Epilog; Naura Afifah

532 55 6
                                    

Naura Afifah

Nama yang mampu mengetarkan hati Taehyung Fikri yang sentiasa dalam ingatan dan hati. Yang sentiasa buat Taehyung tersenyum. Yang sentiasa menjadi pujaan hati.

Majlis pengebumian Naura sungguh menyayat hati. Ramai yang terkesan dengan kehilangan Naura. Naura si periang ceria.

Taehyung memandang kubur Naura dengan sepi. Air matanya masih mengalir betul-betul terkesan dengan pemergian cintanya.

"Naura..." nama Naura disebut sebak oleh Taehyung.

Ditahan dirinya dari menangis teresak-esak.

"Naura..Abang balik dulu. Nanti abang datang lagi" ucap Taehyung.

Taehyung melangkah lemah pulang ke rumah. Dia hanya menerima ucapan Takziah tanpa membalas apa-apa.

"Along balik rumah Ibu ye?" pujuk Ibu.

Taehyung mengeleng lemah. "Along nak balik rumah Along"

Ibu akur lalu menyuruh suami Amira menghantar Taehyung pulang ke rumahnya.

Taehyung menarik nafas panjang lalu menolak pintu rumahnya.

Semakin teruk sebaknya sehingga terasa sakit di dada. Penuh dan terlalu banyak. Terlalu banyak kenangan bersama Naura di dalam rumah mereka. Rumah yang mereka tinggal bersama.

Taehyung berjalan perlahan pergi ke dinding yang tergantung gambar mereka berdua.

Taehyung tidak mampu menahan dirinya dari menangis. Dia jatuh terduduk

Dikesat kasar air matanya. Dadanya terasa sakit. Hatinya merintih jiwanya pedih.

Taehyung lemah. Mana Naura? Naura yang akan memujuknya jika dia terasa sedih jika dia menangis. Dia perlukan Naura. Pelukan Nuara yang hangat yang mampu buat dia tenang.

Taehyung tidak menjangka bahawa dia betul-betul hidup dengan Naura selama 365 hari. Cukup-cukup setahun.

Taehyung gagahkan dirinya mengorak langkah menaiki tangga menuju ke bilik.

Terus dihempas badannya di atas katil. Dia menangis lagi. Bantal dan diselimutnya berbau seperti Naura yang mampu membuatkan dia menangis teruk.

"Abang rindu Naura" gumam Taehyung.

Secara tak sengaja Naura terpandang kotak berwarna biru cair yang tidak jauh dari Taehyung. Kotak apa tu?

Taehyung mengesat air matanya lagi. Kotak biru itu dibuka.

Penuh dengan barang yang disimpan Naura. Album mereka berdua. Gambar scan baby.

Taehyung mengambil buku Naura. Mungkin buku diary. Diselak perlahan muka surat pertama.

Harini checked up perut!
Alhamdulilah baby sihat n guess what? Dapat baby girl!

Taehyung tersenyum. Dia masih ingat Naura begitu teruja dengan check up nya.

Diselak lagi muka surat seterusnya.

Harini Fikri nangis sebab night mati. Tetiba rindu dekat sky😢 Abang, I'm just want you to be happy without me. Baby don't cry. Keep smiling! 😊

Taehyung tersenyum kelat.

Dia terus menerus membaca isi kandungan buku diari Naura.

Abang,

Married you is the best things in my life. I love you the ways you are. I'm always pray that you'll strong enough to face it.

Abang,

I don't mind if you want to throw me away from your heart. Please, marry with someone that can take care of you more than I do. Someone who is more healthy than me. Someone who is always makes you happy.

Abang,

I love love love love love love love love love love love love love you so much. Thank you for loving me. You're the best husband I ever have! Please take care of Raihana. Don't ignore her and keep loving her likes you always do. Send my love and apologies to everyone.

I don't know if I can say this infront of you or that time Naura dah pergi. Happy Anniversary, Abang

I love you. Muah😘
-Naura Afifa🌹

Taehyung mengesat air matanya. Buku diary Naura dipeluk erat.

"I love you too Naura"

[√] Naura AfifahWhere stories live. Discover now