BAB 35

81 6 2
                                    

Rania sapu air mata yang tidak henti mengalir laju. Matanya terus merenung handphone di tangan. Matanya mana mungkin menipu. Hari ni seharian dia sibuk di Pusat Bahasa. Langsung tak sempat berhubung dengan Ayden. Dua pengajar tiba-tiba cuti kecemasan. Kelam kabut dia dan Iris menyusun jadual. Dari pagi hingga ke petang mereka berdua mengajar tanpa henti.

Balik dari Pusat Bahasa, Rania terus bergegas membersihkan diri sebelum menunaikan solat Maghrib yang sudah di hujung waktu. Selesai solat Maghrib selang beberapa minit, kedengaran azan Isyak. Seusai solat, barulah Rania sempat belek handphone. Nasib baik hari ni Iris punya giliran untuk masak, boleh Rania berehat kejap.

Macam biasa, notificationnya penuh. Rania terus ke WhatsApp. Matanya laju mencari nama Ayden. Tiada sebarang khabar dari Ayden. Sibuk mungkin. Mesej-mesej lain Rania biarkan dulu.

Dia kemudian membuka aplikasi Instagram. "Kenapa banyak sangat tagged photo hari ni?" Rania terus buka tagged photo section. Terus dia terpempam! Jantungnya sudah hilang rentak. Dia tercungap-cungap mengatur nafas.

Ruangan tagged photo dia penuh dengan sekeping gambar Ayden berbaju hitam dan bertopi hitam sedang melangkah masuk ke masjid Itaewon! Ayden buat apa di Itaewon? Ayden buat apa di masjid?

Kali terakhir berbual semalam, Ayden tak pulak bagitau apa-apa urusan yang memerlukan dia ke masjid hari ni. Cuma sebelum menamatkan perbualan, Ayden ada meminta Rania mendoakan agar semua urusannya hari ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan. Rania tidak menyoal banyak. Ayden memang selalu begitu.

Rania cuba menghubungi Ayden namun tidak berjawab. Rania gelisah menanti sebuah kepastian. Dia kemudian membuka aplikasi Facebook. Penuh timeline dia dengan berita Ayden di masjid Itaewon. Semua portal-portal popular memaparkan gambar Ayden. Semua tertanya-tanya adakah Ayden sudah memeluk islam.

Tiba-tiba panggilan dari Ayden masuk. Laju Rania menjawap. Hatinya sudah hilang sabar. Dia perlukan jawapan. Sekarang.

“Aydennn!”
"As..salamualaikum, sayang!"

Serentak dengan ucapan salam Ayden yang pertama tama kalinya, air mata Rania terus mengalir macam pili air bocor. Dia sudah tersedu-sedan.

“I thought when someone gave you salam, you should answer it?”

"Waa..waalai..kumu..salam." Bersama sedu Rania menjawab salam Ayden buat pertama kalinya.

“Rania, I've converted to Islam.”
“Alhamdulillah, Ayden. Alhamdulillah. Thanks to Allah. Alhamdulillah.”

Semakin kuat tangisan Rania. Namun rasa sebaknya memang sukar nak dibendung. Dia tak mampu nak sembunyikan lagi. Ayden hanya membiarkan Rania hanyut dalam tangisan. Dia sendiri sudah puas menangis sebelum menghubungi Rania tadi. Menangis lega. Menangis terharu. Hatinya terasa tenang setenangnya. Tadi buat pertama kali dia solat di masjid. Walaupun dia belum mampu menghafal semua bacaan dalam solat. Seusai solat, dia menangis lagi. Ustaz yang menemaninya memeluk erat tubuhnya, cuba menenangkan dia. Dia rasa bertuah diberi hidayah dari Allah.

“Thanks, Rania. For introducing Islam to me. I'm so glad that I am now a Muslim.” Rania hanya diam melayan tangis. Hanya bunyi esakan dia menandakan dia masih di situ. Bersedia mendengar setiap bicara Ayden.

“When I met you, I fall very hard on you. And now, when I learned about your religion, I fell in love with your religion even more. I want to be a Muslim until the day I die. Even if we're not mean to be together, no worries, I won't leave Islam. Islam is now my way of life.”

Ayden pasti dia akan semakin cintakan agama barunya itu. Dia pasti dia tak tersalah memilih jalan. Ini jalan yang dia mahu hingga hujung nyawanya.

Putera Impian Milik CinderellaWhere stories live. Discover now