+6

745 101 49
                                    

" Oppa, what happened?" Soal Hyena panik. Jaehyun yang berada di sebelahnya itu dipandang dengan riak wajah risau.

" Jangan masuk campur hubungan diorang." Jaehyun membalas dingin. Moodnya terus hilang. Dia sebenarnya gelisah. Macam mana kalau Yeseul benar-benar mengandung?

" Aku tak kira, kali ni kau kena juga makan ubat. Kau ni naik kapal terbang pun mabuk, naik kapal mabuk, naik bas pun mabuk. Lain kali kita naik basikal je senang." Suara Ten membebel itu menarik perhatian Jaehyun. Otaknya cuba mencerna kata-kata Ten. Mabuk? Jadi.. Yeseul tak mengandung? Jaehyun mengigit bawah bibirnya. Rasa bersalah mula timbul. Ah, dia terlalu berkasar dengan Yeseul.

" Ten oppa, Yeseul eonnie okay ke tak tu?" Soal Hyena apabila melihat Yeseul kembali sambil dipimpin oleh Ten.

" Eonnie okay. Don't worry." Yeseul membalas seraya tersenyum lemah. Dia langsung tidak memandang Jaehyun. Hatinya sakit. Dia tahu Jaehyun tidak akan memujuknya jadi lebih baik dia biarkan luka di hatinya pulih sendiri.

" Dia ni walaupun tak okay, dia akan tetap kata dia okay. Dia tak suka menyusahkan orang tapi itulah, tak tahu kenapa ada juga orang yang suka lukakan hati dia." Ten mencelah dengan ayatnya yang penuh makna. Dia menjeling tajam apabila Jaehyun tetap dengan muka selambanya.

" Ten, aku nak air." Yeseul bersuara dengan tujuan untuk menyelamatkan Jaehyun dari terus disindir teman baiknya. Lega hatinya apabila Ten tidak mengucapkan apa-apa lagi kepada Jaehyun. Walau apa pun, dia tetap mahu melindungi Jaehyun.

×××××

" Cantiknya!" Mark berkata setelah menapak keluar ke balkoni hotel. Dia langsung tidak ambil kisah perbualan antara abang-abangnya itu.

" Hyung betul ke keputusan kita?" Soal Dokyeom kepada Taeyong.

" Ha'ah la. Aku risau kang ada yang kenduri arwah besok." Mingyu mencelah. Mana tak risaunya jika Ten dan Jaehyun berkongsi satu bilik. Ini semua idea Taeyong. Lagi mengejutkan apabila Ten dan Jaehyun langsung tidak membantah malah dengan selambanya mereka berdua melangkah masuk ke dalam bilik.

" Biarlah diorang. Kalau mati pun, aman dunia ni." Taeyong berkata tanpa perasaan. Seusai itu, dia terus melangkah ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.

××××××

" Eonnie, Hyena nak pergi makan. Eonnie nak join?" Soal Hyena sambil tangannya sibuk memperbetulkan rambut.

" Nanti eonnie join. Hyena pergi dulu." Balas Yeseul yang masih mengemas baju-bajunya. Hyena hanya mengangguk faham dan keluar dari bilik itu. Dia sudah berjanji dengan kawan-kawannya untuk makan bersama. Dia juga sudah mengajak Jaehyun untuk menyertai mereka.

Melihat sahaja kelibat Hyena yang hilang dari pandangan, kerja-kerjanya terus dihentikan, mukanya yang tadi manis, kini berubah serius. Dia sudah penat berlakon seakan-akan malaikat. Yeseul pantas mencapai telefon bimbitnya lalu cuba menelefon Jaehyun. Seperti biasa, panggilannya diabaikan.

------I tunggu you di swimming pool. I akan tunggu sampai you datang.
+yeseul

×××××××

" Hyena, kau perasan tak cara Yeseul eonnie pandang Jaehyun?" Soal Sora semasa mereka bertiga sedang duduk menunggu Jaehyun di salah satu cafe.

" Tak pun. Biasa je aku tengok." Balas Hyena.

" Ish kau ni! Cuba perhati betul-betul. Dia pandang Jaehyun dengan pandangan yang penuh dengan kasih sayang tau tak?" Jieun pula menyampuk.

