BAB 17:-

5.4K 300 3
                                    


"NO! We're not ok!!"

Terkejut Amir seketika. Amboi! Tingginya 'piching' suara Nia.Terlucut jantung dia apabila disergah sebegitu.

"Garangnya...."tegur Amir.

 'Aku garang? 'soal hati Nia.

Mana la tak garang. Orang paling tak di jumpai sekarang ni terconggok depan mata. Lepas itu , macam  tak ada apa-apa yang berlaku pulak tu. Sape je yang tak panas hati.

'Dalam ramai-ramai lelaki yang ada dalam dunia ni, apahal muka dia juga yang tak habis -habis muncul. Ingat aku nak sangat jumpa dia....'Nia sudah menyumpah seranah dalam hati.

 Mukanya berbahang. Dah lah cuaca pun terik semacam tiba-tiba.Rasa macam nak marah orang je.  Lebih-lebih lagi kalau orang tu boleh tersengih-sengih dalam keadaan genting sebegini.

"Apa pandang-pandang?"marah Nia. Benci pula dia  melihat muka Amir yang tersenyum-senyum dari tadi.

"Macam mana aku tak nak pandang, ada bidadari depan aku ni...."lembut tutur kata Amir. Matanya tak lepas daripada memandang Nia. Entah mengapa dia rasa bahagia melihat Nia dalam gaun putih iu.Cantik....

"Kau tak payah nak buat lawak boleh tak?"kata Nia garang. Apa? Ingat dia akan cair dengar ayat tangkap leleh Amir itu?Euih! Dah basi!

 Amir tersenyum sahaja. Suara garang Nia langsung tidak mengentarkan hatinya. Alah marah-marah sekali pun tetap comel juga. Eh???

"Kau kenapa?"tegur Nia kasar.

"Apanya?"Tanya Amir kembali.

"Tak , yang kau tersenyum senyum dari tadi ni buat apa? Pergilah balik. Katanya nak jumpa Laila kan....?"sindir Nia. Bukannya nak berkasar , tapi sekarang ni memang bukan masa yang sesuai untuk berborak dengan Amir. Silap-silap ada taufan hebat yang bakal melanda pula .

 Erin pula entah ke mana menghilang. Mungkin sedang melayan tetamunya. Maklumlah, ini majlis hari jadi kakaknya, Nia pula kebetulan di jemput sekali. Manalah dia sangka yang dia akan bertemu dengan Amir di rumah Erin hari ini. Siap jadi delivery boy lagi.

  Amir yang pada mulanya tak berkata apa-apa,tiba-tiba ketawa dengan terbahak-bahak. Siap terbongkok-bongkok lagi. Habis tidak dihiraukan orang sekeliling yang memandang.

 "Oh sebab tu ke kau marah? Sebab Laila?"Tanya Amir dalam tawa. Muka Nia dipandang tak lepas. Dia mahu memastikan reaksi wajah Nia .

 Nia terdiam seketika sebelum...."Eui! Tak mungkin ok!"

 Kepalanya di gelengkan berkali-kali tanda tak setuju.

Amir tersenyum tak percaya. Nampak sangat cemburunya.

"Yalah tu!"

Nia membulatkan mata. "Eh! Tak ada masanya aku nak jealus dengan Laila."

Amir menyilangkan tangannya ke dada."Kau tak payah risaulah, aku dengan Laila tu kawan je. Tak payah nak cemburu-cemburu ni...."Amir tersenyum bersahaja.

Nia membulatkan mata."A.K.U T.A.K J.E.A.LUS langsung!!"

 Amir merapat ke arah Nia."Aku tahu, aku selalu buat tak tahu kat kau kalau di sekolah. Aku ada sebab untuk menjauhkan diri, ok. Aku tak naklah timbul cerita bukan-bukan pasal kita di sekolah. Aku harap kau faham, ya?"

