CHAPTER 15 : SILVER DRAGON KNIGHT

1.3K 108 6
                                    

Sampaikan salam aku pada Ikhwan okay?...

Farhan menghela nafas pendek mengingati kata-kata Taufeq sebelum berpisah,kemudian dia memulaskan minyak dan terus meluncur laju menyusuri lebuh raya. Fara yang menumpang di belakang hanya mendiamkan dirinya sahaja.

Motorsikal WyvernBike menyusur laju memintas satu persatu kenderaan yang berada di lebuhraya,apa yang dia harus lakukan pada masa sekarang ini adalah harus cepat sampai di Mentari. Tidak lama lepas itu dia dapat pesanan ringkas,tertera di skrin sebelah meter motorsikal.

"Huh? Ini daripada professor Zahari.." ujar Farhan menekan untuk membaca pesanan tersebut.

Asalamualaikum..
Apa khabar tuan? Saya ada benda ingin tunjukkan pada tuan,harap tuan datang bertemu saya di makmal..

Farhan agak terkejut kemudian dia fokus semula pemanduannya,minyak dipulas dan kelajuan WyvernBike bertambah. Akhirnya mereka hampir tiba di sempadan negara Mentari,Fara menarik nafas lega dan pada masa itu Farhan menyedari sesuatu.

"Hah!" Farhan melakukan tekanan tolakan,dan letupan berlaku.

"Eh?" Fara terkejut begitu juga askar yang ditugaskan menjaga sempadan.

"Hmm?" Ikhwan yang sedang tidur tengahari tersedar.

"Cis hmph!!" Farhan segera menekan brek dan berhenti mengejut,lalu dia mendongak terkejut.

"Holy shit...." sebuah kapal armada di belakangnya,terbang perlahan dan bersiap sedia untuk melakukan serangan seterusnya.

"Be..besarnya!" Ujar Aminudden yang turut dalam perjalanan pulang,dia berada di atas Falcon bersama Alia.

"Huh? Aminudden!" Farhan menyedari kehadiran Aminudden.

"That thing super huge..." ujar Aminudden tersengih.

"Yeah...Fara!" Farhan menoleh ke arah isterinya.

"Huh? Ye..abang?" Fara terkejut.

"Bawa relic kepada Ikhwan.." ujar Farhan.

"Alia..awak pun pergi dengan cik Fara.." kata Aminudden pula pada Alia.

"Baik hati-hati.." ujar Alia.

"Hati-hati abang..." kata Fara dan Farhan tersenyum.

"Cik Alia..." Alia menyentuh bahu Fara,kemudian dengan pantas Fara melakukan teleportasi dan muncul di hadapan Ikhwan serta Alisa berada.

"Abang Ikhwan!" Fara segera menghampiri Ikhwan.

"Master!" Begitu juga dengan Alia.

"Bertenang..." ujar Ikhwan memandang ke arah kapal armada itu berada.

"Kita boleh nampak dari sini,mesti besar kan?" Soal Alisa sambil memeluk tubuhnya.

"Absolutely..." ujar Alia.

"Yuhuu! THAT THING AWESOME BIG!!" kata Aminudden kagum.

"Tuan putera tidak sepatutnya kagum.." kata Farhan pula.

Pada masa yang sama pula,di dalam kapal armada seseorang dipercayai kapten kapal duduk di kerusi khas miliknya. Keadaan dalam tempat kendalian kapal itu agak gelap,hanya lampu pada monitor dan alat kawalan kapal sahaja yang menerangkan sedikit keadaan bilik kawalan itu.

"Kapten sasaran dikenalpasti..yang sedang berdiri di depan motorsikal tu Farhan Tuzeman..salah seorang daripada Lima Naga Elemen.." ujar salah seorang anak kapal armada.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now