NENEK KEBAYAN (Part 1)

465 9 0
                                    

Sejak hari pertama menjadi penghuni pinggir tasik, belum pernah mendengar kisah mengenai nenek kebayan. Hanya percaya ianya mitos dan hanya rekaan nenek moyang pada zaman dahulu. Langsung tidak terfikir akan menemuinya.

Pada suatu petang, selepas selesai latihan Merempuh Halangan, kami semua kepenatan. Begitu juga peserta. Walau hari ini hanya latihan bukan pertandingan, mereka tetap penat. Mana taknya, memanjat tembok 6 kaki untuk perempuan dan 12 kaki untuk lelaki. Kami sebagai pemantau pun dah penat, inikan pula peserta.

Kebanyakan peserta kali ini datangnya dari bandar. Pendek kata hutan bagi mereka adalah sesuatu yang menakutkan dan menyeramkan. Nampak kelkatu pun dah menjerit kegelian. Apatah lagi perkara-perkara mistik.

Mahunya mereka percaya.

Jadi keadaan petang itu, dikala semua orang kepenatan terbaring merehatkan otot-otot kelesuan. Keadaannya sangat sunyi. Sesekali kedengaran suara peserta yang masih punya tenaga di bilik air.

Selepas waktu makan petang jam 6.30, peserta Muslim bersiap-siap untuk ke surau. Manakala warden yang tidak bertugas berehat. Begitu juga saya. Sebaik azan berkumandang di seluruh pinggir tasik hening. Suasana kelam. Saya menutup pintu dan tingkap.

Tiba-tiba kedengaran bising di bilik penginapan peserta paling bawah.

"Allah. Ada apa pula?"

Saya pun bingkas bangun dan terus berlari menuju ke sana. Setibanya di depan pitu bilik penginapan Keruing 2, beberapa orang peserta non-Muslim menangis teresak-esak sambil berpelukan. Manakala pesereta muslim yang cuti ABC, ada yang membaca Yassin secara hafazan manakala 2 3 orang antara mereka menangis menggeletar ketakutan.

Dua orang peserta yang berani memegang kedua belah tangan peserta yang kerasukan, Mila.

"Pergilah! Jangan kacau aku! Pergilah!"

Esak tangis Azila semakin menggila apabila tangan Mila cuba memegang dirinya. Pndangan mata Mila tepat memandang ke arahnya. Walau tubuh Mila kecil, kekuatan dirinya umpama 2 orang lelaki berbadan sado.

Kali ini Mila dipegang oleh 2 orang warden. Amin, warden lelaki yang mahir mengenai agama masuk dengan iringan beberapa orang pegawai wanita dan lelaki lain.

"Pegang dia kuat-kuat."

Kemudian Amin meletakkan tangannya di atas bahu kanan Mila. Mila terus rebah. Maya dan Aishah segera mengangkat tubuh Mila keluar dari bilik penginapan. Dia dibawa ke bilik rawatan.

Ketika di bilik rawatan, Mila tidur lena sehingga ke pagi. Namun tubuhnya terlalu lemah dan mempunyai banyak kesan lebam.

Petang itu, suasana tenang. Walau bagaimanapun, warden dan pegawai sentiasa berjaga-jaga. Sebaik sahaja azan maghrib tamat, para jemaah meluruskan saf dan bersedia untuk menunaikan solat.

Warden Maya dan Warden Aishah baru sahaja usai menunaikan solat apabila pintu mereka diketuk kuat.

"Cikgu. Mila kena rasuk lagi."

Maya dan Aishah berkejar ke tempat kejadian. Keadaan Mila masih sama. Kali ini dia dapat memegang Azila. Matanya merah dan tajam merenung Azila.

Seluruh pinggir tasik bergema dengan jeritan Azila.

"Lepaskan aku!"

Aishah memegang tangan Mila.

"Lepaskan dia."

Mila menggeleng.

Kali ini Maya pula bersuara, "Kau lepaskan dia ni. Kalau tak...."

Terus sahaja pandangan Mila beralih ke arah Maya. Genggaman tangannya pun mulai kendur. Maya dan Aishah cepat-cepat menjauhkan Azila dan Mila.

Kali ini Mila tidak meronta. Dia diam sahaja. Namun matanya kembali merenung tajam Azila. Aishah mempunyai gerak hati yang sukar untuk dia luahkan.

Namun dia kuatkan dirinya untuk berbisik kalimat Allah ke telinga Mila. Mila terus rebah pengsan. Oleh kerana tubuhnya yang kecil, Maya dan Aishah mampu mendukungnya terus ke bilik rawatan.

Keadaaan Mila masih sama. Dia tertidur hingga pagi. Apabila sedar, dia langsung tidak bercakap dengan sesiapa.

Pada hari ketiga, kejadian yang sama berulang. Kali ini Maya dan Aishah saling memunyai gerka harti yang sama.

Luah Maya pada Aishah. "Ini mesti ada sesuatu yang budak Azila itu buat."

Aishah tidak memberikan respon. Dia lebih banyak memerhati.

Malam itu, Azila telah dipindahkan ke bilik yang paling hampir dengan pejabat. Manakala Mila telah ditempatkan di bilik rawatan sejurus sebleum azan maghrib berkumandang. Ini kerana Mila telah menunjukkan dia bakal mengamuk.

Apa yang dijangka, berlaku. Mila mengamuk!

Ustaz Amin dan beberapa warden lelaki kalah dengan tenaganya yang sangat luar biasa. Maya dan Aishah serta beberepa orang warden lain saling berundur apabila melihat kekuatan Mila. Menjelang jam 12 tengah malam, Mila mulai bertenang. Dia tidak lagi meronta-ronta untuk keluar dari bilik rawatan.

Kali ini dia duduk bersimpuh di atas sofa, persis duduknya gadis Melayu zaman dahulu kala yang penuh sopan.

Saya yang kebetulan duduk bertentangan, tunduk memandang bibir dan hidungnya.

Dia ingat akan petua orang lama. 'Usah dipandang mata orang yang dirasuk.'

Masing-masing berdiam diri. Keadaan sunyi menguasai dalam bilik. Tiba-tiba Aishah menyentuh bahu kanan Mila.

"Ini nenek ya?"

Terus sahaja Mila memberi respon yang mengejutkan semua yang ada dalam bilik rawatan. Dia mengangguk!

Serta-merta saya merasakan bulu tengkuk meremang dan tangannya menggigil. Segera digenggam erat tangan agar tidak jelas kenampakan cemas dalam dirinya.

Aishah cuba bercakap lagi, "Nenek nak bercakap dengan siapa?"

Spontan tangan kanan Mila terangkat dan jari telunjuknya tegak mengarah kepada Maya dan Aishah.

Terus sahaja Maya mengarahkan, "Yang lain semua, keluar."

36 CeritaWhere stories live. Discover now