Mata Taehyung sembab kerana asyik menangis. Dia terlalu geram dengan Naura atas kekecohan kecil.
++++
Taehyung melilau di dalam rumahnya mencari night. Kucing gebu kesayangannya.
"Night, where are you" tanya Taehyung sendirian. Tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal.
Dia keluar pula di luar rumah. Mencari kucing kesayangannya.
Hish! Tak jumpa pun!
Dia cepat-cepat menaiki tangga menuju ke bilik tidur. Pintu diketuk perlahan takut-takut Naura terjaga.
"Kenapa masuk terjengket-jengket macam pencuri?" tanya Naura tiba-tiba.
Terkejut Taehyung dibuatnya. "Hish sayang ni suka buat terkejut abang!" marah Taehyung.
Naura baring semula dan menarik selimutnya yang terlorot. Sedikit pun dia tidak memandang Taehyung.
Taehyung mengigit bibirnya. Sejak dua menjak ni Naura selalu cepat terkecil hati.
Taehyung turut baring di atas katil lalu menarik selimut Naura.
Tetapi muka Taehyung ditolak oleh tapak tangan Naura yang kecil itu.
Taehyung mengosok mukanya. "Adui, sakitnya Mrs Taehyung ni tolak muka Mr Taehyung".
Naura menurunkan selimutnya menatap wajah Taehyung yang mengaduh kesakitan. Taehyung tersengih. "Saya tahu saya hensem!" kata Taehyung.
"Hensemn celah mana ntah"
Pipi Naura disentuh lembut Taehyung. "Janganlah menyorot dalam selimut. Saya nak tengok muka awak."
Selimut Naura ditarik lagi. Naura tertidur. "Aik dah tidur?" guman Taehyung.
"Naura, nampak night tak?" tanya Taehyung lagi.
Senyap. Hanya kedengaran dengkuran halus Naura.
Taehyung tersenyum. Dahi Naura dikucup lembut. Dia bangun semula dan membetulkan selimut Naura. Taehyung keluar dari bilik.
Sesi pencarian night diteruskan. Habis satu rumah dia mencari tapi tetap tak jumpa.
Taehyung masuk ke tandas dan dia terkejut sangat-sangat.
"Night!!!" habis satu rumah kedengaran suara Taehyung menjerit.
Naura yang tertidur tadi terus turun ke bawah mencari suaminya. Taehyung sudah nangis teresak-esak dengan bahu terhinjut-hinjut.
Bahu Taehyung disentuh lembut. Taehyung memandang Naura lalu menarik tangan Naura terus ke dalam dakapannya. Naura cuba menenangkan dia.
"Kenapa ni?" tanya Naura.
"Night...Night mati" balas Taehyung dengan esakannya.
Air mata Taehyung diseka lembut oleh Naura. Naura menarik tangan menuju ke tandas. Jasad night yang sudah tidak bernyawa Naura bersihkan.
"Apa yang awak buat?" tanya Taehyung dengan hidungnya yang merah.
"Mandikan dia. Lepastu kita kafankan dia pastu kita kebumikan dia" balas Naura.
Taehyung senyap memerhatikan saja tingkah laku Naura.
Selepas night ditanam. Makin kuat Taehyung menangis. Dia duduk sofa dengan bahu terhinjut-hinjut.
Naura mengeluh di sebelah Taehyung.
"Dah la tu takpayah la nangis sangat" Kata Naura.
"Ni baru kucing mati belum lagi kalau saya yang mati" kata Naura lagi.
"Please stop talking nonesense, Naura!" marah Taehyung.
"Saya cakap benda betul. I really don't know how much times I have left" pertahan Naura.
"So, do you want to leave me uh?!" pekik Taehyung lalu berdiri. Urat lehernya kelihatan tegang.
Tangan Taehyung, Naura cuba raih tapi ditepis kasar.
"Don't touch me!" marah Taehyung lagi. Naura tersentak. Kali pertama dia dimarahi Taehyung begitu padahal selama ni Taehyung tak pernah serius jika kisah masa yang Naura ada disoalkan.
Taehyung terus meninggalkan Naura lalu masuk ke dalam bilik. Pintu bilik dihempas kuat sehingga Naura terhenjut terkejut.
Taehyung menangis di dalam selimut. Kali ni dia betul-betul terasa hati dengan Naura. Kenapa Naura sering mengungkit masa yang dia masih ada?
Taehyung, kalau boleh dia mahu masa dia bersama Naura dipanjangkan.
Dia mahu menghabiskan hidupnya dengan Naura. Hanya dengan Naura.
Naura masuk ke dalam bilik.
"Abang..." panggil Naura.
"Pergila, abang nak duduk sorang-sorang" balas Taehyung dingin disebalik selimut.
"Taehyung..." panggil Naura lagi dengan suara yang lebih bergetar.
Taehyung tutup telinganya dengan tapak tangan. "Tinggalkan saya.." ucap Taehyung lagi.
Kedengaran pintu bilik ditutup rapat. Mungkin Naura sudah keluar.
Taehyung keluar dari selimut menuju ke tandas. Pantulan dirinya Taehyung pandang.
Mata Taehyung sembab kerana asyik menangis. Dia terlalu geram dengan Naura atas kekecohan kecil.
YOU ARE READING
[√] Naura Afifah
Storie d'amore#BOOK 2 ; 𝙸𝚂𝙻𝙰𝙼𝙸𝙲 𝙵𝙰𝙽𝙵𝙸𝙲𝚃𝙸𝙾𝙽 +I don't know how much time I have left+ - [ NOVEL FANFICTION, OLD TITLE : CHANGES ] Mengisahkan tentang seorang gadis liar yang bernama Naura Afifah yang sering keluar masuk kelab malam setiap hari. Hal...