan bilik Yoongi, telinga nya menangkap suara - suara mesra dari dalam bilik. Suara lelaki dan satu lagi suara perempuan. Kalau lelaki, itu adalah Min Yoongi. Siapa lagi. Lagipun, dia baru sahaja berjumpa dengan kawan lelaki itu di supermarket tadi.

"Babe, please don't do that!"

"I do what?"

"You touch me at my chest."

[C] Let Me Love You | mygWhere stories live. Discover now