Pada suatu hari,seorang wanita tua membuat roti halia berbentuk orang.Sebelum membakarnya,dia menghias roti itu dengan kismis yang dijadikan mata,hidung dan mulut.Ketika ingin memasukkan roti halia itu ke dalam oven,tiba-tiba roti halia berbentuk orang itu melompat keluar.
Si Roti Halia itu terus berlari keluar dari rumah wanita tua itu.
"Mari,mari pulang!" jerit wanita tua itu kepada Si Roti Halia.
Si Roti Halia hanya tertawa sambil berkata "kamu tak boleh tangkap sayalagi kerana saya ialah saya ialah 'Si Roti Halia'."Si Roti Halia terus berlari pantas tanpa menghiraukan wanita tua itu.
Si Roti Halia berlari dengan riang menuju ke padang rumput.Tiba-tiba ia ternampak seekor lembu sedang meragut rumput.Ia sengaja melintasi lembu itu.Lembu yang sedang meragut rumput terkejut melihat Si Roti Halia itu.
"Hey,berhenti!Siapakah kamu?Kalau saya dapat tangkap kamu,saya akan makan kamu!"
"Datanglah kejar dan tangkap saya!Sayalah Si Roti Halia!" Kata Si Roti Halia sambil mentertawakan lembu yang cuba mengejarnya.Walaupun kecil,namun dia berlari dengan pantas sekali.
"Kamu pasti tidak akan dapat tangkap saya kerana tiada seorang pun yang dapat tangkap saya!"
Si Roti Halia berasa seronok dapat mempermainkan haiwan lain.Tiba-tiba ia ternampak pula seekor kuda yang sedang meragut rumput.Si Roti Halia sengaja lalu di hadapan kuda sambil berkata "Apalah sedap sangat rumput yang berbau busuk itu!"
"Hei si kecil,saya akan makan kamu kalau saya dapat tangkap kamu," kata kuda sambil mengejar Si Roti Halia.
Si Roti Halia bertemu pula dengan seekor ayam jantan.Ayam jantan cuba mengejar Si Roti Halia.
"Tangkaplah saya jika kamu dapat berlari lebih pantas dari saya.Tiada haiwan yang dapat menangkap saya kerana saya adalah Si Roti Halia!" jerit Si Roti Halia sambil mentertawakan ayam jantan yang kepanatan mengejarnya.
Akhirnya Si Roti Halia tiba di sebatang sungai.'Bagaimanakah aku ingin ke seberang sungai? kalau aku berenang tentu aku akan tenggelam.'
Si Roti Halia ternampak seekor musang .Ia mendapat satu idea untuk memperdayakan musang itu supaya membawanya menyeberangi sungai.Musang itu sebenarnya lebih licik .
" Saya ingin ke seberang sungai,"kata Si Roti Halia.
"Saya akan membawa kamu menyeberangi sungai,"kata musang.
Si Roti Halia pun melompat dengan gembiranya dan duduk di atas hidung musang.Namun nasibnya amat malang.Apabila tiba di tengah sungai ,musang pun mengangakan mulutnya lalu menelan Si Roti Halia itu.
YOU ARE READING
koleksi Cerita Dongeng
Fantasimempunyai 16 cerita dongeng..cerita ini ringkas sahaja,hanya sekadar bacaan kanak-kanak yang baru nak belajar membaca.. #enjoy