"ABANG bila balik?"Ariana meletakkan beg diatas meja teh di ruang tamu.Dia baru saja balik dari sekolah yang dia baru mengajar 2 minggu lepas.Dia hanya cikgu praktikal di sekolah itu.Lambat lagi dia nak jadi guru sebenar-benarnya.Praktikal dulu dan nanti akan dapat pengalaman pahit manis jadi guru.
Afif bila terdengar suara adiknya terus badannya memandang wajah Ariana.Adiknya sudah balik.Jadi apa yang dia bualkan dengan ibu dan ayah tadi harus adiknya tahu juga.Tapi serasanya belum sampai masa lagi.Tunggulah dulu.Tunggu adiknya ini betul-betul bersedia.
"Baru tadi.Macam mana praktikal?"Soalan pertama Afif kepada adiknya.Seperti biasa Ariana hanya mengukirkan senyuman.Penat jugalah,budak sekolah menengah pun sama dengan kelas satu.Tak tahannya,budak kelas satu lagi sopan dari budak sekolah menengah.Terutamanya tingkatan 5 dan 6.Perangai entah apa-apa.Dia pun mengeluh sendiri.
"Macam ada tak okey saja tu?Ada apa yang berlaku ke dekat sekolah tu?"Ariana hanya menggeleng.Afif seorang abang yang sangat memahami.Mempunyai rupa yang agak handsome dan seorang yang sporting.Beruntung dia dapat abang macam afif ni,sebab itulah ramai kawan-kawannya booking afif dari dia.Ingat dia senang-senang nak bagi?Dia sayang abangnya.Lepas ini kalau abangnya kahwin,mana tempat lagi untuk dia berkongsi suka dan duka?
"Tak ada apalah bang.Cuma penatlah.Budak-budak sekolah menengah pun sama saja dengan budak kelas satu.Tapi sekolah menengah lagi teruk.Tegur sekali,dia lawan sepuluh kali.Last-last kita biarkan dia buat apa yang dia suka.Hmmm..."Air kopi panas di bawa kebibir.Dihirup perlahan-lahan air itu.
"Biasalah tu.Budak-budak lagi.Pergi sana,ada jumpa cikgu atau sir yang handsome tak?"Tersedak air dia.Abangnya dah masuk mood nak menaikkan kemarahan orang.Ada saja benda yang dia nak menyakat orang pada pukul dua petang begini.
"Kesitu pula.Orang pergi sana sekadar nak praktikal bukannya nak menggatal.Nak ambil pengalaman,nak ambil itu dan ini bukannya nak cari jodoh.Ada faham?Kalau abang tu okeylah.Dah dua,bila lah nak kahwin."Dia mengeluh.
Abangnya dah menginjak 27 tahun.Tahun depan abangnya akan masuk 28 tahun,kalau tahun ini dia masih single,maksudnya tahun depan pun tetap samalah.Paling okey tahun depan dia bertunang.Tahun ini pun dah nak menutup tirai dalam masa 4 bulan lagi.
"Abang nak kahwin.Tapi arin tak bagi.Takut abang tak sayang arin lah tu."Ariana mencebikkan bibir.Perasan bukan main abangnya ini.Kononnya dia tak bagi,padahal sudah berapa tahun ariana mendesaknya supaya berkahwin sebab ariana nak sangat anak buah tapi abangnya buat tak tahu.Nak kata tak laku,ramai orang nak dekat afif ni.
"Ada juga orang nak kena pelakung ni."Ariana menghirup kopi yang masih panas didalam cawan.Ini mesti kopi buatan mama.Kalau nak tahu,apa-apa saja buatan orang yang kita sayang,kita akan dapat rasa bezanya dengan yang orang lain buat.Itu kuasa orang yang kita sayang tahu.
Abang hanya ketawa melihat perubahan wajah adiknya.Marahlah tu orang sakat dia.Tapi dia ada rasa takut untuk menyatakan hasratnya kepada adiknya.Dia ingin adiknya berkahwin serentak dengannya nanti.Sebab dia pun sudah berbincang dengan ibunya yang dia akan berkahwin nanti dan ingin adiknya turut sama diraikan.Memanglah dia sudah ada calon suami untuk adiknya.Tapi dia takut dengan penerimaan adiknya.Jadi dia fikir,dia harus memberikan waktu kepadanya adiknya untuk menyatakan hasratnya itu.
Dia sayang adiknya itu.Nanti bila dia sudah kahwin,dia mungkin agak renggang dengan adiknya kerana bakal isterinya orang jauh dan dia juga akan kerja di negeri isterinya iaitu Kelantan.Mungkin masa itu dia tak dapat nak kawal keselamatan adiknya,jadi adiknya perlu ada pedamping.Ibu dan ayah tak mampu untuk kawal adik selalu sebab adik sudah besar dan bila adik sudah ada suami mesti suami dia dapat kawal keselamatannya.
Dia sudah bincang dengan ayah serta ibunya untuk menjodohkan adiknya dengan kawannya.Tapi dia juga takut kalau-kalau adiknya tak suka akan hal itu lagi.Dia tahu adiknya bila dibahaskan soal kahwin pasti dia buat tak tahu walaupun soal kahwin tu dibahaskan untuk orang lain.Dia memang masih tak suka mendengarnya.
YOU ARE READING
Suami Pilihan Abang
RomanceSebab awak sayang awak,dia hadirkan saya dalam hidup awak.