Sejak semalam, pertanyaan Hardy tidak putus-putus bermain difikirannya.
"You muslim kan Aurel?"
Sungguh, itulah soalan yang tak pernah aku jangkakan bakal ditanya kepadaku. Dan soalan itu aku sendiri tak mampu menjawabnya sehinggakan aku terus memutuskan talian, membuatkan perbualan Hardy dan aku terputus begitu saja. Cepat-cepat aku matikan phone sebab aku tahu Hardy pasti akan hubungi aku kembali. Aku masih belum bersedia. Aku takut dengan soalan itu sebab aku tak ada jawapan.
Dan buktinya sehingga ke petang aku langsung tak on kan handphone. Aku langsung tak keluar bilik. Pada Ben aku katakan aku period pain, nasib baiklah Ben faham.
Usai mandi aku duduk di atas sofa depan tv dengan iPhone ditangan. Terasa teragak-agak mahu menghidupkan gadget yang menghubungkan aku dan Hardy. Pasti bertalu-talu missed calls dan whatsapps dari lelaki itu.
Aku kuatkan hati. Iphone aku hidupkan. Sudah ku agak, bertalu-talu whatsapps dari Hardy dan beberapa dari Daniel bertanyakan hadiahnya. Sorry Daniel, hadiah dan bunga kau sudah selamat bersemadi dalam tong sampah.
Pesanan sms dari Hotlink menunjukkan 25 missed calls dari Hardy. Baru beberapa minit iPhone aku hidupkan, panggilan dari Hardy kuterima. Dengan teragak-agak aku sambut panggilan itu.
"Hello..." seruku.
"Oh God! Aurelia...where have you been?? I risau gila. Tiba-tiba call putus then bila I call balik tak dapat. What's wrong dear? I ada salah cakap ke?"
Suara Hardy kedengaran sangat risau tapi dalam masa yang sama lega.
Aku cuba beriak biasa supaya tidak menimbulkan syak wasangka.
"Sorry Hardy, phone I tiba-tiba hang. I pun tak tahu kenapa. So now I baru beli phone baru, that's why lah." Aku beralasan. Lantaklah macam nampak tipu ke apa ke, janji Hardy percaya.
"Oh...really? You pakai iPhone eh?" soal Hardy.
"Ha'ah..." kelam kabut aku jawab.
"Patutlah, my friend dah 2 kali Apple terpaksa bagi phone baru sebab asyik rosak home button andstill dalam warranty. Your phone still dalam warranty ke tak?"
"Erm...still warranty."
"Kenapa you tak bawak pergi tempat service dia je, nanti dapat tukar yang baru. But take time sikit."
"I beli terus yang baru sebab kalau tunggu yang dia nak ganti tu lambat sangat, nanti I tak dapat contact you, I rindu you..." ops! Dah terlambat. Laju saja perkataan rindu meluncur laju dari bibirku.
Hardy ketawa senang.
"Wow...happynya I you rindukan I."
Aku senyum. Ada benda lain yang aku nak tanya.
"Hardy..." panggil aku perlahan.
"Ye Aurel...kenapa suara you lain macam je ni?" suara Hardy juga bertukar rentak, lebih serious dan curious.
"Semalam you ada tanya I something kan? yang I tak sempat nak jawab tu."
Hardy senyap.
"Yang mana eh?"
"Yang last sekali, before you lost me."
Hardy senyap lagi. Berfikir barangkali.
"Oh yes! Ingat, ingat...yang I tanya you muslim ke tak tu kan? Kenapa Aurel? You bukan muslim ke?"
"Bukan...bukan macam tu." Terus aku bingkas duduk.
"I nak tanya you something actually."
"Tanyalah, kalau I boleh jawab I akan jawab."
Aku masih teragak-agak. Patutkah aku tanya dia.
"Aurel...?? Still there?"
"Ya! Ya! Sorry...erm...kalau lah kan..."
Aku senyap lagi, mengumpul kekuatan untuk bertanyakan soalan yang entah patut atau tidak aku tanya.
"Kalau apa Aurel? Listen...you boleh tanya atau cakap apa saja yang you nak cakap. Im always here for you. Just for you. You nak tanya apa, tanya je. Kalau I boleh jawab I akan jawab." Suara Hardy menenangkanku.
"I malu sebenarnya tapi I curious sangat. I nak tanya, kalaulah seorang Islam tu tak solat, tak puasa...senang cerita, dia tak buat apa yang patut seorang muslim buat. Dalam satu jangka masa yang sangat lama, maybe dalam 10 tahun, 15 tahun ormore than that lah. Orang tu boleh consider as a muslim lagi ke? Atau dia dah jadi kafir?" usai meluahkan apa yang ada dibenakku, mataku pejam erat. Takut akan jawapan yang bakal diberikan Hardy.
