Stella tergamam.

39 6 8
                                    

Setelah selesai sesi pendaftaran, pete dan perempuan itu ke kelas pertama mereka.

" tunggu  rasa kita belum perkenalkan nama masing. Nama saya Pete. Saya harap kita boleh berkawan dengan lebih rapat..sebab..saya tak ada kenal sesiapa lagi di sini selain awak," Pete mengukirkan senyuman kepada perempuan itu.

"Saya Stella. Mmm..memandangkan hari ini merupakan hari pertama saya di sini, jadi saya pun tak kenal sesiapa lagi," balas perempuan.

"Stella! Awak Stella? Nama awak Stella?" Pete terkejut.

"Ye saya. Kenapa? Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?" Tanya Stella kembali.

Pete terkedu kerana dia tidak menyangka dapat bertemu dengan Stella semula. Selama ini Pete menunggu Stella di hutan denga harapan Stella akan datang berjumpanya. Disebabkan sikap pelik Pete itu, keluarganya membuat keputusan untuk berpindah ke bandar.

"Ni saya la. Eboy !"

"Eboy? Awak ee.." Kata-kata Stella terputus apabila Pete berlari ke arahnya lalu memeluknya. Stella terkejut dan terdiam.

"Awak tahu tak betapa penat saya menunggu awak. Setiap hari saya di hutan menunggu awak. Saya nak berjumpa dan bermain dengan awak seperti dulu. Tapi awak tak datang pun. Akhirnya, saya dapat juga berjumpa awak." Pete memeluk Stella untuk melepaskan kerinduannya selama ini.
                                                     
                                                            ***************************
Stella dan Pete menghabiskan mereka masa di sebuah kafe. Cuba mengenang kembali kenangan manis mereka sewaktu kecil. Pelbagai topik yang menjadi perbualan mereka.

"Tak sangka saya boleh berjumpa dengan awak lagi. Selama ni saya tak pernah melupakan awak," Pete berasa teruja dan masih tidak dapat percaya bahawa dia dapat bertemu Stella semula.

" Pete. Jadi, nama awak Pete. Tunggu! Kenapa dulu awak tak nak beritahu saya pun nama awak apa. Dan sekarang, awak nak saya panggil awak apa? Pete atau Eboy?" Tanya Stella

"Emm.. Saya tak kisah sangat. Ikut suka awak lah nak panggil saya apa. Asalkan itu panggilan untuk haiwan. Hehe" Pete mengukirkan senyuman kepada Stella.

Stella tersenyum apabila melihat senyuman Pete. Senyuman yang selama ini Stella rindukan
                                                            *****************************
Kehidupan Stella selama ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang ganguan. Stella juga telah dapat mengawal nafsunya untuk menghisap darah manusia. Oleh itu, Pakcik Andrew membenarkan Stella ke kolej dan menjalani kehidupan seperti remaja biasa. Tahun ini Stella telah mencapai usia 19 tahun dan ia menunjukkan bahawa Stella sudah cukup besar untuk menjaga dirinya sendiri. Semestinya Andrew akan membimbing Stella. Stella telah diajar cara mengawal nafsunya terhadap darah manusia dan cara mengawal kuasanya. Salah satu kuasa vampire adalah teleport. Stella boleh ke mana-mana sahaja dalam beberapa minit. Tetapi, Adrew telah melarang Stella untuk menggunakan kuasa itu di tempat awam. Stella hanya dibenarkan menggunakan kuasanya dalam kecemasan sahaja. Seperti biasa, Stella seorang yang degil. Jadi, kadang-kadang dia akan menggunakan kuasanya di tempat awam. Sebagai contoh semasa dia lewat untuk pendaftaran kolejnya. Hari itu, Stella menaiki bas yang sama dengan Pete dan secara tidak sengaja bukunya telah jatuh di dalam bas itu semasa dia kelam kabut untuk ke kolej. Pete yang ternampak buku itu cuba mengejar Stella untuk mengembalikannya tetapi gagal apabila Stella tiba-tiba hilang.

