Di kelab
"Kau ni apesal?" soal Azrul.Pelik melihat Aryan yang langsung tidak berseronok dengan suasana di sekelilingnya. "Takde apelah" jawab Aryan. "Pasal Mia?" teka Azrul. "Eh..taklah" nafi Aryan.Azrul tersenyum sinis.Nampak sangat muka depan dia ni gelabah bila sebut nama Mia.
"Cakap tak tapi cuak" kata Azrul yang ingin menguji Aryan. "Eh, kau ni apahal?" sengaja ditekankan perkataan 'apahal' biar Azrul jelas dengan soalannya. "Kau tak payah tipulah.Aku kenal kau bukan 4 hari, tapi 4 tahun.Nak tipu pun biarlah bijak sikit" Azrul berkata lagi.Tiada jawapan.
Sepi.Yang kedengaran hanya muzik rancak di kelab itu."Ceritalah..kenapa?" tanya Azrul lagi.
"Oii!!Aku cakap dengan dinding ke ni?!" soal Azrul lagi sedikit meninggi. "Ye..Sabarlah..bagi aku bernafas jap" balas Aryan. 'Bernafas?Tak logik langsung alasan kau, Aryan' kata Azrul dalam hati.Takut kecewa pulak hati Aryan bila dia mengutarakan kata² nya nanti.Azrul masih setia menunggu jawapan daripada Aryan."Takde ape pon lah..Cuma pelik..Macam mana si Mia tu boleh tau makanan favorite aku" luah Aryan.Azrul terus ketawa. "Aku ada buat lawak ke?" soal Aryan serius.
"Takdelah.. I see you very much fiber.Last² tu je masalah kau?" kata Azrul lagi dengan sisa ketawa."Kau series sikit boleh tak..Aku sekeh kepala kau kang" marah Aryan. "Kau tak payah cerita pon aku dah taulah..Pergilah baik dengan dia.Dia ok je aku tengok.Dari si Airin jalang tu kau ambik" "Aikk..Kau ni kenapa tetiba baik?" tanya Aryan.Pelik tengok Azrul dah baik semacam.
"Instinct" mudah jawapan Azrul.Aryan menjeling Azrul. 'Ingat makbul ke kata hati dia tu' kutuk Aryan dalam hati.Ceh..Pergi jalanlah dengan kau punya instinct tu.Tak boleh bawa bincang langsung. "Susahlah ajak kau bincang" "Kalau susah pergilah layan si Mia tu..Kalau aku akan bagi sepenuh kasih sayang aku dekat dia" tutur Aryan.
"Pergilah balik.Layan dia" "Hish..Yela²" mengalah Aryan.Aryan pun angkat kaki keluar dari kelab.
**********
Di rumah
Aryan melangkah masuk ke dalam rumah. Mia sedang terlena.Rasa kasihan terus bertamu di hati.Aryan pergi ke arah Mia.
Dilihat muka Mia habis basah lencun.
'Mesti dia nangis tadi' kata Aryan sendirian.
Rasa kasihan, bersalah dan sedih bercampur di hati Aryan.'Apa kau buat ni Aryan' marah Aryan sendirian.Aryan menyentuh pipi Mia lembut.Diusap penuh kasih sayang.Lama.
Mia menggeliat kecil apabila lenanya terasa diganggu.Perlahan lahan Mia membuka matanya apabila terasa satu nafas di wajahnya.Dan tepat sekali tekaan Mia, dia ialah Aryan.Sekali lagi air mata Mia mengalir.Pertama kalinya dia melihat Aryan begitu baik dengannya.Mengusap pipinya.Rasa sebak mula menguasai hati Mia.Dan tangisannya semakin kuat apabila melihat Aryan yang terkejut melihat dirinya menangis.Dapat dirasakan Mia yang Aryan risau yang dirinya sedang menangis.