"I tak cukup sempurna untuk bagi you jawapan yang sangat-sangat tepat tapi kalau setakat basic agama, insyaallah I ada..." ujar Hardy serious.
"Dan berdasarkan apa yang I pernah belajar dan I tahu, tak jatuh kafir seseorang Islam itu seandainya dia tidak melakukan segala suruhan agama tapi seandainya dia sudah menyesal dan menyedari akan segala kesilapan dan kesalahannya maka dia kena bertaubat nasuha dengan kadar segera, taubat yang mengatakan dia tidak akan mengulangi kesalahan-kesalahan yang pernah dia lakukan." Sambung Hardy.
"Islam ni cukup mudah sebenarnya, yang merumitkannya adalah Muslim itu sendiri. Pandai-pandai buat hukum hakam sendiri sebagai contoh kawan I dulu tak bertudung and then dia start pakai tudung. You know, trend sekarang tudung corak-corak yang tak berapa nak labuh tu. If you pakai baju longgar should be no problem tapi bila baju ketat sikit tu yang problem."
"And then apa jadi dengan kawan you, dia pakai baju ketat ke longgar?" soalku tidak sabar. Kedengaran Hardy tergelak dihujung talian.
Aku ketap bibir perlahan, sedikit terasa. Bodoh sangat ke soalan aku?
"Sabarlah...I nak ceritalah ni. Kawan I tu dari family yang sangat open sampaikan I tak boleh nak agak diorang ni beragama apa. Pakaian memang tak payah cerita, seksi habislah! So bila kawan I berubah, dia pakai tudung, pakai baju dan seluar jeans yang longgar-longgar. Tak nampak susuk badanlah. Masalah timbul bila ada seorang kenalan kitorang, satu course jugak, perempuan...sound dia."
"Really?? Dia sound apa?" soalku teruja. Nak jugak tahu kenapa orang yang dah berubah pun nak disound-sound.
"You tau perempuan tu cakap apa? Lebih kurang macamni lah, tak guna you pakai tudung kalau you pakai seluar. Seluar ni haram dipakai, kemeja ni haram, t-shirt ni haram. Kalau nak pakai jeans jangan pakai tudung, tanggal je tudung ni."
Aku mendengus. Teruknya!
"Betul ke pakai jeans tu haram?" soalku kembali.
"Pakaian macamana yang Islam tak benarkan perempuan pakai?" soal Hardy kepadaku.
"Pakaian seksi, ketat-ketat. Tak pakai tudung." Jawabku pelik. Dah apehal main soal jawab pulak Hardy ni.
"Pandai pun sayang I ni..."
Aku simpan senyum, bangga terselit apabila Hardy puji aku.
"See the leg lah bro..." saja aku mengusiknya. Hardy ketawa.
"Nanti jumpa I tengok puas-puas kaki you okay?"
Aku ketawa, gatal kau eh Hardy.
"Okay sambung balik, Islam melarang perempuan Islam pakai ketat, seksi dan mendedahkan bentuk tubuh. So kalau pakai seluar yang longgar dan tak menampakkan bentuk tubuh, tak haram hukum dia. Tak kiralah seluar jeans ke, seluar hantu ke, iblis ke...selagi tak menampakkan bentuk tubuh. Boleh je.."
"Eee you ni cakap pasal hantu pulak!"
"I cakap supaya you senang faham sayang..."
"Okay...okay...lagi, ceritalah lagi pasal kawan you tu."
"Tak ada apa nak cerita dah, itu je yang I tahu tapi tak silap I kawan I tu buat tak tahu je dengan perempuan tu. Lagipun at that time kawan I tu tengah belajar agama dengan sorang ustazah ni, so maybe dia ada tanya ustazah tu lah kot pasal pakaian dia tu. Orang kadang-kadang silap, dia ingat kalau pakai jubah or baju kurung je tak haram. Actually pakai je lah apapun asalkan menutup aurat yang sepatutnya."
Aku angguk kepala, Hardy nampak ke tak belakang kira. Janji aku faham apa yang dia cakap.
"Thanks Hardy sebab sudi share ilmu you dengan I. I sangat appreciate. Nexttime kalau I ada benda nak tanya you lagi boleh kan?"
"Mestilah boleh...untuk you, apa saja I sanggup lakukan."
Kata-kata Hardy membuai jiwaku. Indah sungguh perasaan ini.
YOU ARE READING
Bunga Aurelia
RomanceRealiti hidup bukan seindah yg kita jangkakan. Pahit maung harus ditelan. Kematian ibu buatkan dia hampir pitam. Kelam dunianya yg sememangnya gelap itu tapi apakan daya. Yang pergi tetap akan pergi. Hidup perlu diteruskan dan dalam kesamaran Ben...