Part 8

5.8K 344 30
                                    

"Haih, Apa kenalah dengan aku asyik duk teringat Nur Ameenah ni. Teringat malam pertama pula tu." Kepala digeleng menghilangkan suara rengekan Ameenah yang terngiang-ngiang di telinga.

Kalaulah perkahwinan dahulu bertahan sampai sekarang mungkin sudah berderet anak mereka. Tetapi keputusan yang dibuat bukan untuk dikesali. Dia sudah pun membuat keputusan dan baginya maruah lebih penting berbanding perempuan secantik Ameenah.

Ketika sampai ke rumah, uminya sudah pun siap menunggu di muka pintu.

"Dah ambil ke barangnya?" Tanya Puan Sri Khalidah tidak menyempat.

Kepala diangguk, kotak di belakang motornya dibuka, dihulurkan bungkusan plastik yang mengandungi alas meja dikait dengan corak bunga orkid pada uminya.

"Mak kamu sihat?" Tanya Puan Sri Khalidah.

Azlee mengangguk lagi.

"Meen ada tadi?" Soal Puan Sri Khalidah.

Terbeliak mata Azlee mendengarnya. 

"Mana umi tahu Meen dah balik?" Giliran Azlee pula menyoal.

"Mak kamulah yang beritahu." Jawab Puan Sri Khalidah sambil membaca riak wajah anaknya. Tidak terkesankah anaknya.

"Hmm, dia dah kawin lah umi. Dah ada anak pulak tu." Terpacul kata-kata tersebut dari mulut Azlee. Lirih suaranya.

"Bila masanya dia kahwin? Mak kamu tak cakap pulak Meen dah kahwin? Anak dia?" 

Pelik Puan Sri Khalidah. Semalam ketika dia menelefon Puan Zainab bertanya khabar, Puan Zainab ada beritahu Nur Ameenah sudah pulang. Tetapi tak pula bercerita yang Ameenah dah kahwin dan ada anak.

"Betullah umi. Takkan Lee nak tipu pulak." Sambung Azlee perlahan.

Dia pasti anak itu adalah anak Ameenah. Budak itu terlalu manja dengan Ameenah. Seperti ada pertalian darah.

"Mak kamu tu tak cerita pula pada umi semalam. Habis tu, ada ke suaminya?"

Kalau Ameenah sudah berkahwin lain, syukurlah. Ameenah memang seorang anak yang baik walaupun Azlee suka memperlekehkan Ameenah tetapi di matanya tetap Ameenah yang terbaik. Lagipun umur Ameenah sebaya anaknya, memang patut mendirikan rumah tangga. Buat apa menjanda lagi jika ada yang sudi.

"Tak nampak pula. Tak balik kot. Entah-entah tak ada suami." Balas Azlee selamba.

"Khairul Azlee!" Suara Puan Sri Khalidah melengking kuat.

Tidak suka anaknya yang suka buruk sangka dengan Ameenah. Ada saja yang tidak kena di mata anaknya. Kadang-kadang dia tidak faham dengan jiwa orang muda sekarang, apa yang dimahunya entah.

"Dah memang Lee tak nampak suami dia." Suara Azlee sudah kendur, menyedari kesilapan diri.

"Hmm, tak nampak suaminya belum tentu dia tak bersuami. Meen perempuan baik dan umi yakin dia takkan terpesong macam itu." Bela Puan Sri Khalidah.

Khairul Azlee mendengus. Kenapa semua ahli keluarganya sangat sayangkan Nur Ameenah, puji Nur Ameenah. Nur Ameenah itu... Nur Ameenah ini... Semua Nur Ameenah. Hidupnya dibayangi diri Nur Ameenah. Masa sekolah dibandingkan keputusan peperiksaan, masa Universiti dibanding pointer, semasa mereka berumah tangga selalu salah dia yang nampak. Ameenah sepertinya tiada yang salah. Sempurna serba serbi. Sedangkan Nur Ameenahlah punca rumah tangga mereka retak. Nur Ameenah duri dalam daging. Cantik di luar busuk di dalam.

"Kejap lagi umi nak ke rumah Datin Sheila. Lee nak ikut tak? Takkan Tasya tak cakap yang mummy dia ada buat kenduri hari ni." Tanya Puan Sri Khalidah.

HATI YANG TERCALAR (sudah terbit)Where stories live. Discover now