" Ika!!!Atikah!!!!"
Laungan Puan Rosnah bergema.Jiran tetangga tidak hairan mendengar jeritan ibu si anak tunggal itu. Mereka tidak asing dengan situasi sebegini menjelang maghrib. Bukan sekali dua wanita itu berteriak. Malah hampir melompat keluar anak tekaknya.
" Eh, Nah.Sudahlah tu.Terpekik-pekik saja kerja awak ni." Si suami menegur kelakuan isterinya yang berada di kawasan halaman.
" Kalau Nah tak menjerit macam ni, abang ingat anak dara abang itu nak balik ke?" Puan Rosnah menarik muka masam.
Dia meluangkan semula nama anaknya. Kali ini lebih kuat. Dia sengaja melontarkan geramnya. Bukan setakat pada anaknya itu sahaja tetapi juga bapa kepada anaknya. Encik Irwan duduk di kerusi malas sambil mengibas topi yang dia gunakan setiap kali ke ladang kecil di belakang rumah mereka.
Sebentar lagi azan pasti berkumandang tetapi kelibat Atikah belum juga kelihatan. Sepanjang cuti menanti keputusan SPM dia memberontak. Sengaja keluar rumah menjelang senja. Adakala selepas makan tengahari dia lesap sehingga waktu maghrib.
Puan Rosnah semakin gusar. Walaupun dia tahu anak perempuannya itu mogok namun kebimbangan yang bersarang dalam hatinya sukar dikikis. Atikah satu-satunya permata pasangan suami isteri itu. Namun dia membesar menjadi anak yang terlalu nakal.
Sifatnya kasar seperti lelaki walau berpenampilan ayu. Sukar dihalang keinginannya. Ibubapanya seringkali mengalah dengan rengekan Atikah. Manjanya agak berbeza. Padahal pasangan itu tidak mendidik anak itu bermanja keterlaluan. Tatkala menginjak usia remaja, Atikah semakin menjadi-jadi.
" Sudahlah Nah. Lebih baik awak masak makan malam daripada melolong dekat luar." Pujuk Encik Irwan lembut.
Puan Rosnah mendengus kasar. Suaminya selalu memenangkan anak kesayangannya itu. Dengan alasan, hanya Atikah anak mereka seorang. Puan Rosnah terpaksa mengalah. Maka si anak akan melonjak riang. Tiada apa yang mampu dikatakan lagi. Encik Irwan dijeling tajam tatkala dia menyusup masuk.
Dari jauh kelihatan kelibat Atikah terkinja-kinja sambil melambai-lambai ke arah bapanya. Dia tahu bapanya berjaya memujuk si ibu. Sedari tadi dia sudah mendengar jeritan ibunya tetapi sengaja duduk dibawah pohon mangga rumah jiran di hadapan rumah mereka. Encik Irwan menggeleng melihat keletah Atikah. Dia tahu Atikah berpura-pura tidak mendengar tadi.
" Ayah..Bila nak pujuk mak ni. Bosan Ika duduk kampung yah." Atikah merengek.
"Untuk apa kamu nak kerja? Ayah tak cukup bagi kamu makan ke?" Si ayah mengambil peranan.
"Ayah! Ika nak belajar hidup sendirian. Ika terlalu bergantung dengan ayah dan mak. Macamana Ika nak tau kemampuan Ika." Atikah dengan alasannya.
"Aik, kerja di pekan kan ada. Mengapa jauh sangat nak pergi Kuala Lumpur?" Encik Irwan tidak menerima alasan anak dara sunyinya.
"Pekan daerah kita kecil je, yah. Pengalaman apa yang Ika kutip?" Otak Atikah memang cerdik menyusun alasan.
Encik Irwan mengerling Atikah yang menghayun kakinya. Dia tahu anak itu berkeras dengan keinginannya. Dia juga bukan tidak tahu semua itu setakat alasan remeh. Dia dulu merasa erti remaja. Asam garam hidup terlalu banyak yang sudah dirasa. Kemahuan anak tunggal mereka itu disebabkan oleh pengaruh kawan-kawannya yang berlumba mencari kehidupan di kota. Pada mereka usia menginjak 18 tahun itu masa untuk bersuka ria. Mereka lupa fikiran mereka masih terlalu cetek.
"Ayah!" Atikah meninggikan suaranya.
Terkedu Encik Irwan mendengar sergahan anak gadisnya.
Hasil lakaran,
May Batrisyha
31/Aug/2017

ANDA SEDANG MEMBACA
Tanpa Tajuk ( Dunia Gadis Ku )
Teen FictionMimpi terlakar belum tentu benarnya. Umpama langit yang sering bertukar suasana. Adakala cerah, kadangnya mendung. Bila terik sang suria,birulah ia. Kisah gadis yang dirungkaikan. Antara kejayaan dalam pelbagai aspek dan jalan yang bakal dilalui.