Bab 1

20.3K 345 5
                                    

5 tahun yang lalu .

"Sanggup kau bunuh abang aku ? Kau ni tiada hati perut ! Aku benci kau ! Tengking armel.

"Sayang , bukan saya yang bunuh , abang hakimi mati ditembak musuh semasa operasi dari jarak jauh , kebetulan saya berada di situ. Kalau saya yang bunuh , sudah lama pihak polis dakwa saya . Jelas aliff kekasih kepada Armel selepas majlis tahlil .

"Hah , kau ingat aku percaya dengan kau ? Kau tahu aku sayang sangat dekat abang hakimi lebih dari nyawa aku ? Dia pernah bertarung nyawa demi aku . Aku taknak dengar sembang kau lagi ! Berambus kau dari hidup aku !!! Keluarrrr !!!
Tengking Armel.

Panggggg

Armel jatuh terjelopok ke lantai kerana ditampar Tan Sri Razman.

"Ayah tak pernah ajar anak ayah kurang hajar macam ni . Bukti sudah terang , mengatakan aliff tidak bersalah . Kenapa kamu masih mahu menuduhnya . Aliff hanya menjalankan tugasnya sebagai seorang tentera dan menyelamatkan rakan sejawatnya. Aliff ini kekasih kamu , tidakkah kamu percaya dan simpati kepadanya ? Ujar Tan Sri Razman .

"Semua orang dalam rumah ni sama !!! Arghhh . Mata armel berpinar dan kepalanya terasa berat . Armel pengsan tidak sedarkan diri .

"Armel , bangun nak , bangun . ujar Puan Sri Asyilah .

"Maafkan saya tan sri , puan sri . Ini semua salah saya . ujar aliff . Dia terus mencempung tubuh kecil armel ke kereta .

"Ini bukan salah kamu , ini salah kami kerana terlalu memanjakan armel sehinggakan dia terlalu biadap . Bersabarlah aliff , ayah tahu kamu cintakan dia dan mampu menjaga dia . jelas tan sri razman .

Aliff memandu laju terus ke wad kecemasan . Armel dirawat dan doktor memberitahu , tekanan darah armel terlalu rendah dan dia kekurangan gula . Armel juga mengalami masalah kemurungan .

"Sayang , please wake up . I love you sayang , please don't be like this . Please forgive me . bisik aliff ke telinga armel .

Wajah armel terlalu sugul . Lingkaran matanya lebam kerana menangis atas pemergian abang kandungnya . Abang kandungnya iaitu hakimi seorang pegawai tentera . Beliau mati disebabkan ditembak oleh musuh semasa operasi di lahad datu . Armel tidak merelakan pemergiannya kerana menganggap aliff membunuh abangnya .

"Aku kat mana ni ? Kau ???Tolong pergi jauh dari aku .. Ahh sakitnya pipi aku . Peningg ...
Adu armel .

"Sayang dekat hospital , saya takkan jauhkan diri dari armel .
Sayang pengsan tadi , doktor cakap sayang kekurangan gula dan rest . So , saya ada bawak coklat . Nahh ,, special for you my dear .

Aliff menghulurkan sebakul coklat yang bermacam jenis . Aliff turut menghadiahkan senyuman manis . Lesung pipitnya timbul .

Armel terus memusing badannya menghadap kiri bagi mengelakkan bertentang mata dengan lelaki itu . Pada lubuk hatinya , dia masih mencintai lelaki itu , tetapi bila mengenangkan abangnya , cintannya terhakis begitu . Egonya juga terlalu tinggi untuk memaafkan aliff .

"Sayang , saya keluar dulu ye . Saya bagi sayang rehat . Kalau ada apa-apa call saya . Lagi satu , jangan lupa makan cokelet ni . Okay bye assalamualaikum love you . Ujar aliff dengan suara romantik .

"Jangan datang lagi ! Aku nak rehat puas-puas . Lepas ni aku nak minta kau tolong sesuatu boleh tak ? Minta armel bersungguh-sungguh.

"Boleh tapi ada syarat . ujar aliff sambil mengenyit mata . Inilah peluangnya untuk merenung wajah armel dan meminta kemaafan .

"Macam-macam lah kau ni . Ye apa syaratnya ? Tanya armel sambil merengus kegeraman.

"Maafkan saya , jangan ber-aku kau . Lupakan kenangan lama . Terang aliff .

"Aku perlukan masa untuk semua tu . Okay aku deal . Aku nak kau hantar aku ke airport malam ni jugak . Dan kau jangan bagi tahu sesiapa tentang ni . Ujar armel .

"Walau mana awak pergi , saya tetap kena ikut . Tiada alasan , ayah awak tetapkan saya sebagai pengawal peribadi awak . ujar aliff kerisauan.

"Yelah yelah , kau ikut . ujar armel menyampah .

"Kau ? Hurm macam dah langgar deal je . Ujar aliff

"Awakk ... A..wwwa...kk . Dah2 bila ssaayaa boleh discharge ni ? Tanya armel tergagap-gagap.

"Lagi 5 jam sebab air dalam badan sayang tak cukup lagi . Sayang rehat dulu . Ujar aliff dan dia berlalu ke sofa .

Haihh armel , armel macam-macam perancangan sayang . Degil , kepala batu semua ada . Nasib lah sayang . omel aliff didalam hati.

Aliff tertidur di atas sofa .

Ni masanya untuk aku lari tinggalkan mamat perasan ni . Padan muka jangan harap aku bagi kau ikut . Kau ni bukan boleh percaya . kata armel didalam hati .

Armel mencabut wayar yang ada pada tangannya dan berlalu ke luar .

"Ohh yaaaa apa semua ni ???
Jerit armel.

Kenapa armel menjerit tuu???
Apa yang dia nampak ??

Sayangku Encik Lesung PipitWhere stories live. Discover now