"Ya Allah.. best nya dah habis exam!!" Keluh gembira Thea bersama rakannya yang lain berteriak sama keluar dari dewan peperiksaan.
"Beb, aku rasa kan kita patut celebrate!" Kata Zila yang sibuk mengemas lipatan lengan bajunya.
"Yelah kan! Aku dah lama tak keluar jalan-jalan sejak.. sejak bila ehh?" Cetus ketawa Thea pula bila memikirkan yang mereka tak pernah langsung keluar berjalan di semester terakhir ni.
"So, kita plan nak pergi mana?" Soal Nelly yang baru sahaja jalan beriringan bersama mereka.
Aku fikir sejenak, dulu aku plan nak tinggal kat chalet dengan kawan-kawan. Bapak kau lah duit mana nak bazir tinggal kat situ!
Aku geleng kepala, nak ubah fikiran.
"Apa kata, kita camping kat pantai, sehari dua ke?" Cadang Bella.
Bestfriends aku ada tiga, Zila, Nelly dan Bella. Kami mula kenal dari semester pertama kami belajar di universiti sini.
Mula-mula acah-acah malu gila. Dah lama kenal, entah sampai tang jamban pun nak kongsi.
Maklumlah, berempat sekali tinggal satu dorm, sama kelas pulak tu! Untunglah weh..
"Okay kut, tapi kita patut inform parents lah dulu, nanti menyesal pula kalau dah bersedia, parents tak bagi pula" ujar ku.
"Cool!! Tapi sedih lah..." Bella dengan rajuknya. Dalam dorm dia lah drama queen! Nak berlakon pandai habis!
Semua mata kami meluru kearah nya, menanti ungkapan seterusnya.
"Sedih sebab lepas ni kita tak jumpa lagi" Oh ini yang betul habis, takde langsung lakonan dia.
Kami pun turut merasa sedih bila terfikir yang kami akan mengambil jalan masing-masing selepas ni.
Sepanjang perjalanan kami ke dorm, seorang pun langsung tak berbunyi, asyik melayan perasaan sendiri. Sedih betullah!
Bengang giler terfikir lepas ni kena berpisah!
****
"Mamaaaa!!!" Lompat ku keluar dari kereta menuju ke rumah asal.
Terus mama memeluk ku lalu mengucup pipi ku lembut. Lama tak jumpa mama, selalu cakap dalam telefon je.
"Amacam exam? Okay ke?" Soal mama pabila ku beralih keluar semula, mengambil kesemua barang-barang yang ku huni di dorm selama empat tahun.
Bantal, selimut, pantung teddy bear besar, beg bagasi 4 biji, kotak buku berlambak kat dalam bonet dan yang paling penting, barang pemberian dari kami berempat, semua kongsi sama benda.
Awatt banyak betul barang dia! Ni baru pindah rumah ke lari rumah? Entah macam mana diorang hidup berempat kat dorm tu pun tak tahu, banyak betul barang diorang.
"Okay laa ma, hopefully dapat semua A* dalam semua subjek kali ni" budak pandai memang dah agak lah semua dapat.
Paling rendah masing-masing dapat A je, B ngan yang lain pun tak pernah sentuh langsung. Otak apa diorang pakai?
Tahukah anda, otak burung unta lebih kecil dari otak manusia?
Ehh? Iklan kejap. Maaf, tertukar siaran tadi.
"Good! Dah graduate nanti, cepat-cepat cari kerja" ujar mama yang kini habis ku bawa masuk semua barang-barang ku ke dalam rumah dan masuk ke bilik.
"Maa, Thea ngan kawan-kawan planning nak camping kat pantai, 3 hari 2 malam, pakej makanan laut cari sendiri" gelak ku sorang.
"Hah! Pantai mana? Berapa orang? Bila nak pergi?" Ayyokk mama ni, jadi polis pulak tetiba. Hehe..
"Pantai Hutan Simpanan kut" fikir ku sejenak. Tempat tu best! Walaupun rasa macam kat dalam hutam tempat berkhemah, tapi pantai nya cantik woo!!
"Pergi dengan Zila, Bella dan Nelly. Kita planning besok lusa, hari Sabtu dan Ahad. Itu pun kalau mama bagi lah.." keluh ku sedih berlakon.
"Kan best kalau mama bagi, alaaa hambar nya rasa bila tak dapat jumpa diorang lagi" bawah mata ku kesat sambil membuat muka sedih.
Adoiii, drama queen dah beralih. Hehehe
"Yelah! Yelah! Mama bagi. Tapi ingat jaga diri tu baik-baik. Pantai kat sana tu keras" nasihat mama.
"Baik Puan!" Tabik ku hormat berdiri tegak di depan mama.
Yes! Yes! Yes!
Terus ku berlari masuk ke bilik ku yang penuh dengan segala barang yang ku rasa kan sekarang adalah useless!
Nak berenang-renang pula rasa sekarang ni. Bila teringatkan panas matahari membara, panas pula sekarang ni aku rasa.
Rambut ku sanggul kemas di kepala sambil tangan mengibas-ngibas angin.
Macam manalah agaknya yang lain bila diorang tanya parents diorang jugak?******
Votes
Read
Comments
YOU ARE READING
Hot! Hot! SOLDIER!
Teen FictionNur Thea Chantika Binti Marof, gadis 24 tahun yang masih belajar di Universiti Negara, hanya menunggu keputusan sahaja lagi untuk mendapat ijazah. Menduduki tahun terakhir nya belajar didalam bahagian Kaunselor, seterusnya akan menjadi guru di bahag...