"Pete! Sarapan dulu!" Kedengaran suara lantang ibu Pete di pagi hari.
"Saya dah lambat ke kolej! Hari ini ada sesi pendaftaran. Bye ibu"
"Hei! Kiss ibu dulu baru pergi." Kata ibu Pete lalu meletakkn jari telunjuknya di pipi.
Walaupun usia Pete 21 tahun, zaman kolej Pete baru sahaja bermula. Disebabkan akedemiknya sangat lemah, Pete terpaksa mengambil peperiksaan awam ulangan bagi melanjutkan pelajarannya.
Huh..huh..huh..
Tercungap-cungap Pete berlari ke stesen bas dengan menggalas beg besar seperti mahu berkhemah. Pete tidak mahu ketinggalan bas pada hari pertamanya ke kolej.
"Fuh..nasib baik sempat naik bas" Pete melihat jam tangannya untuk memastikan dia sempat sampai ke kolej sebelum sesi pendaftaran bermula.
"Ada lagi 1 jam"
Pete meluaskan pandangannya ke luar tingkap. Pelbagai perasaan yang ada dalam hati Pete. Gementar. Excited. Gembira. Sudah lama Pete menunggu saat ini. Saat menempuh alam kolej yang diidam oleh semua pelajar.Pete membuka begnya. Dia meneliti dan memeriksa kembali surat-surat dan maklumat peribadinya.
"Okay, bagus! Semua cukup," kata Pete di dalam hatinya selepas memastikan semua dokumen sudah cukup.
Pete melihat orang awam di dalam bas yang sibuk dengan gadgetnya. Masing-masing asyik dengan kemajuan alam teknologi. Di sebelah Pete ada seorang nenek yang berusia dalam lingkungan 50-60 tahun. Masih kuat dan boleh berjalan dengan biasa cuma badannya agak bongkok. Bakul di kakinya menunjukkan nenek itu mahu ke pasar pagi. Pete hanya melontarkan senyuman kepada nenek itu apabila nenek itu menoleh mukanya ke arah Pete. Di hadapan Pete ada seorang perempuan yang sibuk dengan dunia hiburannya. Lagu. 'Earphone' di telinga perempuan itu menunjukkan dia asyik dengan lagu. Dunia bergegar pun mungkin perempuan itu tidak dapat menyedarkan perempuan itu. Pete kembali melihat pemandangan di luar tingkap.
Selepas 30 minti, Pete bangun untuk menekan loceng apabila melihat kolejnya sudah berdekatan. Hasrat Pete untuk menekan loceng terbatal apabila perempaun di hadapannya itu menekan loceng itu terlebih dahulu. Mungkin destinasi perempuan itu dengan Pete sama.
Halaju bas itu semakin berkurang menandakan ia hendak berhenti. Perempuan itu pun bangun lalu turun daripada bas itu. Pete juga bangun lalu ternampak sebuah buku di tempat duduk depannya itu. 'Ni mesti buku perempuan tadi'
Pete cuba mengejar perempuan itu tetapi perempuan itu hilang selepas melalui satu selekoh.
" Eh ! Tadi perempuan tu kan lalu selekoh ni. Tapi kenapa aku tak nampak pun dia sekarang?" Pete menggaru kepalanya walaupun kepalanya tidak gatal. Dia hairan. 'Mungkin aku tersalah tengok' tanggapan Pete. Pete memasukkan buku perempuan itu ke dalam begnya.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
"Waah! Besarnya universiti ni. Macam mana aku nak cari tempat pendaftaran?" Pete melihat-lihat di sekeliling universiti itu. Dia cuba mencari sesiapa yang boleh menolongnya.Bukk!!!!
"Aww ! Sakitnya," jerit seorang perempuan apabila Pete tidak sengaja terlanggarnya.
"Maaf maaf maafkan saya ! Awak okay?" Tanya Pete yang kelam kabut cuba menolong perempuan itu untuk bangun.
"Saya okay! Lain kali, mata tu tengok depan! Bukan tengok atas " kata perempuan dengan nada perli.
"Saya tak sengaja langgar awak. Eh! Kejap, awak ni bukan ke perempuan yang naik bas tadi?" Penjelasan Pete terhenti apabila dia melihat muka perempuan itu.
"Memang saya ada naik bas pagi tadi. Kenapa?"
"Nah! Buku awak terjatuh tadi. Saya cuba kejar awak tapi tak dapat" Pete memberikan buku tadi kepada perempuan itu.
Dengan muka yang cemas, perempuan itu berkata,"macam mana boleh jatuh. Awak ada baca tak isi kandungan buku ni ?"
Pete menggelengkan kepalanya. Perempuan itu kembali tenang.
"Oh ya. Awak tahu tak di mana tempat pendaftaran pelajar baru?" Tanya Pete apabila dia teringat motif sebenarnya ke sini.
"Saya pun nak ke sana. Awak boleh ikut saya." Kata perempuan itu. Pete pun mengangguk tanda setuju.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf sebab lupa nak update. Saya akan cuba update sambungannya dengan secepat mungkin^^
Maafkan saya kalau story ni tidak menarik^^saya akan cuba yang terbaik untuk memperbaikinya
Jangan jadi silent reader pulak ^^ comment, vote
Jangan lupa follow my acc^^
YOU ARE READING
Miracle Fate
VampireTakdir. Kita tidak boleh mengelak daripada takdir. Kita tidak boleh lari daripada takdir. Tapi kita boleh ubahnya seperti yang kita mahu. Kata-kata itu selalu berlengar-lengar dalam kotak pemikiran Stella. Dia tidak dapat menerima takdir bahawa diri...