5 : Shit we Say

43 4 0
                                    

Fanny POV

Nah hambik kene lepuk dengan Jatul.. Siapa suruh lukis Jatul versi gemuk kat dinding.. Jatul dah sampai, dia bawak 3 berus.. Kitorang pun cat kelas sambil menyanyi lagu Run.. Aku tak sangka Kyle ni minat kpop.. patutla stylish semacam je. Tapi dia tak pakai seluar warna warni ye.. dia pakai jeans je.. Jatul senyap je mamandangkan dia tak mengikuti perkembangan Kpop. Tapi bila keluar lagu I, dia nynyi.. Lirik bedai je.. hahhaha. Kyle pelik tengok Jatul menyanyi sebab Kyle ni kononnya pernah menetap di korea beberapa tahun lepas. So dia memang fasih la bahasa korea.. Tapi mana dia belajar Bahasa Melayu aku pun tak tau dan aku taknak ambik tau..

Penat woo cat kelas.. dah la warna pink. Aku tak dapat jangka macam mana reaction diorang pagi esok. Tapi Kyle nampak Happy je tengok kelas ni warna pink. Biar betul budak ni?

Selepas kitorang siap cat kelas, kitorang pun balik. aku kene marah dengan adik aku sebab balik lambat.. mana tak nya.. pukul 8 baru nak balik.. Lama benar cat.. ni semua Kyle punya pasal, boleh dia simbah cat kat dinding.. Dah habis kitorang kene lap lebihan cat atas lantai..

Kat rumah aku pun tidur.. lepas aku siap solat isyak la..

Pagi esok di sekolah..

Aku pelik la.. Cikgu tak pelik ke sebab lebih 30 orang pelajar kat sekolah ni berbalut balut badan, muka, kaki , tangan dan sebagainya. Dan semua cuba elakkan diri dari Kyle. Malu lah tu. Tapi diorang pun satu. Dah tau injurt, duduk je lah kat rumah. Nampak sangat yang diorang sedang mengalami kekalahan besar dalam sejarah seperti British yang mengalami kekalahan teruk dengan pihak Jepun apabila Jepun menjajahi Tanah Melayu pada tahun arghh.. apa yang aku merepek ni?

"Booo.. Taiko fake" Nah. Kyle mengejek Badrul guna nickname yang aku bagi kat dia. Dan Badrul menunjukkan jari tengahnya pada Kyle..

"Wah.. nak fuck aku nampak. Kau gay ke?"

Boleh pulak budak ni bergurau. -_-

Aku tetap kat meja aku.. ngantuk.. aku ni hari hari ngantuk.. Oh lupa nak cerita.. reaction semua orang pagi tadi aku tak tau sebab akulah orang yang paling lewat datang.. Kyle pun boleh datang 30 minit lagi awal dari aku.

"Fanny bangun" Lembut je suara Kyle panggil aku

"What?" aku jawab tapi kepala aku masih tak berganjak dari meja

"Nak pinjam buku math"

"Tak siap"

"Jadi kenapa kau tidur?"

"Sebab aku don't give a shit"

"Oh.. rupanya ni rahsia kejayaan kau, Just dont give a shit."

"hmm" dan aku sambung tidur semula.

20 minit kemudian..

Alfiq POV

"Korang tak kejut diorang ke?" Kyle tanya aku. Aku duduk sebelah Kyle.. dia ni senyap je selalu dengan aku. kalini dia tanya pulak.

"Tak" aku balas sambil tengok 'diorang'

"Kenapa? cikgu tak marah ke?" Kyle tanya dengan muka comel dia. Dia ni nak goda aku ke apa? nasib baik aku ni straight

"Tak.. "

"Kenapa cikgu tak marah?"

"Kau nmpak budak tu?" Aku tunjukkan jari telunjuk aku kat Jatul.

"Ha.. Jatul.. kenapa?"

