LAJU sahaja Hyomin menuruni anak tangga sebaik sahaja terdengar loceng rumahnya berbunyi. Hyomin langsung berjalan sedikit laju ke menuju ke arah pintu rumahnya.
"Kejap! Kejap!"
Hyomin langsung membuka pintu itu. Terpampang jelas wajah Mingyu yang masam mencuka di hadapan pintu itu.
"Mianhae~" ujar Hyomin.
Dia mengajak Mingyu masuk ke dalam rumahnya. Hyungsik yang baru sahaja turuni anak tangga, terkejut dengan kehadiran Mingyu itu.
"Waeyo kamu ada dekat sini?!" tegur Hyungsik dengan garang dan terus berjalan menuju ke arah Hyomin dan Mingyu.
"Ada cakap macam tu dekat Mingyu. Mingyu nak masak untuk Min lah?!" marah Hyomin.
"Ouh! Oppa rasa Mingyu tak perlukan dekat sini. Lagi pun Omma dah balik. Tadi, kerja kau dah tamat. Oppa pun dah pandai masak."
Hyomin memasamkan mukanya. 'Dah lah hari tu, minta tolong Mingyu. Lepas tu, senang-senang je halau Mingyu. Nak jadi kacang pula kan kulit la tu.'
"Hyomin peduli apa?! Suka hati dia lah nak datang ke tak!"
"Eh! Budak ni?! Kau, Mingyu?! Pergi balik?!" ujar Hyungsik dengan tegasnya.
"ANIYAA!!" jerit Hyomin dengan kuat.
"Ish!! Dia ni!!" marah Hyungsik yang sudah bercekak pinggang.
Hyungsik sudah berjalan ke arah mereka berdua. Hyomin terus memeluk tubuh Mingyu. Hyungsik dan Mingyu terkejut dengan tindakannya itu.
"Hyomin?! Kau buat apa peluk dia?! Lepaskan budak tu cepat!! Sebelum aku lunyaikan kau pulak!!!" tengking Hyungsik.
"Aniya!"
Hyomin masih lagi berdegil. Dia masih tidak melepaskan pelukannya. Mingyu sudah cuak dengan reaksi Hyungsik. Hyungsik geram dengan Hyomin. Dia berjalan semakin dekat dengan mereka berdua. Hyomin langsung menarik wajah Mingyu lalu mencium di bibirnya. Bulat mata Mingyu melihat wajah Hyomin.
"HYOMINNNN?!!!" teriak Hyungsik.
Hyomin kali ini memang betul-betul gila. Dia sanggup cium Mingyu di hadapan abangnya supaya Mingyu tidak keluar dari rumahnya itu. Hyomin terus meleraikan ciumannya itu. Dia memandang wajah Hyungsik dengan bengis.
"Wae? Wae?! Tak boleh ke, Hyomin cium Mingyu. Dia kan boyfriend Hyomin!!"
"Mworago!"
"Oppa jangan nak halang Hyomin. Suka hati lah Hyomin nak buat apa pun. Itu pun nak marah ke?!"
"Tapi dia tu!!"
Ibu Hyomin yang baru sahaja turun dari tingkat atas menuju ke arah mereka bertiga.
"Apa bising-bising ni? Dari atas Omma boleh dengar suara kamu berdua ni."
Hyomin memandang muka Hyungsik dengan tidak puas hati. Sakit jiwa kalau bertekak dengan abangnya itu. Ibu Hyomin memandang kedua anaknya dengan hairan. Dia terpandang wajah Mingyu lalu tersenyum manis.
"Ni Mingyu kan? Kawan Hyomin?" tanya Ibu Hyomin dengan ramah.
"Nae." jawab Mingyu yang dari tadi hanya mendiam diri.
"Kamsahmidah! Sebab jaga Hyomin selama Ahjumma tak ada ni."
"Nae." jawab lalu menundukkan sedikit kepalanya.
Hyungsik melihat Mingyu dengan tidak puas hati. Menyampah pula dia apabila ibunya memuji Mingyu.
"Omma~ Saya yang jaga Hyomin selama ni. Budak ni baru sebulan je dekat sini."
"Omma tak yakin dengan kamu ni. Dah lah suka buli Hyomin." Ibunya menjeling Hyungsik hanya sekilas.
Hyungsik mengeluh kecil. Ibunya memandang ke arah Mingyu semula.
