Bab 1

1K 34 4
                                    

     "Wah!! Sejak aku join forum jodoh ni makin ramai yang add. Lawa-lawa pula tu. Rambang mata aku tengok. Woi! Mamat jomlah join."

     "Malaslah Usop nanti aku leka layan telefon je.Keje entah ke mana. Aku rasa kau je yang layak main benda alah tu memandangkan kau tak berapa laku.Hahahaaaaa!"

"Kurang ajar punya kawan. Kau tunggulah kalau aku dapat awek cun. Aku tayang depan kau. Baru kau kenal siapa aku." Aku berlalu pergi dengan hilai tawa Si Mamat kaki untut. Dahlah pendek ada hati nak ejek aku. Sejak aku memberanikan diri dengan mengiklankan diriku di alam maya ini,aku rasa lebih yakin dan bersemangat. Aku fikirkan bila putus cinta dengan Leha duniaku akan jadi gelap gelita seperti Kassim Selamat. Rupa-rupanya diriku masih dihargai di alam maya ini. Klungg! Bunyi notifikasi membuatkan aku teruja. Aku dengan pantas menekan punat handphone Oppokonoehjang. Seseorang yang ayu hendak berkenalan denganku. Sejuk mata memandang gambarnya yang bershawl biru turquoise. Ohh namanya Mawar Hitam.Ha!Mawar Hitam? Dia tiga kali jugalah aku membaca namanya.Ringan sahaja jariku menekan butang ok untuk menyambut salam darinya. Mulalah aku jalankan misi menguratnya dari jauh.
Kami benar-benar seronok dapat berkenalan. Dia memang mudah untuk didekati tetapi seperti jinak merpati. Aku akan cuba untuk mengenalinya. Jiwaku yang sudah mula miang ni dapat rasakan dialah jodohku. Jatuh cinta pandang pertama. Dia tinggal tidak jauh dari tempat aku. Ini menambahkan rasa keterujaan untuk menemuinya. Oh Mawar!
      Seharian aku berchatting dengan cik Mawar. Macam biasalah cakap pasal keluarga, hobi, suka lepak mana Dan macam-macam lagi. Aku tak perasan pula hari dah lewat malam. Ketika aku angau melayan chat dengan Mawar, aku duduk ditangga pangsapuri. Daripada suasana bising sampailah senyap sunyi. "Arghhhhhhhhh!! Alamak gelap pula tangga ni." aku mengomel sendirian setelah tangga yang aku lalui tiada cahaya lampu. Terasa seram pula apabila angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh leherku. Aku nyalakan api rokok. Asap yang berkepul-kepul mengisi ruang udara. Pelik, tak ada orang lepak malam ni. Aku teruskan melangkah sehingga di tangga yang terakhir seseorang menegurku.
"Lewat balik Usop? Banyak kerja ke? "
"Oh Makcik Senah,dah lama balik lepak kat tangga bawah sana. Saya masuk rumah dulu ye makcik." Apabila aku menoleh Makcik Senah tidak ada  ditempatnya tadi. "Eh? dah hilang? Cepat betul dia jalan." aku membuka pintu rumah yang gelap gelita. Rakan serumah aku adalah Mamat.Dia juga rakan sekerja aku. Mamat kena standby malam ni jadi tinggallah aku seorang. Aku tersenyum teringatkan perbualan text dengan Mawar Hitam. Ayat-ayatnya tersusun dan caranya seperti dia seorang yang lemah lembut. Aku baring di atas katil sambil memejamkan mata. Membayangkan betapa manisnya dia. Dalam keasyikan aku teringatkan Mawar wajah Makcik Senah menjelma secara tiba-tiba. Terus aku terbangun. Wajahnya berdarah serta kulitnya tersiat, bajunya koyak rabak dan darah bercucuran dari mulutnya. Ishhhh kenapa?
      Apa hal pula boleh terbayangkan Makcik Senah jiran hujung rumah tingkat yang sama. Makcik Senah tinggal keseorangan setelah kematian suaminya. Klikkk! Pintu rumah dibuka.  "Assalamualaikum! Usop.. kau tidur lagi ke?? Mamat menggeletek kaki aku.
"Wei! Gelilah.. Aku dan bangun."
"Kau tahu cerita tak? "
"Cerita apa pula ni? Kau buat aku suspen lah. " aku duduk di atas katil untuk mendengar cerita Mamat.
"Jiran kita mati kena bunuh! "
"Siapa? Kau jangan buat cerita. "
"Ye lah. Aku sendiri tengok mayat dia.Kesian,dah lah duduk sendiri."
Mamat menggelengkan kepalanya. Aku bertambah suspen mengenangkan Makcik Senah yang juga hidup sendirian.
"Bagilah tahu, siapa yang mati? "
"Tu jiran hujung floor ni, makcik Senah!"
Aku terus berdiri menunjukkan jari ke arah rumahnya.
"Di.. dia. dia te...tegur aku malam tadi. Bila dia mati? " tergagap-gagap aku menghabiskan ayat.
"Dah dua hari dia mati.Orang jumpa dalam parit kat pangsapuri Kenanga. Teruk,kulit kena siat .Apalah salah arwah tu.Dia kan baik." Mamat berjalan meninggalkan aku. Habis tu siapa yang tegur aku malam tadi.
"Mat! Mat! Tunggu kejap.Malam tadi makcik Senah tegur aku. Nampak okay je."
"Kau jangan macam-macam, dia dah lama jadi arwah bro."
Mamat menepuk bahu aku.
Aku ditinggalkan dalam tanda tanya.
      Klungg! Bunyi yang aku nantikan.. Berdebar pula nak baca chat cik Mawar.
"Usop, malam tadi saya tak lena tidur. Teringatkan awak." Kembang kempis hidung aku baca chat dari dia.
"Saya rasa selesa kenal awak. Boleh kita teruskan perkenalan ni? " aku memberanikan diri.
"Boleh. Saya pun rasa begitu. Kita kenal-kenal dulu ye." Mawar membalas.
Dari yang aku tahu Mawar seorang student tahun akhir. Duduk bersama keluarganya. Dia suka beriadah jika ada waktu terluang. Kebanyakan yang dia cerita menggambarkan perwatakannya yang lemah lembut. Aku sudah mula jatuh cinta lebih-lebih lagi melihat wajahnya yang ayu. Matanya redup dan senyumannya manis.
"Amboi!!  Angau betul member aku ni!"
"Sibuklah kau! Bak sini handphone aku!"
"Ala.. belum sempat aku nak baca dah lock pula. Ambillah balik."
"Petang ni nak kebumikan Makcik Senah. Kau nak ikut tak? "
"Boleh juga. Nanti pergi Sama. "
"Ok.Aku Nak ingatkan kau, jangan menaruh harap pada orang yang kau baru kenal. Aku takut kau merana je nanti."
Aku hanya menganggukkan kepala. Tetapi dalam hatiku berkata 'cemburu'.
Pada petang itu van jenazah yang membawa jenazah makcik Senah tiba ditanah perkuburan.Suasana seakan murung meratapi pemergian Makcik Senah,seorang yang senangi ramai. Ramai yang hadir dan mataku terpaku pada seseorang yang aku kenal.Dia berdiri dicelah-celah orang ramai dengan bertudung putih. Dia hilang apabila orang berpusu-pusu datang. Aku cuba mencarinya tetapi tidak jumpa. Sedang aku mengaminkan doa tiba-tiba.....
     Tiba-tiba kelibatnya kelihatan di bawah pokok kemboja. Alamak macam cerita hantu kat tanah kuburlah pula. Aku perhatikannya dari jauh. Dia cuma pandang ke arah kubur dengan wajahnya yang sugul. Lama-kelamaan dia hilang dalam kerdipan mataku.
"Jauh kau menung.Kau ingat siapa ni? Ingat Mawar Hitam ke? "
"Bukanlah tapi aku rasa aku nampak dia tadi. Pakai tudung putih kat bawah pokok kemboja tu."
"Eh? Dia duduk dekat sini ke?"
"Aah.. dia ada cakap.Tapi apa dia buat kat sini? "
"Ala kau ni, melawat kubur kot."
"Yelah agaknya. Semua dah selesai,jomlah kita pergi minum." aku mengajak Mamat pergi ke kedai Mamak.
Ketika aku memandu kereta keluar dari kawasan kubur aku masih lagi ternampak dia di bawah pokok kemboja.
Klungg! Chat dari Mawar.
Mawar : Saya nampak awak tadi, tapi malu nak  tegur.
Aku : Ohh! Saya pun nampak awak. Tapi dari jauh je,nak tegur jauh pula. Awak kenal ke Makcik Senah?
Mawar : Tak Kenal sangat. Saja nak ziarah tadi.
Aku : Bila kita boleh jumpa? Dah dekat je ni.
Mawar : Nanti ye.
Aku  : OK awak. Saya tak paksa.

