TIBA di kereta milik Haqif, pintu sebelah penumpang bahagian depan dibuka dan Amelia terkaku apabila melihat tempat duduk yang biasa dia duduk sudah diambil Nana. Ya! Nana duduk di sebelah Haqif.
Sekarang ni, siapa yang menumpang sebenarnya? Dia atau Nana?
"You duduk belakanglah!" Tegas Amelia memberi arahan. Bukaan pintu kereta dibesarkan, mahu Nana keluar.
"Ala... belakang atau depan sama aje kan? Sama jer sampai pun. Bukannya duduk depan boleh sampai dulu." Nana berkeras tidak mahu keluar.
"Haqif, tolong suruh perempuan ni duduk belakang." Amelia minta pertolongan sang suami walau hakikat sebenar dia tahu, Haqif tak akan membantu apa-apa.
"Mel, tolong jangan jadi macam budak-budak. Betul kata Nana tu, depan atau belakang sama sampainya."
Kan dia dah cakap. Meminta bantuan Haqif untuk 'menolak' Nana samalah seperti mengemis untuk diberikan sebongkah emas dari orang yang tak dikenali.
Tak cakap banyak, Amelia hempas pintu dengan kasar. Kereta mahal kan. Apalah sangat setakat sekali dua pintu dihempas begitu.
Langkah diatur menjauh dari kereta. Baiklah dia balik naik teksi. Menyesal pula tadi datang berdua, tak bawa kereta sendiri.
Melihat Amelia yang menonong pergi, Haqif pantas keluar dari kereta.
"Mel!!!" Nama si isteri dijeritkan.
Tapi Amelia tetap Amelia, degilnya sangat sukar untuk dilenturkan.
Pintu kereta sebelah pemandu pula dihempas kuat dan Haqif berlari anak mengejar si isteri.
"Mel!" Tangan Amelia ditarik sehingga si isteri terdorong memeluknya.
"Isk!" Amelia mendengus. Terus saja tubuh si suami ditolak.
"Apa ni? Main kasar macam ni?" Suara sudah naik setakuk. Takkan Dia nak biarkan saja Haqif buat sesuka hati terhadapnya. Di tempat awam pula tu.
"Sorry... Tapi, you yang mulakan dulu." Haqif angkat tangan dan kemudiannya bercekak pinggang.
"Ouh! I ke yang mulakan dulu?" Jari Amelia tunjuk ke muka sendiri.
"Sejak dari dalam dewan lagi, I ke yang buat perangai?" Soalan sinis diajukan. Dan Haqif sudah diam.
"Bukankah you sendiri yang pesan dengan I, tolong jaga maruah you sebagai suami dan maruah keluarga you bila di luar rumah. Sekarang ni, maruah I you dah pijak macam pengelap kaki, you ingat I masih boleh senyum tayang muka manis?" Dada Amelia turun naik menahan amarah.
Usia perkahwinan mereka baru mencecah tiga bulan, tapi dia sudah rasa sangat-sangat penat. Penat dengan semua sandiwara yang tak pernah dia jangkakan ini.
"Mellll..." Nafas berat terhela dari bibir Haqif.
"Kita balik, dan bincang kat rumah. Kat tempat awam ni, tak sesuai untuk bergaduh. Orang dah tengok kita."
"Oh! You takut orang tengok kita ke? Kenapa dalam dewan tadi you tak takut pun bila orang yang kenal kita pandang you dengan Nana bergelak tawa dan buat I macam tunggul?"
Sekali lagi Haqif mengeluh panjang.
"So, sekarang ni you nak macam mana?" Akhirnya soalan itu yang ditanya pada si isteri.
"Suruh Nana keluar dari kereta you atau tinggalkan I di sini." Amelia beri kata dua.
Dan melihat Haqif bagai teragak-agak, dia sudah tahu apa yang akan dijawab oleh sang suami.
Terus saja Amelia angkat kaki meninggalkan Haqif yang menjerit namanya. Dia melangkah dengan mata bergenang.
Kenapa dulu dia tak dengar nasihat Zafri?
