Suasana bising di waktu pagi memecahkan kesunyian alam. Pergaduhan antara seorang lelaki dan wanita di waktu pagi membuatkan seorang remaja lelaki terjaga dari tidurnya. Bunyi barangan kaca berderai menandakan bahawa berlakunya pergaduhan besar di rumah banglo dua tingkat tersebut. Pergaduhan kali ini ibarat perang dunia kedua. Dentuman kaca berderai ibarat bom jatuh ke bumi. Belum pernah berlaku pergaduhan seperti ini. Kali ini, pergaduhan ini seperti sampai ke penghujungnya. Pergaduhan akhir yang tidak mampu dibendung lagi apatah lagi dibawa berbincang. Pergaduhan antara lelaki dan wanita ini berpunca daripada sikap lelaki yang sentiasa ke kelab malam dan bersama gadis gadis asing sebagai pemuas nafsu walaupun hakikatnya dia sudah berumah tangga. Kemuncak pergaduhan ini berlaku apabila si wanita iaitu isterinya melihat gambar lelakinya bersama dengan gadis lain di dalam telefon bimbit suaminya.
Pergaduhan antara pasangan suami isteri itu pada hari ini berakhir apabila si suami melafazkan cerai kepada isterinya. Fikri yang menyaksikan pergaduhan tersebut di sebalik pintu terus mengalirkan air mata apabila mendengar perkataan cerai yang diluahkan oleh ayahnya kepada ibunya. Fikri melarikan diri ke dalam biliknya apabila menyedari ayahnya mula melangkah keluar. Kedengaran enjin kereta berbunyi dan tatkala itu juga kelihatan sebuah kereta Vios meluncur keluar dari banglo dua tingkat tersebut. Air mata seorang remaja lelaki itu makin deras mengalir membasahi pipinya. Tatkala itu juga pintu biliknya terbuka, kelihatan susuk tubuh seorang wanita masuk ke kamarnya. Wanita itu terus mendapatkan Fikri seraya memeluknya sambil menangis.
Fikri tahu isi hati ibunya sudah hancur disebabkan oleh perangai dan sikap tidak berguna ayahnya.
"Aku akan pastikan kau menyesal suatu hari nanti", gumam hatinya.
YOU ARE READING
Konflik !
RandomFikri - seorang remaja yang mengalami konflik dalam hidupnya. Keluarga yang bermasalah serta sering dibuli di sekolah sedikit sebanyak telah mengubah acuan dirinya. Masalah yang mendatang memberi kesan kepada seksualiti, mental dan fizikalnya. Mampu...