59 : JIE

23 1 0
                                    

Jie,
Kau anugerah terindah dari Tuhan
Ketika aku sedang hanyut dalam arus kesunyian
Kau hulurkan tangan
Bawaku ke permukaan

Jie,
Cintamu yang terpaling agung
Kasihmu yang paling suci
Kau suluhkan semula jiwaku
Dari kegelapan kehampaan
Kau sinarkan wajahku dengan senyuman

Jie,
Sampai kapan pun
Aku mahu kita terus berdakapan
Menggenggam tangan
Melangkah gagah ke hadapan

Jie,
Aku akan melindungmu
Dari taufan kesedihan
Aku akan mencorakkan jiwamu
Dengan warna warna keceriaan
Selagi hayat dikandung badan

Jie,
Semoga di hari hadapan
Kau takkan sendirian
Aku akan sentiasa memelukmu erat
Erat, seerat-eratnya Jie.

Sehari Selembar PuisiWhere stories live. Discover now