"Mingyu dah sarapan?" tanya Ibu Hyomin.
"Belum lagi." ujar Mingyu.
"Ha~ Baguslah tu. Mari masuk dalam, asyik berdiri je depan pintu tu. Kita makan sama-sama ye." pelawa Ibu Hyomin.
"Nae. Nae." jawab Mingyu.
Ibunya memandang ke arah Hyomin.
"Ha! Hyomin bawa Mingyu masuk. Jangan di layan abang kamu tu."
"Nae Omma! Saranghae Omma!"
Hyomin terus memaut lengan Mingyu. Dia membawanya masuk ke dalam dan menuju ke arah dapur. Hyungsik mengeluh.
"Omma~ Apa ni?" tegur Hyungsik.
Geram pula dia tidak di layan oleh ibunya. Dengan malasnya dia berjalan menuju ke arah dapur. Dia memandang wajah Mingyu dengan tidak puas hati. Masam sahaja wajahnya.
"Ha~ Makan. Makan." pelawa Ibunya.
Mingyu tersenyum manis ke arah ibu Hyomin.
"Kamsahabnida!" ucap Mingyu.
Ibunya hanya tersenyum. Dia memberikan mangkuk pada Hyomin. Hyomin mengambilnya.
"Hmm~ Sedapnyaaa bauuu..." puji Hyomin.
"Ha. Makan. Makan."
Ibu Hyomin menyendukkan makanan ke dalam mangkuk Hyomin dan Mingyu. Perlahan-lahan Hyungsik menarik kerusi lalu duduk di sebelah ibunya. Pandangannya masih tidak teralih memandang wajah Mingyu. Rasa nak tumbuk pun ada.
"Lepas makan ni, pergi sekolah. Mingyu jaga Hyomin elok-elok tau. Ahjumma tak dia cedera." pesan Ibu Hyomin.
"Nae Ahjumma!" jawab Mingyu dengan semangat.
"Mmmm.. Sedap Ahjumma masak." puji Mingyu.
"Kan saya dah cakap. Omma masak sedap~" ujar Hyomin.
Malu-malu kucing pula Ibunya itu dengan pujian itu. Menyampah pula Hyungsik dengan mereka itu. Hyomin hanya tersenyum melihat ke arah Ibunya. Bahagia tidak terkata. Dia mendapat bersama dengan keluarganya walaupun tidak lengkap dengan ketua keluarga iaitu ayahnya yang sudah meninggal dunia.
Dia melihat wajah ceria Mingyu di sebelahnya. Kerana Mingyu yang selalu di sisinya, terubat sedikit lukanya. 'Gomawo.. Mingyu-a~ Saranghae~' Mingyu merasakan dirinya di perhatian, langsung berpusing memandang ke arah kirinya. Hyomin terus melarikan pandangan. Mingyu tersenyum manis ke arah Hyomin.
"Saranghae." bisik Mingyu di telinga Hyomin.
Hyomin berpusing memandang wajah Mingyu di sebelahnya. Tidak putus senyuman di bibirnya.
"Saranghabnida~" bisik Mingyu lagi.
Hyomin tergelak kecil. Dia menyambung makannya semula. Mingyu tidak putus asyik memandang ke arah Hyomin. Ibu Hyomin yang perasan dengan Mingyu yang termenung.
"Mingyu?" tegur Ibu Hyomin.
Mingyu memandang ke arah Ibu Hyomin.
"Makan."
"Nae."
Mingyu menyambung semula makanannya. 'Gomawo sayang~ Naneun.. Saranghae' Mingyu mencuri-curi pandang ke arah Hyomin semula. Tidak puas untuk melihat wajah comel Hyomin itu. Yang kuat makan, lagi pipi tembam macam pau itu. 'Saranghae, my little girl.' bisik Mingyu di dalam hati.
-TAMAT-
YOU ARE READING
[C S1] I'm Too Short? (Hiatus S2)
FanficSEASON 1 (#72 in FanFiction on 22/1/17) "Hey, budak pendek!" Kim Mingyu. "Saya ni pendek sangat ke?!" Park Hyomin. "Kau memang pendek apa?" Kim Mingyu. "Kalau macam tu, awak tinggi macam tiang lampu!!!" Park Hyomin. START: 29/12/2016 END: 1/4/20...