Selesai makan mi segera perisa tom yam untuk makan malam, Azman menghayun kaki keluar ke balkoni tingkat teratas hostel kolej. Segelas kopi O cap Lampu sudah sedia di tangan kanannya. Serbuk kopi masih melekat di tepi gelas. Langsung tidak ditapis. Bagi Azman, di situ la kick kopi itu dapat dirasa. Kotak rokok dan lighter di genggam dengan tangan kiri. Sampai diluar, dia mengambil nafas berat. Menghembus nafas dengan tenang berkali-kali. Dia selalu berharap dengan cara itu, stress dan susah hati yang sering dia alami hilang bergitu saja. Punggung dilabuhkan sebuah kerusi plastik berwarna hitam. Kopi di letakkan di lantai. Kini pandangannya tertumpu ke arah langit malam,deretan hotel mewah dan juga shopping mall 1Borneo Hypermall.
"Kau okay?" Suara Hadi menyapa dari belakang.
"Eh, kau rupanya. Aku okay saja ni bro. Ada sikit tak stabil. Ah, kau tau juga macam mana rasanya." Balas Azman.
"Yup. Aku sekarang entah. Aku rasa stress. Rasa susah hati. Padahal aku langsung takda masalah ataupun apa-apa hal yang buat aku stress. Kalau stress sekalipun, mungkin pasal girlfriend aku ataupun aku kering dompet tak ada duit. Kalau nak cakap pasal stress study tu, langsung tak jugak pun. Susah hati tu yang aku rasa langsung tak best." Ujar Hadi sambil duduk berdua bersebelahan sambil menikmati pemandangan malam yang tenang.
"Well, dulu aku masa sekolah menengah, aku selalu sangat rasa susah hati. Rasa macam, terlalu paranoid. Kadang, bila ayah aku panggil aku kat atas bilik, okay, terus automatically aku rasa, something wrong. Ayah aku panggil. Directly aku rasa macam aku nak kena marah. Jantung aku terus kencang kau tau... Last-last, dia mintak tolong pegi kedai saja pun." Balas Azman sambil menyalakan sebatang rokok.
"Haa.. Macam tu la aku rasa sekarang. Rasa macam, macam aku cakap tadi tu la, rasa yang tak best. Aku rasa tiba-tiba semua benda tak kena."
"Bagi aku, kita rasa semua ni sebab dua perkara. First duit. Kita ni dah la belajar jauh-jauh. Dah tu duit PTPTN langsung kita tak rasa sebab semua duit tu go all the way pegi yuran kita yang mak aih mahal nak mampus. Bila kita tak ada duit, mula kita rasa bosan. Tak tahu apa nak buat. Kita blur. Nak jalan pegi 1Borneo depan mata tu pun tak dapat. Dompet kosong. Secondly, kita rasa macam ni sebab kita lapar. Kita ni hari-hari melantak mi segera. Then mungkin perut tu ada isi, tapi isi dia langsung tak bagus sebenarnya. Apa boleh buat la... Back to first problem, kita tak ada duit nak makan nasi campur hari-hari dan setiap masa. Ni semua masalah hati. Aku rasa. Kau rasa. Semua orang rasa. Aku kalau rasa benda ni, aku try tak layan. Kalau layan, memang jadi moody la." Cerita Azman berjela-jela.
Hadi pun menyalakan rokok. Mata dipejam, nafas berasap rokok ditarik dalam-dalam. Perlahan Hadi melepaskan dengan perlahan dan tenang. Cuba untuk kekal tenang dan menikmati angin malam yang cukup nikmat untuk kulitnya.
Azman mengapai kopi O di lantai. Rokoknya sudah sampai setengah.Kopi ditiup-tiup. Azman menghirup kopi buatannya. Rasa pahit, manis, dan suam dirasakan. Azman menggeleng kecil tanda puas hati dengan kopinya. Gelas kopi bertukar tangan, Hadi pula menghirup kopi buatan Azman. Dan seperti malam selalunya, rasa stress, susah hati terlupa bila mereka bersama. Gelak tawa menghiasi malam mereka.
__________
Pagi. Azman selesai mandi, baju kemeja tanpa corak berwarna kelabu sudah melekat di badan beserta seluar slack berwarna hitam. Simple. Ikutkan hati, mahu saja dia mengunakan T-Shirt masuk ke dewan kuliah untuk hari itu. Kopi O panas sebagai sarapan paginya. Rokok di celah jari. Handphone jenis iPhone 4S pula di tangan kanan sambil scroll down aplikasi Astro Awani. Rokok di sedut makin dalam. Kopi pula dicicip perlahan. Rasa pahit manis dan serbuk kopi menerjah ke dalam mulutnya. Nikmat. Mata serta merta berbuka luas. Itu la kuasa kopi. Yang mengantuk boleh segar. Yang lemah bisa bersemangat.
YOU ARE READING
Kopi O Break Up (Cerpen)
Storie d'amoreSome short stories that I wrote for Kopi Lejen back awhile ago and indeed make it to became one of many short stories in the Kopi Lejen book. Thanks for them (Lejen Press) far make it happened.