KVSA | 25

34.4K 2.3K 208
                                    

Aulia Zulaikha menuruni satu persatu anak tangga dan berlalu ke ruang tamu. Dilihat Adam Zarief baring di sofa yang menghadap televisyen dalam keadaan mengiring sambil menyuap makanan ringan.

Aulia duduk di sofa dua sambil melihat adiknya yang tidak menyedari kehadirannya. Lantas dia bangun dan merampas mangkuk makanan ringan milik Adam.


Adam terus bangun dan duduk bila makanannya dirampas.

"Apa ni kak?"

"Tak baiklah makan sambil baring. Besok bini kau malas nak buat kerja baru padan muka kau," Kata Aulia lalu menyuap makanan ringan ke dalam mulutnya.

"Yeke?" Soal Adam tidak percaya.

"Betul lah. Nenek yang cakap."

"Ish! Tak naklah Shafira jadi macam tu,"

Aulia tersedak. Macam pernah dia dengar nama tu.

"Siapa?"

"Shafira. Adik kak Nina." Jawab Adam selamba.

"Ewah! Budak tu baru darjah enam. Awak tu form 2 dah menggatal."

"Biarlah. Akak dengan abang Emir boleh pula?"

"Shhh! Jangan sebut nanti dia muncul." Memang selalunya akan terjadi.

"Apa pula macam tu. Akak dengan abang Emir boleh pula." Balas Adam.

"Apa tiba-tiba keluar nama abang Emir pula ni?" Akhirnya Aulia menyebut juga. Nak buat macam mana? Dah adiknya terlepas kata.

Emir Iskandar ialah sepupu mereka. Adam Zarief pula suka kenenkan dirinya dengan abang sepupunya itu. Kata adiknya, abang Emir macam sukakan dirinya. 'Macam' so belum pasti lagi, kan?

"Abang Emirkan suka akak..."

"Abang Emir yang suka akak tapi akak tak." Pintas Aulia. Asyik itu je yang dikatakan dari dulu.

Oh! Tolonglah. Dia 16 tahun dan abang Emir 20 tahun. Jauh beza! Dia tak suka.

"Kenapa, dalam hati dah ada sang kumbang ke?"

"You know me right? Akak tak suka couple masa zaman sekolah." Jelas Aulia.

"Akak sebenarnya takut kecewa kan?" Adam memandang wajah putih bersih kakaknya. Terdapat riak yang menunjukkan apa yang dikatakan tadi adalah benar.

"Aulia, Adam.. mana lawa?" Soal Puan Shikin yang tiba-tiba datang bersama beberapa helai baju kurung.

"Mama nak buat apa dengan baju kurung ni?"

"Nak pakai la.."

"Untuk?" Soal Adam pula.

"Malam ni kawan papa yang baru pindah dekat rumah sana tu ada buat kenduri." Terang Puan Shikin.

"Kawan papa? Uncle Muzaffar?" Soal Aulia terkejut. Dia kenal sebab itu ayah makhluk perosak tu.

"Iya lah kut. Mama tak tahu sebab papa kata surprise. Mana kamu tahu Aulia?"

"Err.. papa ada cerita kut." Aulia tersengih. Cuba menutup kesalahannya. Dia belum bersedia untuk mengisytiharkan yang dia kenal dengan anak Uncle Muzaffar tuh! Dahlah kenal, gaduh pula tu.

"Tak kisahlah. Cepatlah yang mana lawa.." Dia mahu kelihatan cantik nanti.

"Ma, mama pakai apapun cantik ma. Kalau tak, tak adanya lahir anak-anak mama yang handsome ni. Yang cantik ni.." Adam menunjuk pada kakaknya juga.

"Betul?"

"Betullah ma.."

"Okay.." Baru saja hendak melangkah, dia memandang anak-anaknya semula.

[C] Kau VS AkuWhere stories live. Discover now