IAM | 6

2K 179 19
                                    

Ketukan pada pintu bertalu - talu mengganggu Bae Jihyun hendak tidur di waktu pagi. Jihyun mengusutkan rambut nya sebelum bangun. Ketika hendak bangun, kaki nya tersepak bantal. Bantal busuk dia. Dia tersengih. Sampai ke kaki bantal busuk nya itu pergi. Dia ambil semula bantal itu dan letak kembali di atas katil.

Pintu dibuka dan terjengul wajah Jun Rina di depan mata. Bae Jihyun merengek kecil. Kalau dia tahu Jun Rina yang ketuk tadi, memang tak lah dia nak buka pintu. Ganggu tidur dia sahaja. Senyuman Jun Rina mati apabila melihat keadaan Jihyun yang masih lagi tidak bersiap itu.

"Hey, girl! What are you doing right now? Kau masih lagi dengan baju tidur niey? Ya tuhan, Bae Jihyun! Wake up! We have meeting this morning with client from Japan!"

"What?!"

"My God! Pergi mandi sekarang, Jihyun. We don't have time right now okey. Kenapa laa aku ada kawan jenis pelupa macam niey."

Bebel Jun Rina. Bae Jihyun memberikan death glare nya kepada Rina. Jun Rina tersengih. Kemudian, Jihyun pergi ambil tuala di ampaian dan masuk ke dalam bilik mandi. Manakala, Jun Rina pula seronok menggoyang kaki sambil bermain telefon di atas katil Jihyun.

×××

"Okey. Apa - apa hal beritahu aje dengan saya. Saya akan informkan kepada Tuan Yoongi. Huh? Dia tak masuk kerja lagi sekarang. Nanti saya cakap dekat dia bila dia dah masuk nanti. Okey."

Gagang telefon dihempas dengan kuat oleh Cik Miran. Mulut nya terkumat - kamit mengatakan sesuatu. Panggilan tadi daripada salah seorang client Min Yoongi yang amat cerewet itu. Miran rasa nak hempuk sahaja mulut dia tuey dengan kuali.

Tanpa sedar, Min Yoongi berdiri dihadapan nya dan tersengih melihat pembantu nya yang sedang marahkan sesuatu itu. Dia mengetuk meja Cik Miran dan buatkan gadis berambut hitam pekat itu terkejut. Dia mengurut dada.

"Tuan Yoongi! Bila sampai?"

"Baru aje. Apa yang awak marahkan sangat tuey? Sampaikan saya ada dekat sini pun, awak tak perasan. Cuba cakap."

"Tak de lah! Client Tuan Yoongi yang cerewet tuey. Tadi dia ada telefon, bila nak jumpa. Nak bincangkan pasal jualan tanah dekat Gwangju tuey. Pastu, dia kata pulak tak nak berurusan. Itu yang buat saya geram sangat tuey, Tuan."

"Owh pasal itu. Biar lah dia tak nak sekalipun. Apa ade hal. Hurm. Petang nanti lepas lunch, saya tak masuk pejabat tau."

"Kenapa? Tuan nak ke mana?"

Pertanyaan itu dibiarkan tidak berjawab. Min Yoongi beredar dari situ dengan senyuman yang meleret. Entah apa laa yang buatkan dia tersenyum begitu. Cik Miran menggaru kepala nya yang tidak gatal. Macam - macam hal lah yang berlaku pagi ini.

×××

"Perbincangan kita sampai takat ini sahaja. Semoga kita bertemu lagi untuk membincangkan topik yang lain."

Kata Encik Yoo Min Kyu sambil berjabat tangan dengan Bae Jihyun dan juga Jun Rina. Kedua gadis itu sekadar mengangguk sambil tersenyum manis. Kemudian, lelaki itu beredar dari situ. Dengan cepat Jihyun terduduk di atas kerusi. Melepaskan lelah setelah dua jam setengah berada dalam bilik mesyuarat.

Dia melihat jam di tangan. Dua minit lagi nak pukul sebelas. Cepat nya masa berlalu. Jihyun mencuri pandang terhadap Jun Rina. Asyik dengan telefon sahaja dia seorang tuey. Dengan siapa lah dia bermesej setiap hari? Dengan senyuman di bibir lagi. Mesti dengan pakwe dia niey.

[C] Let Me Love You | mygWhere stories live. Discover now