"Hey..kenapa kau menangis ni?" soal Aryan lembut.Ada nada sedikit risau di pertanyaan Aryan. "Kenapa abang tak pernah nak sayang Mia?Kenapa tak pernah nak luangkan masa abang dengan Mia?Apa salah Mia abang?" soal Mia semula dalam esakan.
Jujur Aryan rasa sangat sedih dengan pertanyaan Mia.Kejam sangatkah dia?
Aryan menarik Mia di dalam pelukannya.
Sebelah tangan kirinya memeluk erat pinggang Mia.Sebelah tangan kanannya membelai rambut Mia."Shh..Kau jangan nangis macam ni...
Sekarang aku dah ada dengan kau kan" pujuk Aryan.Diusap belakang Mia.Apabila tangisan Mia mulai reda, barulah Aryan melepaskan pelukannya.Jujur, Mia rasa sangat terharu, sedih dan gembira.Aryan dah berubah ke?"Dah...Aku dah cakapkan jangan tunggu aku.Degillah kau ni" gurau Aryan sambil mencubit lembut hidung Mia. "Aduhh" Mia mengadu sakit.Mereka berdua tergelak bersama. "Dah..Jom..tidur kat atas" "Ok"
**********
Di bilik
Apabila tiba di bilik, Aryan terus menanggalkan kemejanya.Mia yang sedang duduk di katil terus terpaku pada badan sasa Aryan. 'Ada six pack uikk' Mia beristighfar dalam hati.Melawan nafsu yang mula melonjak naik.
"Kau nak mandi sekali dengan aku ke?" soal Aryan. "Eh..Tak²..Mia dah mandi tadi" tolak Mia sopan.Takkan nak mandi sekali?
Memang taklah!!! Aryan berlalu masuk ke bilik mandi sebelum sempat memberi satu senyuman manis buat Mia.Tunggu punya tunggu, akhirnya Mia terlena.Aryan sudah bersiap berpakaian untuk tidur.Letih agaknya.Teka Aryan.
Aryan menuju ke sebelah birai katil menghadap Mia.Diusap rambut Mia yang elok dilepaskan.Aryan merenung wajah Mia.Tidak dinafikan yang Mia memang mempunyai raut wajah yang sangat cantik."Terima kasih sebab kau sudi terima aku seadanya.Aku sayangkan kau, Mia.Yang paling penting yang aku nak kau tau...aku cintakan kau..Selamat malam sayang" kata Aryan sendirian.Dia tahu Mia memang takkan dengar sebab Mia dah selamat sampai dekat Paris.
Dahi Mia dikucup Aryan.Lama.Akhirnya Aryan pun memanjat katil untuk lena bersama.Dipeluk Mia dari belakang.Sangat indah perasaan yang dirasai oleh Aryan.
Dan dia pun dibuai mimpi.Mimpi yang sangat indah.**********
Hai guys..Macam mana? Ok tak for this part?? Kalau rasa nak bagi idea, jangan segan² nyatakan di komen.Alhamdulillah, ada juga yang menanti nantikan karya saya.Saya sangat hargainya.Dan ada jugalah yang add karya saya di reading list mereka.Syukur saya rasakan.Dan minta² lah vote karya saya.Walaupun 🌟 kecil, saya tetap hargai.
Btw, tq alvarosya coz support my story.
_celeirastial tq share minat awak.
Tq eyrahsweet add cerita saya di reading list awak.
Tq HidayuAmYra add cerita saya di reading list awak.
Tq HereFiqa sebab vote cerita saya.
Tq hlnHyin___ sebab add cerita saya.
Tq puanjeokbinikook sebab add cerita saya.And.......... Enjoy Reading!!!
Love ya,
Lyn🌸
YOU ARE READING
Kerana Kau..
RomanceOk hakak tukar sinopsis😅 Macam ni kisahnya...... Jodoh diaturkan oleh keluarga dapat membuahkan kebahagiaan kepada pasangan sejoli. Sekejap baik, sekejap naik angin.Dia sendiri tak tahu apa malangnya.Jika begini Tuhan berikan dugaan yang berat untu...