18: Bistro

36 5 0
                                    

Fanny P.O.V (like always)

Aku pakai kasut biasa harini sebab kasut yang Kyle bagi tu kene berak dengan makwe ompok, Tak guna punya kucing. Dah la kau rampas teruna ompok aku.lepastu kau berak atas kasut aku pulak. Mengawan atas katil aku pulak tu..

Aku bawak duit poket sikit memadangkan aku nak keluar. Sebelum aku memecut ke rumah Kyle, aku pandang rumah Cikgu Fuu Min. Pelik sebab rumah dia macam sunyi je. Memang la dia tinggal sorang tapi.. Takkan dia takde makwe kan? Kawan kawan ke?.. What ever lah..

Aku pun terus vrom vrom ke rumah Withingale.. Sampai sampai je, aku kene jurus dengan air. Like .. Wth?

"EHH.. KAK FANNY !! SORY SORY!!" Feo datang kat aku sambil bawak tuala yang dia ambik kat tempat penyidai.

"Kuaja kau an?" Aku pandang Feo.. Then aku tengok sekeliling. Dan aku faham, yang sebenarnya Feo tengah siram pokok bunga tapi tiba tiba aku lalu.

"Maaf.. Tak sengaja.." Feo mintak maaf kat aku. Aku maafkan je lah.. kan kita mesti saling bermaaf maafan. nasib baik tak basah sangat.

"HA!! BUAT APE TU!! BEROMEN??" Kyle jerit dari dalam rumah. Intai ikut tingkap.

Cakap pasal romen,teringat perbualan aku dengan Farisha

Farisha: Yg kena tngkap kalau duduk non muhrim yg berdua dua an tu
Farisha: Kena tngkap dgn jakim
Fanny : Oh
Fanny: romen ah?
Farisha: 😂
Fanny: Jais la woi
Fanny : Jakim makanan
Farisha: 😂
Farisha: Ok jais
Farisha: Jakim 😂

Kitorang terdiam... Tak tau kenapa ,tapi stetmen Kyle sangat hambar.. So dia tak dapat sambutan dari kitorang dua..
Lepas dia perasan yang kitorang tak layan dia, dia pun terus menghilangkan diri dari tingkap tu.

"Feo.. boleh aku tanya?" Aku turun dari motor dan duduk kat satu bangku pendek yang sangat pendek.

"Hmm.. boleh je" Kata Feo sambil mencangkung depan aku. tapi cangkung sopan la.. Dia rapatkan dua2 peha dia.

"Yonji tu ade power ape eh?"

"Oh.. Yonji.. dia ade sifat kimia"

"Hah? kimia?" aku buat muka derp

"Macam kau ade fizik kan? Dia ade kimia.."

"Abistu.. Si Heat yang panggil aku penis tu ade sifat biologi?"

"Ish.. taklah.. Camni. Yonji boleh tukarkan suatu tenaga kepada tenaga lain.." kata Feo

"Contohnya? macam tukar tenaga kimia kepada kinetik? Tu fizik lah! Dan lagi satu. kita pun buat menda tu lah dalam aktiviti harian kita" Aku menegaskan.. Aku kan terer Fizik. Cewah.

"Oh .. ye eh? Tapi bukan tu je kelebihan dia. Dia ade something yang kau tak tau." Feo taknak kalah. Tapi siriusly.. aku tak faham dengan situasi ni.. Like.. Benda camni sepatutnya ta wujud kan. Ke aku mimpi je sekarang ni?

"Ape ni? Rumit la.. aku tak faham"

"Cuba fikir luar kotak pemikiran.Okey.. kalini kita akan ke dunia fantasi"

"Fantasi pulak..." Aku rasa macam termasuk dalam movie harry potter.

Feo mula menunjukkan semangat untuk bercerita "Kita sebenarnya..."

PIN PIN!!

Tetiba Kyle potong dengan bunyi Hon kereta dia..

"HOI!! KORANG NAK GI TAK??"

Aku dan Feo berpandangan.

"Nanti kita sambung" Kata Feo. Kemudian kitorang bangun dan terus masuk dalam kereta.

The Golden WingsWhere stories live. Discover now