Hari ini merupakan hari pertama Stella dan Pete menjalani zaman kolej mereka. Pete tidak lagi berasa risau tentang kawan baru kerana Stella merupakan kawan lama yang akan menempuhi zaman kolej bersamanya.

Pagi itu, Pete dan Stella ke kolej bersama-sama.

"Hai Stella! Awak dah sarapan?" Tanya Pete dengan cerianya.

" errr .. Hai! Belum lagi, saya terlupa nak sarapan sebelum ke kolej tadi," balas Stella. Dia hairan dengan perwatakan Pete.

"Ouh. Hari ni cuaca cerah kan? Indah" kata Pete sambil tersenyum pada Stella.

"Aaa..ya..cuaca cerah. Pete! Boleh saya tanya satu soalan?"

"Boleh. Tanya lah"

"Kenapa awak nampak ceria sekarang ? Dulu awak lelaki paling pendiam yang pernah saya kenal," Stella kehairanan. Dulu Pete sangat pendiam sehinggakan nama sendiri pun tidak diberitahu Stella.

"Umm.. Itu dulu. Dulu saya tak ada kawan lain selain awak. Jadi saya tak pandai bergaul sangat. Tapi lepas saya berpindah ke bandar, saya mula belajar bergaul dengan orang sekeliling." Jelas Pete.

"Ooo. Saya ingat awak ada mengalami gegaran otak." Kata Stella dengan nada yang perlahan.

"Apa?"

"Nothing.hehe" Stella menutup mulutnya.

Apabila bas yang dinaiki semakin menghampiri kolej mereka, Pete menekan loceng. Pete dan Stella turun daripada bas dan mula berjalan ke kolej.

"Saya pergi sarapan dulu ye." Stella meminta diri untuk ke suatu tempat.

"Eh! Jom la saya teman awak sarapan," kata Pete.

"Tak apa. Saya boleh pergi sendiri. Okay bye! Jumpa di kelas nanti!" Stella cuba melarikan diri daripada Pete.

"Stella tunggu!" Pete cuba memanggil Stella.

Usaha Pete memanggil Stella gagal apabila Stella hilang apabila melalui satu selekoh.Pete berasa hairan tetapi Pete hanya membiarkan sahaja. Dia ingat itu hanya khayalannya.

Stella terpaksa menggunakan kuasanya untuk melarikan diri daripada Pete. Stella terlupa yang dia belum sarapan. Sarapan merupakan yang penting bagi semua manusia. Vampire juga. Bagi memulakan harinya, Stella perlu sarapan untuk mendapatkan tenaga bagi menjalankan aktiviti hariannya. Darah. Itulah sarapan bagi vampire. Kalau Stella tidak minum darah di pagi hari, Antibodi badannya akan lemah. Jadi sarapan amat penting bagi Stella.

Stella lari ke belakang kolej lalu mengeluarkan botol airnya yang dipenuhi darah haiwan. Stella hanya minum darah haiwan bagi menjaga pantang larangnya. Sekiranya dia merasa setitis darah manusia, dia tidak akan dapt menahan nafsunya untuk menghisap darah manusia lagi.

Stella lihat kiri kanan terlebih dahulu sebelum meminum darah itu. Sedikit demi sedikit darah haiwan itu mengalir dalam badan Stella. Stella mengesat darah yang meleleh di pipinya.

"Haa. Lega. Nasib baik pakcik Andrew ada bekalkan sikit darah tadi," Stella mendapat kembali tenaganya. Stella menutup botol airnya itu lalu berjalan ke kelasnya.

"Stella! Apa awak buat kat belakang ni" satu suara mengejutkan Stella.

"Pete!"

Stella tergamam. Terdiam.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Nantikan sambungannya. Saya akan cuba update story ni setiap minggu^^
Maafkan saya kalau story ni tidak menarik^^saya akan cuba yang terbaik untuk memperbaikinya
Jangan jadi silent reader pulak ^^ comment, vote please!
Jangan lupa follow my acc^^

              

Miracle FateWhere stories live. Discover now