Part 17

33.7K 187 31
                                    

" Sayang sorry la.. Abang tak sengaja tadi. Sayang tu merepek ape entah masa Abang minum " Tangannya mengelus pipiku. Tadi boleh pulak sesenang hati dia je nak sembur air kat aku. Teruas aku bergegas tukar baju dan bersihkan diri. Marah jugak hati aku ni. Habis bau Nescafe tubuh aku masa tu. Selesai saja mandi aku ke belakang rumah dan duduk di gazebo sebelum Abang Hafiz menyertai ku ketika itu. Sempat juga tadi aku intai dibilik Mak Mah. DIa sedang tidur.

" Mana ada Mia merepek. Mia cakap betul. Kalau Abang sayang Mia , and kalau Abang nak kahwin dengan Mia Abang kena pecat Mak Mah. " Tangannya aku ambil. Cincin dijarinya aku main. Ni mesti cincin kahwin dengan Mellisa ni. Takpe , sabar ya duhai hati. Tak lama lagi cincin ni akan aku buang jauh-jauh.

" Mana boleh sayang.. Mak Mah dah lama kerja dengan Abang. Dulu lagi masa arwah papa Abang ada lagi. " katanya. Tangan aku digenggam. Matanya merenung aku. Lantas aku melarikan pandangan.

" So Abang tak nak pecat la ni ? " tanyaku sedikit nak marah. Eh jap. Siapa je yang tak marah kalau dah nampak sangat dia lagi pilih orang tua tu daripada kita.

" Hmm " tangan dilepaskan. Telefon dikoceknya diambil dan mula mengendahkan aku.

" Nampak sangat Abang tak sayang Mia kan ? . Kalau tak sayang , buat ape ajak kahwin ? " kataku seraya bangun.

" Bagi alasan kukuh kenapa Mia nak Abang pecat dia sedangkan dia tak buat salah ? " katanya lalu menghalang laluan aku.

" Kalau Abang tak nak pecat dia pun takpe. Biar Mia je berhenti. "

" Mia ada kontrak lagi. Jangan lupa tu. Ke nak bayar RM 10 000 ? " Katanya sinis.

" Mia akan bayar. Walaupun sejuta pun Mia akan bayar. Mia tak nak kerja sini. So lepas ni antara kita dah takde hubungan apa dah. It over ! " Tegasku.

Sebenarnya ini bukan kehendak aku. Aku cuma nak tengok sejauh mana dia sayang aku. Kalau betul selama ni dia cari aku , mesti kali ni dia akan halang aku pergi.

" Kau nak lari mana ? Ni sangkar kau Mia ! " Jerkah nya. Matanya dapat aku lihat dipenuhi dengan kemarahan. Tapi malang. Aku tak takut. Aku tak gentar. Sebab aku tahu Hafiz lemah dengan aku. Itu je kelemahan dia.

" Hafiz " Tegur suatu suara dari belakang. Mak Mah !

" Kenapa ni ? " Tegurnya lagi. Alah pura-pura baik.

" Mak Mah, Mia nak berhenti kerja. Mia nak kahwin tak lama lagi. Suami Mia boleh tanggung Mia lepas kahwin . " kataku kepada Mak Mah . Jelas wajah terkejutnya. Bukan dia je tapi Abang Hafiz jugak. Sengaja aku berkata sedemikian untuk menaikkan api kemarahannya. Abang Hafiz yang dah duduk semula di gazebo itu bangun. Tangannya diangkat. Ingat dia berani ke nak naik tangan dengan aku ? Memang tak lah , dia kan sayang aku. Hehehee sukanyaa.

PANG !!

Satu tamparan berbisa singgah dipipi kananku. Akibat daripada itu , aku terjatuh ke lantai. Tanganku sedikit berdarah apabila terseret sedikit diatas batuan kecil itu. Pedih dipipi , pedih ditangan. Tapi lagi pedih dihati aku ni. Salah semua sangkaan aku.

" Ya Allah Hafiz ! Kenapa baran sangat ni?. Dipukul anak orang macam ni. Apa salah budak ni dengan kamu ? Allahh..." Kata Mak Mah yang sudah pun mendekati aku. Air mata aku terus menitis. Ya sedih. Sedih kerana sikapnya. Berkata sayang tapi sanggup memukul ku. Reaksi Abang Hafiz ketika itu tak dapat aku lihat kerana aku menunduk. Lantas aku bangun dan berlalu ke bilik.

" Miaa... " panggilnya dengan kasar.

Aku terkaku ditempatku. Masih menanti kata maaf darinya.

" Kau tak kenal aku lagi Mia. Jangan cuba nak cari pasal dengan aku. Kalau aku cakap jangan , maknanya jangan. Tolong jangan degil " katanya. Tanganku cuba diraih.

Aku tarik balik tangan aku .

" Maafkan saya Tuan Hafiz. Selama ini saya lupa yang saya ni cuma pembantu rumah je . Bukan sesape pun. Maafkan saya terkurang ajar. Saya tetap dengan keputusan saya. Saya akan berhenti. " Tanpa menunggu kata-katanya , terus aku berlari masuk kebilikku. Air mata dah macam air terjun dah. Laju je mengalir. Lain yang dirancang , lain yang jadi. Beg pakaian aku ambil. Baju aku masukkan satu-satu.

Ketukkan kuat dipintu menyentakkan aku. Macam nak roboh je . Sengaja aku tak buka. Aku menyambung pekerjaan aku. Tetapi malang , pintu dapat ditendang oleh Abang Hafiz. Dan Mak Mah setia dibelakangnya, Entah apalah tangapan orang tua tu pada aku. Eh tali ? Nak buat ape ?

Abang Hafiz menyambar tubuhku dan diletakkan diatas katil . dan aku di ikat disitu. Apa ni ? Aku meronta dengan kuat. Mukanya garang. Dia makin agresif. Dia bukan seperti yang aku kenal.

" Hafiz , anak orang ni nak. Apa kamu buat ni ? Ya Allah perangai dia datang balik. Ya Allah ampun dosanya Ya Allah. Hafiz , lepaskan MIa ni. " Kata Mak Mah. Air mata jelas ditubir matanya. Mulutku diikat.

" Mak Mah jangan bukak ikatan ni. Biar je dia macam ni. Biar Hafiz ajar dia. Ni memang pengajaran untuk dia. " Katanya sinis dan memandang aku. Pipiku dipegang. Rambutku diselak.

" Mak Mah masukkan balik baju Mia dalam almari tu. " Arahnya.

Pandangannya dialihkan kepadaku.

" I told you sayang. You tak kenal I lagi. You cabar I. You tahukan You cuma milik I " Aku tidak lansung memandangnya. Pandangan aku cuma dihalakan kepada Mak Mah. Mak Mah menyusun bajuku sambil sesekali memandang kami.

" I sayang you. " katanya. Selepas itu , dia menyuruh Mak Mah keluar dan menutup pintu.

Ikatan dimulutku dibuka. Bibirku dicium.

" I am sorry okay ? " Tanyanya.

" Lepaskan Mia Abang. Sakit la macam ni. "

" Tak boleh la sayang. Nanti Mia lari. Abang nak Mia."Leherku dijilat makin rakus.

" Mia janji Mia tak lari . Mia ikut cakap Abang kalau Abang pun ikut cakap Mia. "

Abang Hafiz memandangku sekilas.Keluhan berat dilepaskan.

Dia bangun.

Aku hampa.



*Vote and comment pless. Macam mane dengan cerita ni ? Korang rasa ?

Aku awek tudungWhere stories live. Discover now