HUNA ZAHIKA
Lepas hari hari dia sibuk kacau aku, kini makin berkurang. Tapi kita rindu pulak... hehehe. Takda makna aku nak rindu dia. Menyampah.
"Ingat Abang polis ke?"
Dah datang dah bisikan bisikan syaitan tu.
"Apa plak?"
"Saja tanya. Dua tiga hari ni tak nampak pun bayang dia."
"Kau ingat aku bini dia ke?"
"Ooh. Bukan ya? Ingat dah kahwin."
"Bukan lah. Kan abang polis tu future husband!"
"Mana ada!"
Akhirnya diorang ketawa beramai ramai. Aku sedih bersendirian. Kesian kan kita.
IZZ HAKIMIE
Aku kebosanan, minggu ni aku sibuk dengan pelbagai aktiviti. Harini plak kena jaga kantin dari 10.30 sampai 11.05 . Tak dapat nak main main. Aku bosan..
Akhirnya bunyi permulaan aku bertugas sudah berbunyi. Sudah tiba waktu rehat,waktu bertugas dan waktu bertemu minah panas! Eh...
Ahahaha. Aku angau. Oh my gaid. Kisah apa aku. Suka hati aku lah siapa yang hati aku nak rindu.
Aku selesai beli makan. Baru jer aku nak makan, datang brotherhood aku.
"Yow!" Tegur dia.
"Yow." Jawab ku.
"Nah." Dia menghulurkan aku sudu kantin.
Dengan pantas nya aku ketuk kepala dia dengan sudu yang aku ada.
"Auchh!! Kenapa kau pukul aku?!"
"Kau tu yang tiba tiba bagi aku sudu. Aku dah ada sudu bagi lagi. Apa kes?"
"Aku ingat kau takde sudu. Kes rindu kau. Cia cia cia." Jawab dia dengan gurau.
Akhirnya dia mendapat sedas lagi pukulan sudu.
"Aku tak perlukan sudu tu." Kata aku ringkas.
"Ambil jelah!" Dia terus meletakkan sudu itu ke atas meja.
Lepastu, terus dia nak berlalu pergi. Aku menahan nya.
"Nak gi mana?"
"Gi ke hati kau."
Akhirnya kitorang ketawa kuat. Hahahaha.
"Serious lah." Kata aku.
"Nak gi jaga bangunan belakang." Jawabnya ringkas.
"Hati hati, jangan sampai jatuh.." pesan aku.
"Jatuh kat mana?" Tanya dia.
"Jatuh kat dalam dakapan saya." Jawab ku gurau.
Hahahahaha. Meletus ketawa kami berdua. Euww. Tapi dia kan bff so, lantaklah.
Aku meneruskan makan. Lepas ni dah kena mula bertugas. Go go!!.
HUNA ZAHIKA
"Korang jom rehat." Rengek ku.
"Kejap." Jerit kawanku. Dua orang tengah buat kerja B.I lagi seorang tengah kemas barang.
"Jomlah..." ajak ku lagi.
"Dah rindu nak jumpa Abang polis le tu" teka senah.
"Ish! Takde lah! Aku lapar!" Jawab aku geram.
"Yelah.. yelah.. dah jom jom." Ajak Jemah.
Kami semua akhirnya mula bergerak ke kantin untuk mengisi ke kosongan perut.
YOU ARE READING
ABANG POLIS
Short StoryKisah seorang remaja lelaki tingkatan 4 yang menyertai unit kadet polis, telah tersuka seorang pelajar perempuan tingkatan 1 yang sangat hot. Boleh ke kes hati abang polis ni diselesaikan dengan jayanya? Nantikan ya para pembaca😉😉 A/N: Citer ni di...