prolog

27 5 2
                                    

  Karen,Fahsyar dan Jasmin dalam perjalanan untuk berjumpa dengan pelanggan mereka."Sayang tak sabar nak jumpa dia abang,"kata Karen kepada suaminya,Fahsyar.Si suami hanya mengukirkan senyuman manis terhadap isterinya.

  Karen menjegilkan biji matanya.Dia terkejut kerana sebuah insiden telah berlaku dihadapan mata kepalanya sendiri.Jasmin terbaring di atas jalan dalam keadaan yang berlumuran darah.Karen merasa seolah-olah dia tidak berdiri di atas kakinya sendiri.Kakinya automatik menjadi lemah lantas berlutut di sisi sahabatnya yang lemah longlai bernyawa-nyawa ikan.

  Kesedihan itu mula membelai lembut kolam perasaanya.Air matanya deras mengalir membasahi bumi,terkejut atas insiden yang berlaku.Hatinya menjerit kuat nama Jasmin.Mulutnya seakan dikunci sehinggakan dia tidak dapat mengungkapkan apa-apa.

  Tiba-tiba dia dapat merasakan selaras pistol berada tepat diatas kepalanya."Aku dah lama sangat tunggu saat-saat ni,"katanya dengan gelakan yang galak didengar.Suara itu seakan-akan dapat dikenal pasti oleh Karen,Fahsyar suami aku!

  "Abang,abang buat apa ni,"suaranya terketar-ketar ketakutaan.Fahsyar terdiam,lantas menyambung gelaknya yang masih tidak difahami  oleh isterinya sendiri.Suara itu membisu tiba-tiba.Kelihatan dia sudah melutut dihadapan Karen,kepalanya tertunduk seakan-akan orang yang bersalah.

  "Misi aku sepatutnya dah selesai.Subjek dah ada didepan mata,tapi aku tak kuat,"desis Fahsyar."Sebab ayah kau,aku jadi pembunuh sampai sekarang.Sebab ayah kau,aku bersifat lebih teruk daripada binatang.Sebab ayah kau aku jadi manusia yang menyimpan dendam kesumat!,"jeritan Fahsyar menggegarkan hati Karen yang lembut itu.

  Air mata jantannya mula mengalir bersama kekesalan membasahi dadanya.Perasaan Karen bercampur baur.'Apa ayah aku buat?Apa semua ni,'dia mula bermonolog sendiri.

  Dia bingung,Jasmin yang tiba-tiba ditembak didepan mata kepalanya kemudian suaminya pula yang menanamkan dendam kesumat pada ayahnya lalu ingin membunuh dirinya sebagai tebusan.
 
  Hatinya menjerit dengan harapan ada seseorang yang dapat menyelesaikan kecelaruan yang mula menari-nari didalam fikirannya.

#gais,support kay✌..

gantungWhere stories live. Discover now