61 : Tidak Ada Lagi Jie

23 0 0
                                    

Tenanglah sayang,
Usah ditambat hati yang tidak lagi mahu terikat
Kau hanya menyiksa batinmu

Tenanglah sayang,
Lepaskanlah
Lepaskanlah
Lepaskanlah

Tenanglah sayang
Mungkin aturanmu tidak sehebat aturan Tuhan
Belajar menerima ketentuan
Percayalah, kau tak pernah sendirian
Tuhan ada ; Dia selalu temankan.

Ini bukan selamat tinggal Jie
Sepurnama nanti, aku akan kembali
Untuk melunaskan janji
Bahawa, aku akan menjagamu sampai mati.

Sehari Selembar PuisiWhere stories live. Discover now