Sudah sediakah aku??

7.3K 103 41
                                    


"Haris.. ada telefon dari Taufiq katanya penting" Haris dengan pantas menuju ke Mak Jah dan mengambil telefon darinya.

"Oh ya! Farah soalan tadi saya akan tunggu jawapannya selepas call ni nanti ok?" Haris terus beredar dan melayani panggilan telefon itu. Malah aku terus bingung ingin jawab apa. Aaaah! Lebih baik aku masuk bilik.

Selepas aku masuk ke bilik, ada sebuah ketukan dari pimtu dan memanggil namaku. "Farah kita tak habis berbual lagi, awak jangan nak larikan diri dari saya!" Alamak apa aku nak buat ni? "Sorry awak saya dah ngantok sangat. Kita sambung lain kali je eh, selamat malam" Haraplah dia tersangkut dengan alasan aku ni.

"Tapi Farah.."
"Sudah lah tu Cik Haris, Saya rasa Farah ni belum sedia nak cerita masalah dia.. Cik ni pun biar bantu dia dengan ikhlas tak usah nak desak dia nanti dia lari Cik Haris yang susah betul tak?" Mak Jah berpesan sambil menyakat Haris macamlah Mak Jah tak perasan, lain macam benar ambil berat tentang Farah ni. "Ada je Mak Jah ni mestilah ikhlas tolong dia, Dah la saya nak masuk bilik jap nak rehat penat"

Baru sahaja hendak tidur, dia teringat Farah dengan bengkak-bengkaknya di lengan. Apa dia buat kat kolong tu eh? Dia ni pelacur kat situ ke? Hish takkan lah perempuan lemah lembut gitu pelacur?! Tak mungkin.

Setelah solat subuh aku menolong Mak Jah di dapur. "Selamat pagi Mak Jah, ada apa-apa saya boleh tolong?" Mak Jah yang tengah sibuk memasak terkejut dengan kehadiran Farah. "Eh kamu ni terkejut Mak Jah! Takpa la kamu berehat je Mak Jah dah biasa buat sorang-sorang ni" Rasa bersalah pula kalau tak tolong aku dah la menumpang je kat sini.

"Hish mana boleh macam tu takpa biar saya tolong sikit" Kali ini Mak Jah tak menolak malah rasa lega dan senang ada orang tolong di dapur ini.

"Mak Jah nak tanya sikit boleh?"
"Nak tanya apa Mak Jah?" tanpa curiga aku balas pertanyaannya.
"Ni nak tanya pasal lebam-lebam kat lengan tu, Cik Haris tu ada la bagi tahu yang dia langgar kamu tapi bila Mak Jah tengok lebam kamu tu macam kena pukul. Mak Jah bukan nak sibuk-sibuk nak tahu hal kamu tapi sebab Mak Jah ambil berat tentang kamu" Dengan kata-katanya yang lembut buat aku rasa suasana keluarga kembali sementara yang kini sudah lama hapus. Tapi bagaimana hendak aku mulakan dan ceritakan semuanya pada Mak Jah? Sememangnya aku malu hendak cerita. Rasa bersalah pula kalau tak cerita, aduuuuh! payah ni.

"Kenapa diam? Ceritalah saya pun nak dengar juga sebelum saya siap pergi kerja ni" Suara Haris yang bersandar di pintu dapur membuatkan aku terkejut. Eh macam mana pula dia ada kat sini? Hish baru nak cerita tapi dia pula sibuk nak tahu. Please Haris im not ready to tell you this im sorry. Haish.

Aku terus beredar dari dapur dan duduk di balkoni. Akhirnya air mata aku keluar juga membasahi pipi. Haris yang duduk di sebelah aku rasa bersalah kerana agak kasar menegurnya tadi. "Farah.. Saya tak bermaksud pun nak menyampuk tapi saya rasa macam saya ada hak nak tahu sebab dah macam jadi satu tanggungjawab, maafkan saya eh?" Suaranya yang begitu lembut dan tenang membuatkan Farah berhenti menangis.

"Saya menangis bukan sebab awak menyampuk tapi saya belum sedia nak ceritakan pasal saya, Kalau Cik Haris rasa saya ni beban atau menyusahkan saya boleh pergi dari sini" Terkejut Haris bila Farah berprasangka begitu. " Eh bukan macam tu, tak rasa beban pun cuma apa yang saya cakapkan tadi macam satu tanggungjawab untuk saya tahu latar belakang awak" Dia sendiri tidak tahu kenapa dia begitu ingin sekali tahu latar belakang Farah. Seolah-olah ingin ada rasa kepastian sebelum apa-apa yang berlaku seperti hati ini yang sudah tertarik dengan Farah.

"Awak tak kerja ke hari ini? Dah pukul berapa ni nanti lambat pula" Farah terus bertukar topik kerana mahu melarikan diri dari soalan yang dia belum sedia untuk ceritakan. Haris melihat jam di handphone sudah 730am. "Ya Allah! Saya pergi siap dulu dah lambat sangat ni" Haris terus beredar dan aku pula tolong Mak Jah siapkan sarapan.

Selesai sahaja sarapan, Haris membetulkan tali leher sambil menuju ke keratanya. "Cik Haris!!" kedengaran suara Farah di hujung telinga. "Awak tertinggal phone ni tadi kat atas meja" Farah menghulurkan handphonenya dan mengucapkan terima kasih. Setelah itu Haris terus beredar.

Dari jauh ada mata sedang perhatikan. "Kat sini kau sembunyi.. Jaga kau Farah nak lari dari Long Zim?! hish tak mungkinlah" Apek disitu sudah senyum sinis. Long Zim mesti suka ni Hahahahaha!!!

Sampai sahaja Apek di bilik Long Zim terus dia bagi tahu berita dimana Farah berada dan Apek menunjukkan semua gambar-gambar yang dia ambil tadi.

"Waaah rumah besar ni.. Boleh minta duit untuk bayar hutang-hutang orang tua dia yang tak guna!" Long Zim sedang berfikir dan merancang elok-elok di kepala otaknya bagaimana untuk tarik dia pulang kembali.

"Farah Farah nak lari mana kau?! Ni Long Zim la! Berani kau lari eh?! Sekarang aku da tahu mana tempat kau! Kau tunggu dan lihat Farah!" Long Zim ketawa sekuat-kuatnya kerana akhirnya dia dapat jumpa keuntangannya iaitu Farah!




Sorry sangat lambat update i was so busy with work and school. Im sorry guys. Saya buat ni main2 je tak tahu pula banyak support but saya appreciate sangat2!

Thanks for ur support
Myella

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Feb 19, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Aku tidak ingin beginiWhere stories live. Discover now