"Kak." Suara Shafira kedengaran dari luar bilik.
"Masuklah.."
Pintu dikuak dari luar. Tubuh Shafira masuk ke dalam bilik bersama mug ditangan.
"Ni mak suruh bagi.." Shafira duduk di atas lantai menghadap kakaknya dan menghulur mug berwarna kelabu itu.
"Thanks," Nina mengambil mug itu dan dihirup sedikit airnya. Kemudian, mug itu diletakkan di sisinya.
Shafira ralit memerhati kakaknya yang sedang menyiapkan lukisan bunga.
"Rajinnya lah. Kenapa akak tak masuk kelas seni?" Soalnya.
"Sebab.. tak ada kawan. Apa salahnya masuk kelas sastera." Jawabnya.
"Tak cakap salah pun." Dia sudah sedia maklum yang kakaknya ambil subjek seni. Belajar sendiri dan hadir kelas setiap Jumaat petang. Guru tidak mengajar tapi hanya membimbing dalam melukis sahaja. Macam leceh je!
"Esok akak ada latihan ek?"
"Haah.. Kenapa?" Soalnya Shanina dan mengerling sekilas.
"Tak ada apa. Saja tanya."
Tiba-tiba handphone Shanina berdering. Shafira melihat kakaknya masih dengan lukisan dan hanya buat tak tahu macam tak ada apa yang bunyi.
"Kak... phone bunyi." Tegur Shafira.
"Hmm.." Itu saja balasan daripada kakaknya.
Tak senang melihat situasi itu, tangan Shafira mencapai handphone. Tertera nama Zafirul di skrin.
"Abang Zaf lah, kak." Handphone dihulur. Tapi Nina hanya pandang sekejap.
Shafira menggesek ikon hijau dan melekapkan handphone ke telinganya.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam." Jawab Shafira lalu memandang kakaknya. Masih buat bodoh.
"Siapa ni?" Soal Zafirul di hujung talian.
"Shafira.."
"Owh.. asal lain suaranya?" Usik Zafirul.
Shafira ketawa kecil.
"Mana adalah. Abang Zaf ni suka mengusik."
Kedengaran Zafirul ketawa juga selepas itu.
"Kakak ada?" Soalnya terus.
"Ada. Dia tengah sibuk buat lukisan dia.." Shafira sekali lagi memandang Nina tapi masih juga buat bodoh.
Dapat Shafira dengar satu keluhan dari corong telefon.
"Ada apa ye? Nanti Fira sampaikan dekat akak."
"Ermm.. tak apalah. Okay, assalamualaikum.."
Zafirul sendiri yang mematikan talian. Shafira tak puas hati. Gaduh ke?
"Akak ada masalah dengan abang Zaf ke?" Soalnya tanpa berkias.
"Tak ada."
"Tipu. Habis tu kenapa tak nak jawab call daripada dia?"
Nina berhenti melukis dan memandang wajah adiknya.
"Fira nampak tak akak tengah buat apa? Melukiskan? Akak ada banyak lagi homework yang nak disiapkan. Tak ada masa nak jawab call daripada dia." Nina sambung melukis.
Shafira mengeluh. Tanpa balas apa-apa dia bangun dan menapak keluar dari bilik. Sebaik sahaja Shafira menutup pintu, Nina mengeluh. Bukan dia tak nak jawab, tapi dia rasa macam nak merajuk dengan lelaki itu.
YOU ARE READING
[C] Kau VS Aku
Teen Fiction📌 ADAPTASI SERIES SOOKA ORIGINAL 📌 TERBITAN MERCHNMORE.CO | Kau VS Aku : BUKU SATU | Pergaduhan seperti tiada pengakhiran. Kebencian yang tidak akan terpadam. Istilah Jatuh Hati tiada dalam fikiran. Percaya atau tidak, pergaduhan mereka hanyalah d...