Kiri, Kanan, Kiri, Kanan. Bebola mata ku memandang ke arah si dia. Kadang aku mengelak lagi bila dia memandang aku. Gila. Aku sudah kemaruk cinta. Yang gilanya dengan lecturer sendiri! Dia pandang aku. Aku syak dia sudah naik perasan. Aku terus pura-pura membetulkan tali leher aku. Tindakan sengaja cover malu.
Sejak akhir-akhir ini aku rasa tak menentu, emosi celaru, fikiran melayang entah ke mana. Cinta itu mereka kata bahagia. Tapi ini sudah serupa gila. Aku kadang bertanya pada diri aku sendiri - apa sebab boleh jatuh cinta dengan orang yang lebih dewasa dari aku? Malah yang sudah ada kerjaya berbanding aku?
Tubuh yang dari tadi aku pandang merupakan cinta pandang pertama aku. Sejak jumpa dia, aku suka. Malah perasaan semakin lama semakin membuak-buak dalam jiwa.
Qistina. Itu nama dia. Untuk panggilan peribadi, aku tak panggil dia 'miss' ataupun 'cik'. Aku terus sebut nama dia. Tapi kalau berdepan dengan dia, terus aku panggil 'Miss Qistina'. Gila kau kalau terus panggil dia dengan nama betul. Boleh kena hempuk aku dengan Samsung Tab dia tu.
Parasnya? Ah, susah aku ceritakan. Bertudung lilit, pipi agak tembam, wajah agak flawless kalau di pandang dari sudut Instagram. Bertubuh cukup-cukup serdahana. Slim tapi berisi. Heh! Yang penting memang bisa melenturkan mana-mana jiwa lelaki.Bukan aku saja, malah kawan-kawan lain juga puji Qistina yang serba cantik, kemas dan mempersona. Tapi aku lain. Aku bukan sekadar suka tapi aku sudah masuk kategori cinta. Aku tertanya, cinta ini sebenarnya apa dan bagaimana? Selalu benar manusia mengaku dia sudah cinta.
Memang gila. Sebab itulah aku tak pernah cakap walaupun dengan best friend sendiri pasal Qistina ni. Kalau aku cakap sah-sah jadi bahan ketawa.
Kelas Animation tamat untuk hari itu dan aku terus beranikan diri menghadap Qistina. Cuba berani membuka dua tiga cerita.
"Miss." Kataku. Walhal dalam hati, 'Sayang, you sangat comel hari ni!'
"Ya, Zul." Balasnya sambil memandang aku.Bohong kalau aku tak telan liur menahan rasa.
"Eh, tak ada apa la, Miss. Saja tegur."
"Ish kamu ni. Jom lunch dengan Miss?" katanya selamba.
OMG. Oh my god. OMFG! Terasa seisi ruang kosmos terhenti. Tiada yang bergerak kecuali akal fikiran aku. Lunch sama? Lunch? Bukankah itu serupa date? Bukankah itu bermakna Tuhan memberi aku 'cahaya' untuk meluang masa, berdua dengan dia? Tak. Aku yang melebih-lebih mungkin.
"Eh. Err.. Miss.."
"Apa Miss-Miss? Jom la. Miss belanja. McD. Nak?" Terus dia melihat jam di tangan kanannya. "Jom la. Waktu lunch ni."
Orang mengantuk disorongkan bantal.Durian runtuh. Hujan emas. Sudah perut lapar, dah tu keluar dengan Qistina. Wah, memang peluang keemasan.Mungkin bukan sekadar peluang tapi harapan.
Tanpa berlengah, aku tolong bawa beg laptop, dan buku-buku ke Myvi warna putih milik Qistina. Letak, susun dan terus kami sama-sama ke tempat makan.
Sampai di sana, makanan sudah selesai dipesan dan kami memilih meja. Jantung aku dari tadi belum habis-habis berhenti berdegup kencang. Cinta itu gila bukan? Kadang terasa ayam seperti udang. Makanan dijamah sambil kami berborak-borak. Dari satu gossip kolej ke satu gossip kolej. Semua hal kolej dihurai.Dalam hati sebenarnya aku mahu bertanya soalan yang lebih bersifat peribadi.Soal kolej aku sudah naik muak.
"Miss ada boyfriend?" Tanyaku.
Habis tersedak aku kerjakan ketika dia tengah sedut minuman dengan soalan begitu.

YOU ARE READING
Aku, Cinta dan Lecturer (Cerpen)
FantasyTema : Cinta Hipster. (Untuk Lejen Press) Benda ni dah lama.