JINSOL memandang muka Qian dengan muka tidak puas hati. Ikutkan hati mahu di cekik-cekik anak orang ini sampai mati. Tapi tak boleh. Nanti apa pula kata Mak Cik Minghao iaitu adik ayah Minghao.
"Gege! Tengok anak patung tu! Comelnya~" ujar Qian.
"Gegegegegegege!!! Aku gigit jugak budak ni." ujar Jinsol yang dari belakang.
Qian tidak mendengar apa yang Jinsol katakan. Dia terus mengajak Minghao pergi ke salah sebuah kedai anak patung. Jinsol menahan marahnya lagi. Dia menghantukkan kepalanya di dinding bangunan kedai itu. Orang yang lalu lalang di situ memandangnya dengan hairan. Dia mengangkat kepalanya lalu menumbuk di dinding kedai itu. Semua orng terkejut dengan tindakan Jinsol itu.
"Gila ke orang ni?" ujar salah pak cik yang lalu di situ.
Jinsol memandang pak cik dengan garang. Pak cik itu terus melajukan langkahnya.
"Comellah anak patung ni? Xiexie Gege!" ucap Qian.
Mereka berdua baru keluar dari kedai itu. Jinsol memandang Qian bagai nak telan orang. 'Minghao ni pun satu! Bukan aku ni macam tak wujud je! Budak Qian ni!!! Nak je aku tumbuk dia!! Sabar Jinsol. Sabar.' gomel Jinsol di dalam hati.
"Gege. Kita pergi..." ujar Qian yang sedang memikirkan destinasi yang seterusnya.
"Err.. Gege nak balik lah." ujar Minghao yang kelihatan sedikit penat.
"Alaa... Qian tak puas lagi lah Gege. Qian nak jalan-jalan lagi. Boleh lah Gege." rayu Qian.
"Gege penat lah. Jinsol Jie (Kakak) pun penat. Lagi pun esok Gege dengan Jinsol Jie nak balik dah. Nanti Gege tak cukup tidur." jelas Minghao.
"Alaa.. Nanti tak dapat jumpa Gege dah. Yang ini terakhir. Boleh lah Gege." rayu Qian lagi.
Minghao mengeluh kecil. Jinsol yang sudah mula geram. Dia terus menarik tangan Minghao membawanya jauh dari Qian. Qian hanya memuncungkan mulutnya memandang ke arah mereka berdua.
"Neo (Kau)?! Nak manjakan dia lagi ke?!" tanya Jinsol dalam nada marah.
"Hai.. Mana ada." ujar Minghao.
"Mana ada?!!!! Habis tu?! Belikan anak patung untuk dia tu apa?! Eee!!! Bencinya!!!" marah Jinsol.
"Haa.. Jinsol." panggil Minghao.
Dia tak mahu melihat Jinsol memarahinya. Minghao cuba memegang tangan Jinsol. Jinsol terus menarik tangannya. Dia menyilangkan tangannya memandang ke arah Minghao. Minghao mengeluh kecil.
Qian menguap melihat mereka berdua. Bosan untuk dia menunggunya. Dia bermain dengan anak patung itu. Mula-mula dia usap lembut tetapi akhirnya menumbuk-numbuk anak patung itu. Mungkin geram dengan Minghao melayan Jinsol.
"Bosan lah gini. Minghao Gege, kenapa Gege nak balik? Gege tak rindukan Qian ke?" tanya Qian pada anak patungnya kalau memuncungkan mulutnya.
Qian mula mencari idea untuk mendapatkan perhatian Minghao. Dia terpandang ke arah kasut tumit tingginya. Dia menghentakkan kakinya supaya kasut itu patah. Tapi lain yang terjadi. Dia terjatuh. Kakinya terseliuh. Dia mengurut kakinya berkali-kali menahan sakit.
YOU ARE READING
[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)
Fiksi PenggemarSEASON 1 (#72 in FanFiction on 22/1/17) "Hey, budak pendek!" Kim Mingyu. "Saya ni pendek sangat ke?!" Park Hyomin. "Kau memang pendek apa?" Kim Mingyu. "Kalau macam tu, awak tinggi macam tiang lampu!!!" Park Hyomin. START: 29/12/2016 END: 1/4/20...