Sepanjang perjalanan pergi ke Putrajaya, Hawa dan Azri hanya membisu sehingga lah Azri bersuara.
"Rapatnye dengan Aqif,ada apa-apa ke?"tanya Azri yang berbaur cemburu.
"Kan Hawa dah kata kitaorang sedara..Memang laa rapat"jawab Hawa yang masih tidak tahu apa-apa.
"Sedara tu abang tak kisah..Tapi ni abang tengok dah macam suami isteri.Abang pula macam tunggul. Abang tak marah kalau Hawa nak lepaskan rindu pada Aqif..Tapi Hawa kena ingat Aqif hanya sedara,bukan adik beradik. Hawa kena jaga tingkah laku. Jaga batas."jelas Azri sedikit tegas.
Hawa yang terkejut dengan suara Azri terus tertunduk..Serta merta air mata nya mula mengalir.
"Hawa minta maaf kalau Hawa terlalu layan Aqif.Hawa juga minta maaf sebab buat Azri terasa hati.Sebenarnya, Hawa dengan Aqif..."jelas Hawa dalam keadaan teresak esak sebelum telefon nya berdering.
"Hello sayang, singgah Petronas dulu,minyak kering"pinta Aqif.
"Okey "jawab Hawa.
"Kau kenapa? Nangis yer?Sape buat kau menangis? Azri ke? Dia buat apa?"tanya Aqif yang mula berang."Aqif relax laa.. Tak apa aku boleh settle."jelas Hawa yang masih menangis.
"Okey..Aku tau sampai butik kau tak nangis..Aku tak suka tengok kau menangis.Kalau masih menangis biar aku je settle Azri tu"tegas Aqif
"Okey.. Aku letak fon dulu..Jumpa nanti..Bye Wey"pinta Hawa dan terus meletakkan telefon.
Azri di sebelah Hawa sudah direnung tajam. Hawa yang sedikit gugup terus menerangkan.
"Aqif minta singgah Petronas dulu nak isi minyak"jelas Hawa tersekat sekat.
Aqif hanya diam membisu.
Semasa tiba di Petronas, Hawa ingin keluar dari tempat duduk hadapan ke tempat duduk belakang tetapi dihalang Azri.
"Tak yah duduk belakang, duduk depan teman abang"balas Azri
Hawa hanya mengikuti arahan suami nya.Hawa juga sedaya upaya untuk tidak mengalir kan air mata tetapi air mata nya tetap gugur.
Tiba sahaja di butik, Hawa dan Azri turun bersama..Hawa tidak lagi menangis tetapi matanya sedikit bengkak.
Aqif yang melihat keadaan Hawa tanpa mendengar apa yang ingin dikatakan Hawa,terus meluru mendapatkan Azri.
"Azri aku nak tanya ni..Kau buat apa dekat Hawa sampai dia nangis?"tanya Aqif sedikit marah.
Belum sempat Azri menjawab, Hawa terlebih dahulu menarik tangan Aqif.
"Dah laa qif..Tak ada apa lah..Memang salah aku..Aku emo sangat.. Dia tak salah lah"terang Hawa.
Aqif yang mendengar penjelasan Hawa terus memeluk Hawa dan Husna.
"Aku tak suka tengok adik² aku ni nangis..Aku akan buat apa saja untuk happykan korang."balas Aqif.
Hawa dan Husna juga membalas pelukan Aqif. Selepas itu, aqif menyeka air mata Hawa yang masih tersisa dan mencium ubun-ubun kepala Hawa dan Husna.
Azri yang berada di situ berasa geram terus menghala ke arah mereka.
"Aku tak kisah kalau kau buat macam tu dekat Husna..Tapi bukan dekat Hawa"marah Azri sambil menggenggam penumbuk.
"Woi chillax...So ni sebab Hawa nangis..kau marah dia?Kau tak siasat nak terus serbu.."balas Aqif dengan perasaan marah.
Husna terus menarik Hawa masuk ke dalam butik agar tidak melihat pergaduhan yang akan berlaku sebentar lagi.Husna faham benar perangai Aqif apabila marah.
YOU ARE READING
Miss Strawbery& Mr Apple
RomantikNur Hawa Nazifah seorang gadis yg tinggi dan cantik..Dia menjadi kegilaan ramai dikolejnye..Dia dan rakannya membuat jualan untuk menampung duit bulanan mereka. Fattah Azri jejaka tampan yang menjadi kegilaan semua gadis di kolej termasuklah Shasha...