"Budak tu bodyguard tau tak? Kalau Fanny sorang je yang tido, kita boleh kejut lagi. Tapi kalau dengan Jatul jatul tidur, jangan harap nak kejut"

"Kenapa pulak?"

"Aduhh... kau ni banyak tanya la.. kau pergi la kejut kalau kau nak tau" dan dengan itu , Kyle pun pergi. Aku pulak cuma perhatikan dia, nak jugak tengok macam mana orang pandang aku selama ni

"Korang bangun bangun.. Dah pagi dah ni.. malam malam tak nak tidur.. Dah siang..WARGH!!" Tu dia.. ayat Kyle terpotong bila Jatul baling gunting kat dia..

PANG!! Jatul ketuk meja tu kuat kuat sampai terkejut Fanny.

"KAU NI BISING LA!!" sergah Jatul kat Kyle. Fanny pulak intai sikit je dari bawah tangan dia. lepastu dia senyum.. Suka la tu Jatul back up dia. Tapi dari riak wajah nampak sangat dia baru kene heart attack.

Masa Rehat.

Kyle POV.

Memandangkan kelas kitorang kat tingkat 4. Aku malas nak turun semata mata nak pergi koperasi. Tapi bila aku pandang bawah aku nampak Fanny tengah makan Aiskrim.. Ohh.. sedapnya. Aku nak jugak tapi malas nak turun. So aku fikir nak suruh dia je yang belikan.

"FANNY!!" Aku teriak nama dia dari tingkat 4. Dan automatik semua orang alihkan pandangan kat aku kecuali Fanny. Budak ni pekak betullah!

"FANNY!!!!" Kalini aku panggil lagi kuat dan dah semestinya semua budak perempuan kat sekolah ni tak dapat alihkan pandangan diorang dari wajah aku yang kacak ni. Ceh wah.. syok sendiri jap. Tapi Fanny masih tak pandang aku. Dia khusyuk dengan aiskrim Solero dia tu. Oh.. Jatul pernah bagitau aku tentang dunia fantasi dia tu. Aku ingat tu cuma sekadar metafora, rupa rupanya memang betul . budak ni bila tengah makan aiskrim automatik 100% jadi pekak.

So aku planning nak malukan dia. hehe.. keluar tanduk kat kepala aku dan ekor dari punggung aku . Rambut dah elok dah warna merah.. Aku keluarkan senyuman sinis aku yang semestinya mencairkan hati smua pelajar perempuan kecuali budak yang pekak lagikan buta itu.

Aku tarik nafas dalam dalam dan...

"PENNISS!!" Nah .. ambik!! Terus pandang kau~

"KAU PANGGGIL AKU APA?!!" Dia jerit tak puas hati kat aku. Nampaknya dia mintk aku ulang lagi sekali.. hehehe

"Aku cakap PENNIS!!" Dan semestinya perkataan itu menyebabkan semua pelajar kat blok ini ketawa terbahak bahak kecuali beberapa pelajar perempuan yang cuma menutup muka akibat malu dan beberapa manusia dari form 1 dan form 2 yang tak cukup ilmu untuk mengetahui makna penis..kebanyakan mereka cuma buat muka blur dan ade sesetengah yang cuba tanya kat pelajar senior tentang maksud perkataan ajaib tu. Noob betullah diorang ni.

Bila aku tengok Fanny. muka dia bengang..

"KAU BERANI PANGGIL AKU MACAM TU YE BITCH!!" Nah , dia tengking aku dan panggil aku bitch.. Maka terjejaslah imej dia sebagai pelajar contoh di sekolah ini. Semua pelajar hanya memandang dia dengan wajah terkejut. Dan aku cuma tersengih dan jerit balik kat dia

"KAU LA BITCH!!" Jadi? Mana dia niat aku nak suruh dia belikan aiskrim tadi?

Dan dengan itu, kami berdua dipanggil ke pejabat pengetua.

Dan ni semua aku punya pasal.

The Golden WingsWhere stories live. Discover now