Tati angkat kening sebelah kehairanan, dan matanya seolah tanya ... kau kenal ke mamat ni dan apasal dia kurang ajar ...
Bukan kurang ajar lagi tapi sah-sah bapak nenek moyang kurang ajar, geram betul aku. Macam tak pandai nak cakap elok-elok. Johnny bangun sambil menarik lengan budak biadap tu, dan dalam terpaksa dia ikut bangun dengan menolak kasar kerusi ke belakang.
"Chill bro. Let's sit over at my table. Kita pun jumpa nak discuss pasal competition tu kan."
Dalam hati aku cakap ... huh, kalau competition kurang ajar dia memang champion. World champion.
"Tati, same number, right? Nanti i calling calling."
"Do that. Bye Sophian."
And the boys left. Good riddance. Hakktuiii. Macam aku nak ludah je bayang-bayang budak Sophian tu. Spoil betul aku punya good mood.
"Bye Sophian." Aku mencebik, mengajuk cakap Tati.
"What the eff was that all about?" Soal Tati, berkerut dahi licin dia.
"That asshole is my new classmate, ganti tempat engkau last Friday."
"So u both archenemies now?"
"Dah mulut dia macam taik."
"Well, mulut kau pun boleh tahan."
Aku ketuk meja perlahan dengan bukulima kanan. "So, you both team asshole now?"
"Kau kata kaki dia berkurap." Tati ketawa, weird snorting coming from her nose. "Dari tadik aku nak gelak tapi aku takut dia marah."
Aku diam je. Dumbshit macam tu, buang masa aku nak pikir pasal dia. Melayan dia, kopi aku pun naik sejuk. Aku sumbat croissant dalam mulut.
"Tapi dia macam not bad looking. Quite handsome."
Aku tendang kaki dia kat bawah meja.
"Don't tell me you're interested."
"And you're not?"
"Tolonglah. Baik lah Johnny lagi. At least Harvard."
"You like Johnny?"
"Don't twist my words okay."
Gelak si Tati terkekeh-kekeh. Entah apa yang lucu pun aku tak tau.
"Aku nak blah."
"Jom lah. Dah tak best dah pun kat sini sebab kau dah muncung."
Aku hirup kopi sampai habis lepas tu bangun dan tolak kerusi ke belakang. Bising bunyi geseran kaki kerusi dengan lantai. Semua orang tenguk aku, aku tau. Termasuk Sophian. Memang bagus dia tenguk, supaya dia tau, aku pun pandai buat grand exit. Setakat bising-bising tolak kerusi bukan dia sorang je pandai.
Tati offer nak hantar aku balik tapi aku takde mood nak duduk sorang-sorang kat rumah. Kak Mia for sure dating dengan cinta hatinya dan MakBapak aku, kalau pun ada kat rumah, takdenya dia orang nak melayan aku. So aku mintak Tati drop aku kat plaza dekat-dekat situ. Aku lepak-lepak dulu kat kedai buku. Aku bukannya suka membaca sangat, tapi minggu depan birthday mak aku so aku ingat nak beli buku ke apa ke. Tu pun kalau ada yang murahlah. Pusing-punya pusing, buku resepi yang aku nak mahal sangat, takde sale. Menyesal aku tak beli lebih time sale Big Bad Wolf dulu, patutnya aku simpan stok.
Then aku lapar, so aku decide nak makan kat kedai mamak yang sometimes aku ambik upah basuh pinggan. Memang jauh sikit, tapi di situ mamak tu selalu kasi aku murah so what the heck, penat jalan sikit takpe asalkan jimat.
Memang pun aku balun punya banyak lauk, lima ringgit je mamak tu charge aku. Sebab aku pekerja part time yang rajin, of course. Aku makan kat meja paling belakang sekali, dekat dengan tempat buat air. Sambil-sambil makan aku borak kosong dengan kakak yang kadang-kadang basuh pinggan dengan aku. Kakak tu orang Rohingga, nama dia Romla. Dia kawin dengan sedara mamak towkey kedai ni, so tau je lah kedai mamak ni mostly segala sedara mara cucu cicit semua dia angkut kerja kat restoren dia.
YOU ARE READING
BUKAN GADIS BIASA
RomanceBUKU SUDAH DI TERBITKAN OLEH DY KREATIF NETWORK dan sudah di edarkan untuk jualan di semua cawangan kedai buku Popular dan sebahagian toko-toko buku yang lain. Meja tu kecik, kau tau? Ya lah, just me and Tati, for sure lah pilih meja kecik bulat nga...