Citra.Suraya.

10 0 0
                                    

Hari itu hari yang penting. Citra berjalan laju ke kampus. Suraya yang disebelahnya pun di tinggalkan. Suraya ketawa kecil smbil meggeleng kepala. "citra, slow la sikit. Laju betul jalan. Jatuh karang bangun sendiri" Seloroh suraya. Suka benar dia mengusik citra. Gadis Manis itu pun memperlahankan langkah. "cepat la sue, nanti lambat, hari ni last assignment tau. aku nak tajuk best. nanti prof bagi orang lain pula" balas Citra sambil melibas-libas tongkatnya.


Suraya cuma tersenyum, dia kenal benar perangai Citra. Gadis itu walaupun dalam kekurangan tapi dia tetap sahaja berkeyakinan seperti orang lain. Suraya sudah bersahabat dengan citra hampir 5 tahun. Semenjak di alam persekolahan lagi. Citra pelajar baru di kelasnya semasa tingkatan 4. Sehingga lah kini mereka belajar di kolej yang sama. Keluarga Suraya dan Citra juga merupakan sahabat baik. Sejak mengenali citra, gadis itu sudahpun buta.


Citra terlibat dalam kemalangan. Ibu,ayah dan adiknya terkorban dalam nahas itu. Cuma Citra sahaja yangterselamat. Namun gadis 16 tahun itu kehilangan pengelihatannya. Selepas kemalangan itu, citra tinggal bersama pakcik dan makciknya yang juga keluarga angkatnya. Mereka membesarkan Citra dengan penuh kasih sayang. Semakin hari citra membesar menjadi gadis yang matang dan tabah. 


Kini Citra dan sura sudahpun berada di Semesta akhir diploma. Walaupun kekurangan yang dihadapinya, citra tak putus semangat untuk belajar. Dia mahu berjaya dengan usahanya sendiri. Suraya adalah sahabat yang setia dengannya. 





CITRAWhere stories live. Discover now