Aku cuba untuk tidak gelojoh. Bimbang pula Mawar tak selesa. Pada malam tu aku pergi kerumah makcik Senah apabila beberapa orang penduduk berdiri diluar rumahnya.
"Ada apa ni bang? "
"Budak ni cakap arwah balik rumah.Cuba kau dengar ada bunyi dalam rumah ni. "
"Yeke bang?"
Aku merapatkan telingaku pada pintu rumah. Ya!Aku dengar orang sedang berbual.. suara arwah. Kerusi ditarik dan bunyi pinggan mangkuk seperti orang sedang makan.
      Aku menjarakkan badan dari pintu. Rasa seram bila orang yang telah meninggal pulang kembali ke rumah. Semakin ramai orang yang berkerumun rumah arwah sehingga bunyi tombol pintu dibuka barulah bertempiaran penduduk disitu lari. Termasuklah aku. Aku masuk ke rumah dalam keadaan mencungap-cungap.Mamat pandang aku dengan pandangan yang pelik.
"Kau main kejar-kejar ke?"
"Arwah balik rumah.. tu arwah makcik Senah balik rumah. Aku dengar bunyi dalam rumah dia. "
"Kau jangan nak mengarutlah. Dia dah mati. Aku yang buat postmortem dia."
"Tu kata kau.. tapi dia dah balik. "
Mamat terdiam seketika.
"Tapi kan Usop, aku selalu je dengar cerita orang mati balik tengok rumah. Kuncilah pintu tu!"
Aku bergegas kunci pintu rumah yang terbuka luas. Bilik aku terletak di bahagian depan jadi tingkap bilik Di koridor jalan. Malam tu agak panas,aku buka tingkap dibahagian atas dan langsir diselak ke tepi. Esok pagi aku sudah mula kerja. Aku cuba dapatkan tidur yang berkualiti. Tiktiktiktik! Tingkap bilik aku diketuk. Kelihatan bayang-bayang seseorang diluar tingkap. Aku tidak bangun kerana dapat merasakan sesuatu yang tidak betul. Aku pejamkan mata sekali lagi. "Usop...Usop.. Makcik ni. Tolong makcik... "
Suara makcik Senah.Aku membatukan diri.Aku buka sedikit mataku disebalik selimut.Tangannya mencapai bahagian atas tingkap bilik aku.Makcik Senah kecil je orangnya,mana mungkin tangannya dapat capai bahagian tersebut.Tangannya berlendir dan berdarah.Setelah beberapa saat bayangnya hilang.

JODOH PUAKA Where stories live. Discover now