BAB 30

5.2K 184 2
                                    


"Aisya! Thank god you dah sedaq." Memey berhenti menyapu air pada wajah Aisya, dan tangan Aisya diraih. Aqif menghampiri ibunya dan memeluk Aisya erat. Aisya terpinga-pinga melihat sekeliling.

"Apa dah jadi Mey?" Aisya memegang kepalanya yang masih berdenyut, terkerut-kerut keningnya menahan sakit. Air mineral yang dihulur Memey ditolak perlahan.

"You okay tak? Johny I think we shoud take her to the hospital lah!" Laung Memey pada suaminya yang sedang menggantikan tempatnya menjaga kaunter kedai mereka di luar bilik rehat itu.

"Tak payah, I okay, I cuma penat kot. I balik dululah Memey." Aisya mencapai selendangnya dan menyarung ringkas menutup kepalanya. Dalam hati dia berdoa agar Memey tidak perasan akan bahagian rambutnya yang dicukur botak oleh doktor.

"You sure?" Memey menggoncang tangan Aisya yang dipegangnya beberapa kali. Aisya mengangguk dan memberikannya senyuman pahit, Memey tahu benar itu bukan senyuman asli Aisya, tetapi dia tak mahu membebankan fikiran Aisya dengan memaksanya pula. Mungkin benar kata Aisya dia cuma penat, lagi pula dari tadi wajahnya memang pucat.

"Okaylah, jom I hantaq guna kereta. Memey bangkit mencapai kunci yang disangkutnya pada tepi pintu ruang rehat itu. Kemudian dia memapah Aisya untuk bangun. Aqif mengambil beg duit ibunya dan membuntuti kedua wanita itu menghampiri kereta Aunty Memey.

"I hantar you balik rumah Pak Azam ok?"

Laju Aisya menggeleng, kepalanya serta merta kembali berdenyut. 

"Jangan. I stay Homestay Melati Kak Na."

"Ok I tau dah,sekarang you baring sini." Memey membaringkan Aisya pada seat kereta yang telah diturunkan. Dan kereta yang dipandu Memey perlahan-lahan mula bergerak keluar dari porch kedai runcit itu menuju ke homestay Aisya dan Aqif.

***

"Abang ni awat. Zah tengok asyik dok termenung saja dari pagi sampai petang ni?" Mak Zah meletakkan sepinggan kuih keria diatas meja, lalu berpeluk tubuh menghadap suaminya. Pak Azam masih lagi berkhayal dengan surat khabar yang dipegang erat sejak tadi tapi belum dibuka baca.

"Abang!" Lengan Pak Azam dikuis-kuis Mak Zah. Tersentak orang tua tu. Nasib baik tak bersilat.

"Zahh..." Pak Azam merenung mata isterinya. Mak Zah segera melabuhkan punggungnya disisi suaminya itu.

"Abang sakit ka?" Dia meletakkan tangan pada dahi dan leher Pak Azam, cepat-cepat Pak Azam menggeleng.

"Semalam abang nampak dia, Zah." Perlahan suara Pak Azam memulakan ceritanya.

"Nampak siapa abang?" Nada suara Mak Zah bertukar serius. Terlintas difikirannya nama Aisya, anak yang dirinduinya itu, tetapi tidak mungkinlah tegas hatinya semula, enggan berharap lagi.

"Budak kecik. Muka dia, gaya dia, suara dia, tak tumpah macam Aisya masa kecik dulu. Abang ingat malam tu cuma perasaan abang, tapi pagi tadi abang tengok dia lagi, abang nampak macam Aisya! Hati abang sakit Zah!" Pak Azam memegang dadanya, perit rasa itu.

Memang salahnya mengusir Aisya dari rumah. Tapi 10 tahun itu langsung tiada usaha anaknya itu untuk kembali. Langsung Aisya menyepi tanpa khabar. Setiap kali dia mengatakan Aisya tidak perlu balik lagi ketika Mak Zah merintih merindui anak mereka, setiap kali itulah hatinya sebagai seorang bapa tersayat pedih. Dia benar-benar terluka kerana egonya sendiri.

Mak Zah memeluk bahu suaminya. Terasa kering airmatanya 10 tahun menangisi anaknya, tetapi rasa cinta dan harapan pada anaknya itu tidak pernah padam.

"Assalamualaikum..."

"Eh abang, sapa pulak mai tu, Zah pi tengok sat na.." Mak Zah membetulkan anak tudung kepalanya, dan berjalan menghampiri pintu.

"Waalaikumussalam... Cek cari siapa...?"

"Ini rumah Aisya ke makcik?"

Izinkan Aku Bahagia | COMPLETED |Where stories live. Discover now