Selamat malam wanita terakhir
Meh,sini kau!! Geram pulak rasanya.
Ooo,berjanji bagai nak gila,sanggup ku renangi lautan api,sanggup ku gadaikan nyawa ini kerana dirimu...bengong..
Betullah kata org,cinta itu buta sampai lautan api pon kau sanggup renangi.Bergenang ajelah air mata mu nanti,aq tak akan terpedaya lagi dengan janji manismu...hah,kan dah keluar tajuk lagu karaoke.
Biarpun Sebak di hati ini,biarkan ia menjadi bingkisan rindu buat kekasih.Selamat tinggal romeo.Selepas ini,jangan kau cari diriku lagi.ku bawa pergi diri yang lara mencari ketenangan di hati.
Aq harap kau bahagia dengan org kedua,bahagia sampai ke mati.Walaupun wanita seluruh dunia mengatakan semua lelaki sama,tetapi aku pasti akan jumpa lebih baik daripada apa yg aq pernah ada iaitu kau.Lelaki tetap sama tapi semua boleh berubah.percayalah.
Aq dah penat untuk semua ni.Apa sebabnya kalau aq perlu untuk tunggu perkara yg sama,berulang kali berlaku sedangkan aq sedar perkara itu.Lebih baik aq berubah daripada aq menunggu perubahan yang tidak pasti bila.
Biar kau rasa hargai sesuatu yang kau pernah ada suatu ketika.
Biar kau terseksa kerana perbuatan kau sendiri.
Biar kau berduka dek kerana pemergian org yg kau tak pernah hargai.
Biar kau bersengketa dengan jiwa dan menyalahkan takdir,yang terbukti engkaulh penyebab segalanya.
Biar engkau terpenjara kerana jenayah yang engkau lakukan.
Biar kau mati di tali gantung yang engkau sediakan dengan tangan dan kerelaan engkau sendiri.
Rasailah untuk menghargai
∆KU