CHAPTER 19 : AMARAN FARHAN

1.2K 105 8
                                    

"Terima kasih banyak-banyak tuan putera...jika kamu bertiga tidak datang selamatkan kami..tak tahu la apa akan jadi.." kata salah seorang penduduk kampung di pulau itu.

"Tidak apa jangan berterima kasih,itu adalah tugas saya memastikan rakyat saya sentiasa dalam keadaan selamat.." balas Ikhwan dan Farhan serta Amien ketika itu melihat dari lokasi yang agak jauh sedikit.

Farhan sekadar memerhatikan sahaja Ikhwan yang berbual dengan penduduk pulau itu,kemudian dia memeriksa cebisan kain yang dia temui pada serpihan robot tempur itu. Sebuah lambang ular hitam? Bukan Black Cobra ini berlainan,ini pandangan ular dari sisi.

"Kau pegang apa tu?" Soal Amien kehairanan.

"Kau pernah nampak lambang ni?" Soal Farhan menghulurkan cebisan kain itu pada Amien.

"Eh...itu lambang Serpent Cobra..kenapa kau ada benda tu?" Jawab Amien terkejut sebaik mengambil dan mengamati cebisan kain itu.

"Aku jumpa selepas kalahkan robot besar tadi.." jelas Farhan.

"Takkan la yang takluk pulau ni tadi adalah kumpulan Serpent Cobra.." kata Amien lagi

"Itulah aku rasa tidak sedap hati pula..." balas Farhan.

"Serpent Cobra..." Ikhwan muncul dengan tiba-tiba.

"Ikhwan..." ujar Amien dan Farhan serentak.

"Kalau tidak silap masa peristiwa kapal armada tempoh hari,askar Mentari ada berikan aku cebisan kain lambang itu...juga.." jelas Ikhwan.

"Mereka ada kaitan dengan Black Cobra ke?.." soal Amien berfikir.

"Memang ada tapi...tujuan mereka berlainan.." jawab Ikhwan lagi.

"Berlainan?.." soal Farhan.

"Baru aku teringat,semasa aku dengan Laura merentasi di gurun pasir aku ada berlawan dengan kumpulan ni!..." ujar Amien mengetuk tapak tangannya.

"Bila tu?..." soal Farhan.

"Setahun selepas aku berkenalan dengan Laura,aku ada tugasan yang diminta oleh satu pihak.." ujar Amien memberi penerangan.

"Masa itu aku terserempak dengan mereka,aku tak kenapa tapi diorang serang kami berdua..je tiba-tiba.." kata Amien mengerutkan dahinya.

"And then?" Farhan menyoal lagi.

"Aku rembat diorang semua la apa lagi..." kata Amien dengan selamba.

"Jadi diorang ada di negara ini? Memang cari nahas.." kata Ikhwan pula.

Farhan memeriksa sekitar kawasan pulau,tiada apa yang curiga baginya. Semasa dia menjejak kakinya di pulau ini,dia dapat rasakan tenaga ki yang amat kuat serta negatif. Tetapi selepas dia uruskan robot tempur itu,tenaga itu terus hilang macam itu sahaja.

"Han.." Ikhwan menyentuh bahu Farhan.

"Huh?.." Farhan menoleh.

"Better we head back,biarkan urusan pada pihak berkuasa.." ujar Ikhwan kemudian beredar disusuli Amien.

"Bukan kau ke pihak berkuasa tu?" Usik Farhan.

"Shut up..aku ada urusan lain.." ujar Ikhwan beredar.

Farhan sekadar ketawa kecil melihat muka bengang sepupunya,dia tahu kenapa Ikhwan berperangai seperti itu. Namun langkah tiga pahlawan naga itu terhenti,apabila daya kuasa negatif yang amat kuat.

"This energy ki.." Farhan memandang keadaan sekeliling.

"Only three of us can sense it.." kata Ikhwan pula.

TALE OF THE WIND DRAGON (C)™Where stories live. Discover now