Kenapa dia tolak tepi apa yang Haqif kata tentang cinta yang tak pernah wujud antara mereka?
Menyusur jalan dengan dress yang meleret ke bumi, mata Amelia mula basah. Kenapa dia memilih jalan yang penuh liku begini sedangkan dia boleh pilih jalan lain?
"Mel.. kita boleh jadi kawan, tapi bukan suami isteri." Itu kata Haqif dulu. Dan ianya ternyata betul. Waktu berkawan, merekalah kawan paling rapat. Kenapa bila berkahwin, mereka tak boleh bertoleransi?
"Mel... you akan menyesal nanti. Haqif boleh jadi kawan yang baik. Tapi kawan yang baik bukan jaminan untuk menjadi suami yang baik juga. Terus terang dengan keluarga you. Semuanya akan selesai." Itu kata Zafri ketika dia berkeras mahu Haqif setuju dengan saranan keluarga mereka.
Dan betul kata Zafri, Haqif yang baik sebagai kawan dulu, bukan suami yang baik untuk dia. Bukan suami yang dia harapkan dalam sebuah perkahwinan.
Dia yang degil.
Dia yang mahu.
Sangkanya, dia mampu buat Haqif jatuh cinta. Tapi ternyata, Haqif tak pernah pandang dia.
Dan sekarang, dia yang terima akibatnya.
Mendapatkan teksi, Amelia tak terus balik. Sebaliknya dia berikan alamat rumah Erika, teman yang sudah lama dikenali, teman yang tahu semua sejarah hidupnya bersama Haqif dan Zafri.
"Beb, malam buta pakai dress cantik ni dari mana?" Erika sambut kedatangannya dengan soalan.
"Kau lupa ke, malam ni Zafri kahwin." Amelia melangkah masuk dan tanpa dijemput dia labuhkan duduk di sofa. Sudah terbiasa di rumah ini, sudah menjadi seperti rumahnya sendiri.
"Kenapa kau tak pergi? Dia jemput kan?" Remote TV diambil dan suka hati dia mencari ruangan Library, memilih-milih rancangan TV yang dirakam oleh si teman. Dan Maharaja lawak yang menjadi pilihan.
Untuk hilang stres, itu mungkin rancangan terbaik waktu ini.
Erika senyum dan ikut labuhkan duduk di sebelah si teman.
"Segan."
"Huh!" Nafas kasar Amelia hela.
"Kau suka dia, tapi dia suka aku, itu yang kau nak cakap? Aku dah jemu dengar ayat kau tu, Rika." Amelia menjeling si teman di sebelahnya.
Erika senyum lagi menyambut kata-kata Amelia.
"Kalau kau kahwin dengan Zafri kan bagus. Tak adalah kau terseksa macam sekarang ni."
Amelia terus tegak badan mendengar komen Erika.
"Dan mungkin juga Zafri yang akan terseksa nanti." Itu yang dia balas pada Erika.
Betullah, cinta tak boleh dipaksa. Kalau dia terima Zafri, mungkin juga dia akan menyiksa hati Zafri kerana cintanya bukan untuk lelaki itu.
"Mel... kau tahu tak, yang sebenarnya, kemungkinan untuk kau bahagia itu lebih tinggi jika kau kahwin dengan orang yang sangat cintakan kau dari kau kahwin dengan orang yang kau cinta tapi orang tu tak cintakan kau."
Kepala Amelia angguk perlahan. Ya, dia tahu tentang itu. Tapi, Zafri terlalu baik untuk diletakkan dalam situasi ini. Zafri itu terlalu baik untuk dijadikan kuda tungganan semata-mata. Zafri itu terlalu baik untuk dijadikan suami tanpa cinta.
Hu
YOU ARE READING
AKU HARUS MEMILIH
RomanceKerana hidup terlalu singkat untuk menunggu, Amelia harus memilih. Haqif yang sudah bergelar bekas suami atau Zafri yang sudah bergelar duda. Haqif yang dulu menolak cintanya dan Zafri yang sejak dulu memang menyintainya. Dua lelaki yang hadir seren...