Boyfriend Kak Mia datang rumah!
Kecoh gila. I mean, time dia ada kat rumah tu tak lah kecoh. Time dia ada, Mak Bapak aku buat-buat macam ek eleh biasalah lek lek sudah ler. Tapi sebenarnya mak bapak aku gabra. Sebelum dia datang, mak aku dari tengah hari kemas rumah. Toilet pun kena basuh sampai berkilat sebab kata mak aku, mana tau kot-kot boyfriend Kak Mia nak guna toilet. Overacting sangat, macam lah ada rombongan nak masuk meminang. Dia datang pun sebab nak bawak Kak Mia pergi annual company dinner dia malam tu. Tu jer pun.
So of course, sebab nak pegi dinner, sikit punya segak dia datang pakai vest dengan coat macam lawyer nak pergi court. Aku dah kenal budak Hannan ni, aku pernah jumpa. Tapi setakat hi hi hello hello waktu dia dalam kereta. Tak pernah lah pulak face to face borak or makan together.
Handsome dia cukup makan, muka macam Arab atau mamak sikit. Atau maybe Pakistan. Bukan Melayu seratus peratus rasanya. Kerja tetap, ada degree dan nampak sesuai lah dengan kakak aku. Boleh ler. Lagipun, boyfriend dia bukannya boyfriend aku. Apa jadahnya aku nak sibuk-sibuk lebih sudu dari kuah. Asal kakak aku suka, aku terima je.
And one more thing, Hannan ni anak Datuk. Tu yang parents aku macam gabra nak jumpa. Padahal, apa yang specialnya anak Dato? Kat sekolah menengah aku dulu, berlambak anak-anak Dato. Boleh buat pasukan bola dua team. Tapi parents aku old school, for them anak Dato ni macam dah happening sesangat.
"Jangan balik lambat." Sempoi je bapak aku bagi warning. Muka dia konon-konon dia bapak paling cool dalam dunia.
"Saya cuba hantar Mia secepat mungkin, uncle."
Confident je Hannan anak Datok tu jawab. Langsung tak nampak macam dia kecut perut nak jumpa parents girlfriend dia for the first time.
Aku senyum dengar perkataan 'cuba' itu. Harus lepas midnight baru sampai rumah. Jammed atas jalan pun mau berjam-jam. Belum lagi carik parking, tunggu VIP datang, dan lain-lain lagi. Biasalah function di tanah airku mana pernah ikut planned time schedule.
"Drive pelan-pelan. Biar lambat asal selamat."
Itu mak aku. Aku tau, mak aku dah ada pelamin angan-angan dalam kepalanya. Dah fikir nak letak hantaran berapa, nak sewa berapa khemah, nak pilih tema warna apa untuk hari nikah. Dia dah reka hidup happily ever after untuk Mia dah.
"Ya Aunty. InsyaAllah."
Dan bila Kak Mia keluar dari bilik, aku pun turut tarik nafas. Lawanya kakak aku. First time aku tenguk dia makeup macam tu, so glowing muka dia. Dia pakai jubah pink sedondon dengan khimar panjang meleret di belakang. Siap dengan contact lense warna hazel dan fake lashes. Macam princess muslimah. Muka Hannan nampak Kak Mia terus expression muka nampak macam nak seret kakak aku terus pergi jumpa tok kadi.
Mak bapak aku pulak macam terus nak campak dia balik dalam bilik dan kunci pintu sampai umur dia 40 tahun. Aku pulak menjerit dalam hati ... why is she like that and i am like this ... dunia memang tak adil.
After they left, parents aku macam ada second thoughts. Dua-dua dah pucat lesi. Ya lah, lepaskan anak dara pegi dinner dengan boyfriend tanpa chaperon for the first time. Parents mana yang tak pucat.
"Abang, saya rasa cuak pulak."
"Noor, awak jangan takutkan abang."
"Jangan-jangan dia orang tak pergi dinner tu pun." Aku sengaja mem-batu api.
If looks can kill. Dua-dua pandang aku macam aku ni lipas. Kalau boleh dia orang spray aku dengan Ridset sampai aku pengsan.
"Mulut ...."
"Ala Mak, apasal nak takut. Nanti whatsapp lah suruh dia hantar gambar. Dia tak boleh tipu lah."
Bapak aku ketawa lega. "Otak Adik geliga. Awak dengar tu, nanti suruh Mia hantar gambar."
YOU ARE READING
BUKAN GADIS BIASA
RomanceBUKU SUDAH DI TERBITKAN OLEH DY KREATIF NETWORK dan sudah di edarkan untuk jualan di semua cawangan kedai buku Popular dan sebahagian toko-toko buku yang lain. Meja tu kecik, kau tau? Ya lah, just me and Tati, for sure lah pilih meja kecik bulat nga...