Imran mengangkat penumbuknya.. Dan kemudian..
"PRIT PRIT!!" Azman iaitu Ketua pengawas datang. Bawak la skali dengan wisel kadet polis dia. Potong je lah dia ni.
"Korang jangan cuba nak bergaduh dalam kawasan sekolah ni FAHAM TAK!! kalau tak, aku bawak korang jumpa pengetua " Azman bagi amaran kat diorang
Aku masih duduk atas meja Kyle. Kalini minum air teh bunga pulak. Tadi Cola lepastu teh bunga. Hmm.. tak kene langsung.. pening perut aku nanti.
Lepas je Azman blah. Aku nampak diorang bincang something.
"Petang ni.. kita jumpa kat padang belakang masjid tu." Taiko fake tu bersuara.
"Ok.. boleh je.." Kyle balas dengan selamba
"Kau jangan tak datang pulak" Balas Imran.
Tapi aku nampak reaksi tak puas hati pada muka Kyle."Ehh jap jap.. 1,2,3,4,5,6,7,8 darab 3. (8×3) 24 orang.. Tak adil la kalau 24 lawan 1"
"Heh.. kenapa? kau takut? takpe.. kita main 1 lawan 1" Taiko tu buat muka bitch depan Kyle. Aku pulak rasa menyampah.
Tetapi Kyle hanya tersengih "Sebenarnya klau nak bagi adil kenelah 70 lawan 1"
Kyle tunjukkan senyuman creepy dia lagi.. Seriusly? 70:1? Dia ni gila ke apa? Silap haribulan, esok dah arwah.. (kalau dia islam la)
"Ohh. kau berani ye? takpe.. Aku bawak turun budak budak aku. Petang ni pukul 5. kita jumpa kat padang . Jangan tak datang pulak" Itu dia .. Pengembala dah panggil kambing biri biri keluar kandang. (metafora apakan?)
"Okey.. tapi kalau kalah jangan nangis" Kyle masih berlagak..
Lepas diorang blah. Kyle masuk ke dalam kelas dan dia pandang aku.
"FANNY!!" dia jerit nama aku. Bodoh budak ni . aku depan dia je lah!!
"What?"
"Petang ni, pukul 5 datang padang masjid tu. Jangan lambat. Aku jenis yang tak suka tunggu orang. Bawak telekung skali, snang kau boleh solat terus kat masjid"
"Oh.. ok. Tapi asal aku kene ikut kau pulak?"
"Alah.. ape salahnya. Free show kan" Dia kenyit mata kat aku . Sorry bro. Aku terlalu alim untuk tertarik dengan kenyitan mata kau.
Petang dalam pukul 4.50.
Aku tengah bersiap siap nak pergi tengok show kat belakng masjid.. Aku cuma pakai seluar slek,Baju tshirt biasa (lengan panjang) dan tudung bawal crepe (pakaian dalam tak dikira). Time aku tengah betul betulkan tudung depan cermin, Kakak aku Nara datang dan bertanya
"Adik nak pergi mana?"
lalu aku pun bersikap jujur.
"Masjid" .. memang aku nak pergi masjid kan?
."Kau nak buat apa pergi masjid?kau boleh solat kat rumah kan?. Tak pernah pernah aku tengok kau rajin pergi masjid" Dia kalini lebih serius..
Aku cuma mmandang dia dan tersenyum . Time aku nak keluar tu sempat aku tengok Jam tepat tepat pukul lima.
Aku naik atas motor dan terus bawak motor dengan perlahan. Lek la.. bukan tuisyen pun..Time Otw nak pergi tu aku siap boleh singgah kedai beli aiskrim . Aiskrim Crunch. Depan kedai tu jugak aku makan.
Tengah sedap sedap aku di dunia fantasi aiskrim. Tiba tiba aku terasa sesuatu tengah shaking badan aku. Bila aku kembali ke realiti. Aku nampak Jatul tengah panggil aku.
"FANNY!! Kau ni kan! Bila makan aiskrim memang tak ingat dunia!!" Okeh.. dia marah.
"Kenapa?" aku tanya sambil tengok aiskrim aku yang dah tinggal separuh. Tak sabar nak makan lagi.
"Kau nak pergi mana?" Kenapa semua nak sibuk dengan hal aku?.
"Masjid" Aku balas sambil tengok mata dia. Kalau tak dia kata aku menipu pulak kan?
"Nanti lepas balik masjid datang skolah tau. Kita hias kelas" Dan dengan itu Jatul pun pergi. Dan aku pun kembali ke dunia fantasi aku .
Lama jugak la aku makan aiskrim.. Mana tak lama kalau sampai 3 batang aku beli. Takut jugak kalau Kyle marah.. Dia kata dia jenis yang tak suka tunggu. Tapi tak la lama sangat kut.. harap harap dia tak marah.
Time aku masuk je lorong nak pergi padang tu, memang aku dah nampak lebih 30 motor parking sepanjang jalan tu. Aku dah seram sejuk. Harap harap Kyle hidup lagi.
Aku pun parking jauh jauh sikit dan bertekad untuk berjalan je pergi ke padang masjid sejauh 30 meter tu.. Bila aku sampai kat laluan untuk masuk padang tu. Aku terkejut..
Aku nampak Rahim iaitu seorang pelajar dari Form 4 berada dalam keadaan seolah olah dicampak dengan kuat. Badan dia penuh lebam . Bila aku masuk dalam lagi ke padang tu. Aku nampak lebih 40 orang tengah terbaring dalam keadaan yag lebah lebam dan ada yang sampai tahap berdarah. APAKAH SEMUA NI? rasa macam duduk dalam bilik mayat pun ada.
Yang paling mengejutkan aku adalah bila aku nampak Kyle tengah berdiri kat tengah tengah padang sambil pegang kolar baju Taiko fake tu. Taiko tu dah nampak tak bermaya, muka dia biru akibat kesan lebam. Baju yang berwarna putih jadi kotor bertanah. Tak lama lepas aku nampak Kyle bercakap cakap dengan Taiko tu. Bila dah habis cakap, dia campak Taiko tu ke tepi dan sepak perut dia kuat kuat . AUCH.. mesti sakit.
Aku jadi takut.. Ni ke Kyle yang aku kenal pagi tadi? Dia ke yang belasah diorang ni semua? DIA NI MANUSIA JENIS APAKAH?Perlahan lahan aku undur ke belakang dengan niat nak lari dari pandangan dia. Tapi bila je aku toleh ke belakang .
"FANNY!!" Kyle panggil Aku..
Oh my god.. Im dead...
YOU ARE READING
The Golden Wings
RandomWARNING: CERITA NI MENGANDUNGI KATA KATA KESAT, LUCAH , THE GAYNES TAK BOLEH BAWAK BINCANG. AND MOSTLY REALLY STUPID IN THE WORLD. Mengisahkan pertemuan Fanny dengan Kyle Withingale dan Adik lelakinya Feo Withingale yang sebenarnya bukan dari alam...