" Korang ni mengarut je la. Dia kan dah ada boyfriend, tak mungkin untuk dia suka Jaehyun."

" Kau percaya perempuan tu seratus peratus ke?"

" Tak lah. Tapi.."

" Aku yakin sangat yang dia ada perasaan pada tunang kau." Kata-kata itu membuatkan Hyena terdiam. Tak mungkin! Semua ini terlalu mustahil.


×××××

" Dia takkan datang. Kau ni degil la Han Yeseul!" Marah Ten. Sahabatnya yang dari tadi sibuk merendam kakinya di dalam air hanya membisu. Yeseul masih dengan dunianya. Jam sudah menunjukkan jam 10 malam. Ini bermakna sudah hampir 4 jam Yeseul menunggu kehadiran Jaehyun.

" Han Yeseul!"

" Aku tak nak pergi dari sini. Aku akan tunggu dia. Kau nak pergi, pergilah! Aku tau jaga diri aku." Balas Yeseul tegas.

" Suka hati kau!" Kemarahan Ten sudah sampai ke kemuncaknya. Dia terus meninggalkan Yeseul seorang diri. Dia benar-benar geram dengan sikap Yeseul yang degil dan masih membela Jaehyun.

Yeseul masih tetap tidak berganjak dari tempatnya. Air kolam itu ditenungnya. Dia suka dengan air, kerana dengan melihatnya, hati Yeseul selalu berasa tenang. Kenapalah dia jatuh cinta pada Jaehyun? Kadang-kadang persoalan ini sering bermain di fikirannya. Namun sampai sekarang dia tiada jawapannya.

Derapan tapak kaki membuatkan Yeseul bangun dan pantas menoleh. Hancur harapannya apabila melihat Jieun dan Sora dan bukannya Jaehyun seperti yang dia harapkan.

" Apa eonnie buat kat sini?" Soal Jieun curiga.

" Oh.. Eonnie tunggu Ten." Yeseul membalas dengan harapan yang dua sahabat baik Hyena itu akan mempercayainya.

" Ten oppa? Eonnie cuba tipu siapa ni? Kitorang baru terserempak dengan Ten oppa tadi. Seems like dia dari sini." Sora membidas.

" Betul ke Ten oppa tu boyfriend eonnie?" Mereka berdua menyoal curiga.

" Kenapa korang tanya macam tu? Betul la Ten tu boyfriend eonnie."

" Kau jangan tipu kitorang lah perempuan! Kau ada hati dengan Jaehyun kan?!"

" Apa korang mengarut ni?"

" Hentikan lakonan kau. Tak payah  berlakon macam kau tu baik sangat!" Yeseul terdiam. Rasanya kini tiba masanya untuk dia buang topeng malaikatnya. Dia patut jadi dirinya yang sebenar.

" Ya, aku ada hati dengan Jaehyun. Jadi, korang ada masalah dengan hal tu?" Balas Yeseul sinis.

" Kau sanggup tikam belakang Hyena?!"

" Aku tikam belakang Hyena? Apa kau fikir kitorang rapat sangat ke? Dengar sini, Hyena tu bukan sesiapa dalam hidup aku." Selamba Yeseul membalas.

" Kau perempuan tak guna!" Tanpa Sora sedar dia menolak Yeseul kuat.

Bush!

" So.. Sora.. Apa kau buat ni?" Soal Jieun panik.

" Lari, Jieun! Lari!" Pantas mereka berdua menghilangkan diri.

Sementara itu, Yeseul masih cuba mengapungkan dirinya. Satu fakta tentang Yeseul, dia tak tahu berenang!

" Jaehyun.." Nama itu sering kali bermain di fikirannya sekarang ini. Adakah ini penamat hidupnya? Dia akan mati di sini? Adakah dia akan mati sebelum sempat dirinya merasa manisnya cinta yang dicurahkan Jaehyun kepadanya?

" Jaehyun.. sa.. saranghae.."

" HAN YESEUL!"


sorry for the unpublished T^T i thought you guys maybe tak suka fanfic ni. Lagipun, ff ni macam kurang sambutan je. Hmmmmmmm vote and comment pls. Saranghae readers ❤

Mistress (NCT's Jaehyun)Where stories live. Discover now