'Betul juga!'pikir Nia. Habis, kalau Amir tu asyik berkepit dengan Laila boleh pula? Orang buat gosip pasal mereka, dia okay pula?Hah! Nampak sangat ada udang di sealik batu ni. 'Dengan aku cakap lain, kalau dengan Laila lain pula....'

"Habis tu, kau dengan Laila tak habis-habis berkepit sepanjang masa boleh pula?"Tanya Nia sinis.

 Kening Amir terangkat."Aik? Kata tak jealus dengan Laila? Kenapa mesti sebut-sebut pasal dia pula?"

"Oh! Kalau pasal Laila, aku tak boleh sebut apa-apalah? Nampak sangat kau suka kena 'ship'dengan Laila, kan?"

"Aku dengan Laila dah kenal lama. Parents kami berkawan baik. Aku dah anggap Laila tu macam adik aku sendiri. Lagipun aku kasihankan dia, dia anak sulung, selalu tolong mak dia uruskan restoran setiap kali balik sekolah. Sekali sekala aku tolong dia hantarkan pesanan kuih ke rumah-rumah. Macam yang aku buat hari ni sampailah boleh jumpa kau dekat sini."jelas Amir. Dia tak nak Nia tanamkan fikiran yang bukan-bukan lagi.

"Jadi korang just kawan baik jelah?"tanya Nia inginkan kepastian.

"Ya..."Amir menganguk mengiyakan.

Nia menghalakan padangan ke tempat lain."Semua orang suka akan Laila...."katanya perlahan namun tetap didengari Amir.

 "Mungkin. Laila ada aura yang menarik semua orang untuk terus rapat dengannya."Amir memuji Laila.

Nia mencebik."Memanglah. Aku sebagai perempuan pun terpikat dengan perilaku Laila, inikan pula lelaki, macam kau. Kalaulah aku ada aura macam dia...."keluhnya.

 "Siapa kata kau tak ada aura?"

Nia memandang Amir."Aku ada aura ke?"

"Tentulah. Setiap orang ada aura tersendiri, bezanya cara mereka untuk menunjukkan aura masing-masing. Macam kau , ada aura juga."

"Aku tak tahu pun."

"Tapi aku tahu..."Amir menatap mata Nia.

"Macam mana?"

"Entahlah!"Jawab Amir main-main. Seronok mempermainkan Nia.

"Hah!"Dia ni suka buat aku nampak bodoh.

"Aku pun tak tahu. Mungkin...."Amir sengaja membiarkan ayatnya tergantung.

Nia merenung Amir."Mungkin apa? Nak cakap biar habis ."

"Mungkin, aku dah tertawan dengan aura kau tu..."Amir berpura-pura memandang ke arah lain ketika mengucapkan ayat itu tadi.

"Hah!" Nia terkejut. 'Aku tak salah dengar kan? Tolonglah , jangan cakap aku tersalah dengar. Tolonglah. Bahagianya....'

 Lengan Nia di tarik tiba-tiba."Jom, kita ada photoshoot."Erin mengajak Nia pergi.

"Aku pun nak gerak dah."Kata Amir. Dia sempat melambai Nia yang ditarik pergi oleh Erin.

 Nia turut membalas lambaian  Amir namun tak sempat berkata-kata apa-apa dan hanya meneruti langkah Erin.

  Sewaktu Amir hendak meninggalkan rumah Erin , dia melalui tempat photoshoot di adakan. Dari jauh dia sudah boleh perasan Nia disamping rakan-rakannya yang lain.

 Spontan tangannya mengeluarkan handphonenya dan mengambil gambar Nia. Dia zoom kan betul-betul pada Nia. Wajah Nia tersenyum manis  terabadi sebagai gambar di dalam handphonenya . Amir  tergelak   kecil melihat telatah rakan-rakan Nia. Bermacam-macam posing mereka lakukan. Nia pun apa kurangnya. Secara senyap-senyap, Amir berlalu meninggalkan rumah Erin.



Timeless Love(COMPLETED)Where stories live. Discover now