Aku melihat rumahku buat kali terakhir daripada luar pagar. Ayah sedang mengalami kanser tahap yang tidak dapat dirawati. Dia menyuruh aku berpindah kerana dia tidak mahu melihat puterinya menangis atas ketiadaan dia. Dia tidak mahu melihat air mataku menitis sebab melihat kesakitan yang dia hadapi. Aku harap dia jaga ayah dengan baik... Kenangan manis disini takkan ku lupa. Mataku mula berair. Bagasiku digenggam erat. Aku akan rindukan rumah ini... dan mereka juga...Lamunanku dikejutkan oleh pemandu keretaku yang berdehem. Dia menarik bagasiku lalu dimasukkan ke belakang kereta.
"Miss Yooa, kita perlu bergerak sekarang." Aku mengangguk dengan kata² pemandu itu lalu duduk di tempat duduk belakang kereta tersebut. Aku melihat ke luar tingkap. Perlahan-lahan air mata mengalir dari mataku. Segera aku mengelapnya menggunakan lengan baju. Aku perlu menunjukkan yang aku ini kuat. Untuk ayah.... Perlahan-lahan mataku terlelap.
Selepas hampir 3 jam perjalanan, kami tiba di hadapan sebuah mahligai yang sangat besar. Tetapi ianya nampak sedikit usang bagi aku. Aku melangkah keluar daripada kereta. Bagasiku dibawa sekali.
"Betul ke ni rumahnya?" Aku telah menulis alamat rumah yang aku perlu duduki pada sehelai ketas. Aku mengeluarkan kertas itu daripada poket seluar. Alamat itu dibaca dengan teliti. Betullah, inilah rumahnya. Aku menarik bagasiku dan masuk ke dalam perkarangan rumah. Perkarangannya sangat cantik. Ia mempunyai taman yang ditumbuhi bermacam jenis bunga. Bunyi guruh secara tiba² berdentum. Hujan mula membasahi bumi. Aku telompat sedikit lalu berlari ke arah pintu hadapam rumah itu. Bajuku sudah basah. Aku melepaskan keluhan kecil. Pintu mahligai itu ku lihat. Aku mengetuknya. Bunyi ketukkan itu bergema kuat.
"Hello?" Perlahan-lahan tanganku memegang tombol pintu itu. Secara tiba-tiba pintu itu terbuka sendiri. Bulu pada badanku mula meremang. Kakiku melangkah beberapa tapak ke belakang.
Aku menarik nafas dan hembuskannya untuk mendapatkan semangat. Bagasi kutarik masuk kedalam rumah itu. Pintunya ku tutup. Rumah ini sangat besar. Badanku berasa seram sejuk.
Aku melihat sekeliling rumah. Tiba-tiba, aku ternampak sekujur tubuh sedang berbaring di atas sofa. Aku terkejut. Dia seorang lelaki. Aku segera mendekati dia. Bahunya ku goyang perlahan, dia tidak membuat apa² reaksi. Aku menyentuh tangannya. Tangannya sangat sejuk seperti ais. Aku cuba mendengar degupan jantungnya. Mataku terbeliak. Badanku menggeletar.
"Takde d-degupan?" Aku segera mengeluarkan smart phone ku lalu mendail nombor kecemasan. Tiba² lelaki itu mengambil telefonku. Dia duduk di sofa itu dan menjelingku. Aku baru dapat melihat rupanya dengan jelas kerana ada sedikit cahaya. Rambutnya berwarna coklat kemerahan. Warna kulitnya juga agak pucat.
"Kau ni bisinglah! Ini bukan rumah kau, jadi senyap" Dia memarahi aku. Jantungku berdegup kencang. Aku rasa ada sesuatu yang buruk akan berlaku.
"A-awak hidup?" Pertuturanku tergagap. Aku agak terkejut kerana walaupun jantung dia tidak berdegup, dia masih hidup!
"Kau pikir aku ni ape?" Kata lelaki itu dengan menyampah.
"Tapi awak takde degupan jantung..." aku berasa gementar. Aku cuba melarikan diri tetapi lelaki itu menarik pinggang rampingku lalu tubuhku terbaring di atas sofa.
"A-apa?!" Aku terkejut dengan perbuatan dia. Badanku menggigil kerana ketakutan yang teramat.
"Kau dah tau jawapan untuk tu" bibir lelaki itu mengukir senyuman sinis. Apabila dia bercakap, kelihatan gigi taringnya yang tajam.
"Aku akan..." mukanya mendekatiku... Dia pergi ke leherku. Yang aku tahu, selepas itu aku merasai sesuatu basah terasa di bahagian leherku yang terdedah. D-dia jilat leher aku?! Itu yang aku fikirkan. Aku menjerit lalu menolak badan dia dengan tenagaku. Tubuhnya terdorong ke belakang tetapi tangannya masih menggenggam pergelangan tanganku dengan kuat.
"Jungkook, kenapa kecoh ni?" Kata seorang lelaki dengan tegas berbaju segak dan bercermin mata serta berambut hitam. Dia membuatkan lelaki tadi memberhentikan perbuatannya.
"Ini adalah ruang tamu. Kita sepatutnya sambut tetamu kita di sini. Buat aktiviti lain di bilik kau." Lelaki berambut itu membetulkan kedudukkan cermin matanya.
"Hmm ikut suka kau lah" lelaki yang berambut merah itu mengalah. Dia segera melepaskanku. Aku lantas berlari ke arah lelaki yang berambut hitam itu.
"Tolong saya!" Aku merayu. Dia menjeling aku dengan pandangan yang menakutkan.
"..dan kau siapa?"
"Nama saya Yoon Yooa. Ayah saya yang kata sepatutnya saya tinggal di sini."
"Aku tak tahu pun tentang ni. Jungkook, terangkan kat aku""Ha? Macam mana pulak aku tau? Lempeng, kau tak cakap apa² pun pasal tu kat aku?" Rambut merah itu bersuara dengan selamba. Bengang aku dibuatnya.
"Itu sebab awak tiba² serang saya!" Aku melepas geram. Dengan berlagak, dia memalingkan mukanya. Geram sungguh! Tapi...
"Kejap, tadi awak panggil saya "lempeng"?? Awak maksudkan saya ke?"
"Memang pun aku cakap pasal kau, pandai. Kau leper macam lempeng" aku sedikit terasa dengan kata² dia. Dia tak layak kutuk bentuk badan aku! Sabar Yooa, sabar... Merah padam mukaku kerana menahan marah.
"Peliknya.. Takde siapa bagitahu aku pasal ni" Lelaki rambut kelabu itu berasa musykil. Dia juga keliru dengan apa yang terjadi.
"Tapi, siapa awak?" Aku menyoal dengan ingin tahu.
"Kita tak boleh berbual kat sini. Ikut aku. Bawakan bagasi dia" dia meninggalkan ruang tamu. Aku melihat bagasiku. Ia dibawa oleh seorang pembantu rumah. Lelaki berambut merah tadi merenung tepat pada mataku. Ia membuatkan aku merasa seram sejuk. Segera kakiku berjalan mengikut lelaki berambut hitam.
Next chapter will be update soon #_#
YOU ARE READING
Diabolik Lovers
VampireYooa(yui) seorang gadis remaja hidup bersama hanya dengan ayahnya. Suatu hari,dia dihantar oleh ayahnya ke mahligai yang agak besar. Dia perlu hidup bersama 6 "orang" remaja lelaki di rumah itu. Mereka sendiri tidak menjangka akan kedatangan Yooa. K...